Friday, February 10, 2012

Mujahadah : Inilah Jalannya..

Bismillahirrahmanirraheem..

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah dan tarbiyah ALLAH untuk kita. Baik ia suatu kebaikan atau keburukan, baik apa yang menimpa diri sendiri atau yang menimpa orang lain. Baik ia hanya sebuah tontonan atau hanya sebuah perjalanan..

insyaALLAH, kali ini daku berhajat berkongsi suatu refleksi yang terasa sangat memukul jiwaku..

1) Menonton Filem Itu
Malam itu, entah didorong oleh bisikan apa aku menonton sebuah filem pendek yang begitu menyayat hati dan mengandung ibrah yang sangat besar. Pada filem ini aku tak sedar bahawa ia akan menjadi suatu titik refleksi yang begitu besar buat diriku.. Subhanallah.. bukan hanya selepas menontonnya.. bahkan setelah kulalui sebuah perjalanan ke bandar lain.. perjalanan yang niatnya untuk bertemu teman-teman yang jauh dan bersama-sama membina ikatan hati dengan adik-adik seuniversiti.

Delisa, anak kecil yang bermasalah dalam hafazan bacaan solatnya.. Diuji ILAHI sepanjang hafazannya sehingga kehilangan sebelah kaki, bahkan kematian ibu dan 3 orang kakaknya. Payah sekali hafazan itu melekat di jiwanya.. Hinggalah suatu hari dia diingatkan tentang keikhlasan oleh ustaznya.

Jauh sekali perjalanan anak kecil ini untuk mencapai citanya untuk bisa menghafaz bacaan solat.. Jauh sekali perjalanannya untuk memahami mengapa dia harus menghafaz..

Pun begitu, kecekalannya menjadi inspirasi kepada orang lain untuk terus bersemangat menempuh hari-hari mendatang.

2) Ayat Tadabur Itu
29:69
Ya, antara banyak-banyak ayat, ayat ini telah terpilih untuk dikongsikan dengan seorang teman. Sekadar ingin berkongsi.. Rupanya setelah itu, aku sedar bahawa ALLAH mahu aku fahami ayat itu lebih daripada sekadar maksudnya yang terpampang di muka al-Quran.

Kini aku sedari.. Bahawa dalam perjalanan mencari nur ILAHI dan cintaNYA, kita harus terus bermujahadah! Terus-terusan harus berusaha bersungguh-sungguh mencari cintaNYA.. Jalan lurus ini penuh dengan duri dan ranjau.. Jalan yang pasti menguji ketahanan jiwa dan fikiran. Maka, mujahadah adalah kunci untuk terus teguh berjalan menuju cintaNYA!

Mengapa harus mujahadah?
Kerana dari mujahadah itu, ALLAH akan membimbing kita untuk sampai kepadaNYA..

Biarpun mujahadah kita itu mengambil separuh daripada umur kita di dunia!

Biarpun mujahadah itu membuatkan kita hilang sesuatu yang amat kita sayangi!

Biarpun mujahadah itu membuat kita terpisah jauh daripada insan-insan yang kita kasihi!

Biarpun mujahadah itu membuatkan kita harus mengharungi segala kesulitan dan seksaan yang pedih!

Teruslah bermujahadah dengan suatu impian yang pasti; MENCARI CINTA ALLAH!

Kerana DIA telah berjanji untuk menunjukkan kita jalanNYA!

NO DOUBT! HE WILL DEFINITELY DO AS HE PROMISED!

Maka, wahai diri dan teman-teman yang dikasihi sekalian...
Mari kita terus bermujahadah mencari kasih ILAHI. Biarpun kini kita rasakan begitu perlahan sekali diri memahami deenNYA dan lambat sekali diri kita hendak menunaikan perintahNYA serta meninggalkan laranganNYA, jangan sekali-kali berputus asa..
Terus-terusanlah bermujahadah!

Kerana pada suatu ketika nanti, ALLAH akan menunjukkan kita jalannya..

Jalan untuk kita keluar daripada segala keburukan diri kita hari ini..
Jalan untuk kita keluar menuju ketaatan yang sejati kepadaNYA..
Jalan untuk kita benar-benar menjadikan cinta kita satu-satunya, yang terutama untukNYA..
Jalan untuk kita merasakan hidup kita tiada erti jika tiada hidayahNYA..
Jalan untuk kita merasai cinta yang tulus kepada Rasulullah SAW atas segala pengorbanan dan perjuangan baginda SAW mengeluarkan kita daripada kegelapan jahiliyah..
Jalan untuk kita keluar daripada rasa gembira hidup dalam keburukan dan kemungkaran..
Jalan untuk kita merasai cinta kepada saudara-saudara seaqidah kita yang tertindas di penjuru bumi yang lain..
Jalan untuk kita merasai indahnya hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah rasul SAW..

Ya, jalan menuju-NYA..

Maka, mujahadah itulah kuncinya.. Mujahadah itulah jalan menuju-NYA..

insyaALLAH..

2 comments:

  1. Salam siti :)

    "entah didorong oleh bisikan apa"

    semestinya itu hidayah dari Allah melalui bisikan hati <3 subhanallah! tarbiyah demi tarbiyah

    ReplyDelete
  2. Salam kak rusna..

    huhu.. sebenarnya rasa bersalah lepas tengok tu.. anyway, akak betul.. semua tu ilham dari ALLAH, dan akhirnya saya pilih utk menontonnya..

    thank you ALLAH for the reminder!
    *peringatan ALLAH itu di mana-mana sahaja rupanya..

    ReplyDelete