Perempuan dan tangisan...suatu yg tak bisa dipisahkan. satu gandingan yg sudah dikenali insan generasi ke generasi.
Hari ini, saya rasa nak nangis lagi...setelah sekian lama...bersama satu perasaan yg sungguh berat. lalu, tertanya2...perlu ke?
ya ALLAH, saya sdg belajar utk menjadi kuat! rohani dan jasmani... menjadi kuat utk tidak mengikut kata hati secara semberono. kerana kata hati adakalanya bukan didasari panggilan iman.
inilah yg ALLAH ingin ajarkan kpd kita dalam wahyu suciNYA yg masih lagi berada di tengah2 kita seadanya (seperti asalnya) hingga kini. jangan ikut kata hati! ikutlah seruan Tuhanmu...masyaALLAH...
tahu tak kenapa ALLAH nak kita buat sprti yg diperintahkan? sbb ia adalah suruhan yg pasti mengangkat darjat manusia lemah dan hina ke darjat yg lebih tinggi dan mulia.
perhatikanlah, apa yg terjadi bila insan mengikut kata hati dan membelakangi tuntutan ILAHI. pabila syariat utk menjaga diri drpd zina diperlekehkan dan kata hati utk bergembira diikuti, akhirnya anak2 luar nikah yg tidak berdosa dilahirkan. anak2 tidak berdosa ini pula dibuang dan dibunuh dgn kejamnya. pabila islam tidak lagi menjadi roh kehidupan insan, akhirnya, membunuh manusia dalam peperangan atau keganasan dipandang sbg satu perbuatan yg kecil, ibarat menampar nyamuk shj. sedangkan islam mengajarkan bahawa manusia itu makhluk plg istimewa yg perlu diberi layanan yg mulia.
dan ALLAH selalu ulang supaya kita jgn bersedih. walaupun nabi selalu ditentang oleh umatnya pun ALLAH kata jgn sedih. betapa ALLAH sedang mendidik nabi utk benar2 bergantung kpd DIA. seolahnya, ALLAH ingin kita merasakan bahawa cukuplah ALLAH di sisiku, andai tak dpt yg lain pun takpe.
kawan2, tak semudah ditulis dan dikata...itulah hakikatnya, tp itulah sbnrnya kemanisan yg manusia perlukan...yg saya perlukan...
jadi, perlukah bersedih sebenarnya? jawapannya...
tepuk dada, tny imanmu...