Internal 2nd attempt - 13 Mei
Obs&Gyne - 20 Mei
Here you go, hayatilah rayuan pencinta ini..
Obs&Gyne - 20 Mei
Trauma
Internal.. Hati sangat berbelah bahagi nak cuba untuk kali kedua atau tidak. Peperiksaan yang besar, banyak benda perlu ingat. Dengan masa yang terisi oleh kelas untuk Obs&Gyne lagi.. Dah lah jenis studi tak reti speed.. Menjadi realistik, memanglah tak mampu. Tapi istikharah membisikkan suara yang berbeza daripada logik akalku. Tenang untuk melangkah pada yang bertentangan dengan logika. Pastilah harapanku tinggi dapat melepasi kali kedua ini tapi Allah belum izinkan aku lepasi ia.
Pada sebuah istikharah, bukan hanya tenang menunaikan pilihan tetapi jua harus tenang menerima natijah pilihan. Itu isinya doa istikharah.
Alhamdulillah hati tenang menunaikan pilihan namun aku goyah pada menerima natijahnya. Diri jadi takut menghadapi kegagalan sekali lagi. Lalu, hadir rasa ingin undur diri untuk peperiksaan Obs&Gyne kerana ingin berusaha lebih lagi, bersedia lebih baik. Juga cemburu dengan mereka yang telah pulun habis-habisan sedang aku studi penuh relaks.. (setelah sekian waktu, memang takleh nak buang layback ni.. huhu)
Tawakkal
Jiwa yang sedang teruji ini tak mampu melihat dengan iman. Mujur ada teman-teman solehah yang tak putus asa mengingatkan, menasihati.
Macam-macam gaya akhawati habibaty.. :
Ada yang garang macam rimau :p
Ada yang sentiasa dengan pompom 'K.Siti boleh!' ^_^
Ada yang tak berhenti-henti menjawab setiap persoalan-persoalan yang lahir daripada jiwa raguku >_<
Kala ini, sering aku tertanya-tanya.. Kurangkah tawakkalku kepadaMu kala ini?
Jawabku ; Tak kurang pun.. Sebaliknya kau hanya ingin menyempurnakan syarat kemenangan, Siti.
Mesej whatssap masuk.
'Mungkin Allah nak uji pergantungan kita..'
'Kalau saya tak pergi maknanya saya tak tawakkal ke?'
'Depends..'
'Takkanlah setiap kali nak jadi pejuang berani mati?'
'Pejuang berani mati bukan syahid ke?'
___________________ (asystole..heh extreme)
Tak cukup diketuk kalam sahabat yang beriman, kalamNya pula datang menggoncang. Satu ayat yang buat hatiku terusik tapi tak kutahu mengapa..
Wamaa qadarullaha haqqo qodrihi = Mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana semestinya (6:91)
(ada sambungannya lagi tapi isinya tak dapat kukaitkan dengan situasiku)
Mulanya, ayat arabnya itu terulang-ulang di minda selepas kubaca. Bila melihatkan maksudnya, hati rasa terpukul. Aku termasuk golongan inikah, ya Allah?
***Hurm.. Ni macam kena pergi jugak exam ni.. Tapi.. Tak nak!***
Doa Mak
Saya : Mak, saya tak pergi ambil exam harini.
Puas kuhulurkan hujah, mak masih terus memujuk.
Mak : Pergilah.. Mak dah doa banyak-banyak Allah mudahkan exam yong kali ni. Mak siap doa lagi biar ada tarikh untuk ulang exam haritu.
Mak : Dah, sekarang pergi mandi, solat dhuha dan buat exam, k'
Saya : Hurm.. Tengoklah macam mana.
Mak : Ok..
Exam
Rasa macam robot, ikut je apa mak pesan dan kira-kira 8.30pagi sampailah aku di bilik peperiksaan. Kawan-kawan lain nampaknya sedang prepare soalan oral.
MCQ.. Huh.. Apa yang aku tahu nih? Patut give up tak sekarang? Buat aje lah..
Soalan oral.. Erk.. Macam banyak tak tahu jugak ni. Nak tukar ke tak? Hurm.. Prepare je lah.
Waktu tengah prepare tu, fikir jugak macam mana cara terbaik untuk aku berundur. Nak pergi depan cikgu cakap saya tak mahu teruskan? Keluar je tak datang balik?
Keluar sekejap cari 'oksigen'. Masuk. Tengok jawapan.. Hurm.. Keluarlah tanya kat kawan yang dah selesai menjawab.
F : Siti ok tak?
Saya : Tak ok.
F : Siti dapat soalan apa? (...curahan idea drpd F & N..) Takpe Siti, cuba je.
Saya : OK, insyaAllah.
Tiba giliran.. Examiner senyum je dengar jawapan. Habiskan jawab apa yang boleh dan mereka dah tak tanya banyak. Dalam hati, kalian akan gagalkan saya kan? Tapi mereka minta tinggalkan buku kredit dan tunggu keputusan.
Keputusan
Dipanggil masuk ikut giliran menjawab tadi. Beratur di tepi dinding.
'We, the examination commission have decided that ALL of you pass,' sambil dia melihat ke arahku dan menganggukkan kepala.
Terkesima.
'Alhamdulillah!'
'Thank you, examiners!'
Sesi bergambar, yeay! Macam biasa~..
Ucapan Tahniah
Keluar dari bilik tu, kawan-kawan yang dah selesai exam lain sedang menunggu.
'Macam mana?'
'Alhamdulillah..'
'Yeay! Tahniah!'
Hug D sambil bagitahu sebenarnya tak mahu datang tapi sebab mak suruh akhirnya datang je.. Kena marah sket pastu sambung peluk sambil nangis.
'I was glad that you came! See, you passed! You deserve to pass!'
Kata kawan-kawan lain..
Kata kawan-kawan lain..
Doa Mak Lagi
Buka phone, ada emel daripada registrar memaklumkan ada tarikh Internal awal Jun.
Terdiam. Terkesima.
Bagitahu usrahmates dah lepas exam. (Padahal tadi pagi bagitahu tak pergi..)
'Eh? Ooo Siti pergi exam tadi?'
'Aah pergi sebab mak suruh.'
'Seeeeeee.. Doa ibu..'
********
Sekian drama 20 Mei. And the queen goes to; me myself and I.. (coz this is my story.. hehe)
Refleksi
- Kejayaan tidak berkadar terus dengan usaha.
- Ini peringatan untuk yang rasa tak yakin nak pergi exam bila rasa tak cukup usaha.
- Juga untuk yang dah puas pulun, bukan janji kejayaan milikmu.
- Ilmu tu Allah punya, bukan milik kita (wonderful reminder from F!).
- Lepas exam tu ketentuan Allah untuk kita, rezeki untuk kita.
- Allah tahu sebanyak mana usahamu walaupun tak sama gaya usahanya macam orang lain.
- Tapi jangan jadikan ini alasan untuk bermalasan dan bermain-main.
- Sila baiki cara belajar awak, ye Siti!
- Doa ibu, power kottt..
- Mungkin, selama ini tak begitu yakini doa mak.. Siyes, ini tarbiyah paling besar daripada 'drama' ini.
- Syukur kerana Dia gerakkan hati memaklumkan hajat tak mahu ambil exam kepada mak..
- Syukur Dia gerakkan aku selepas itu..
- Dah lama rasanya tak merengek dengan mak. Selalunya tak cerita sangat kat mak apa yang aku lalui dalam medic school ni sebab tak nak mak risau, kot..
- ^_^ kasihnya ibu.. menyegarkan!
- I feel love!
- Alhamdulillah untuk kesempatan berjuang untuk merasakan kebaikan pada semua benda yang berlaku. Teruslah membina iman, ye Siti!
- Ketika aku gagal, Allah dekatkan orang yang tak begitu rapat kepadaku. Dia yang tak begitu rapat tetapi memiliki sayang dan rinduku..
- Kalian yang baik hati yang terus menyokong dengan senyuman dan sokongan (bahkan marah2 dan leteran), semoga beroleh sayangNya lebih lebih lebih lebih lagi.
- Allah.. Allah.. Allah.. Engkaulah pencinta thorbaiikkkkk! Semoga Engkau berkenan memilihku jadi kekasihMu.. TarbiyahMu.. Kekuatan yang Kau beri.. Nikmat yang Kau beri.. Mana lagi nak kucari cinta sehebat ini? Tolongku menjadi pencintaMu, ya Allah!
Here you go, hayatilah rayuan pencinta ini..