Showing posts with label Medik. Show all posts
Showing posts with label Medik. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Omelan Musim Exam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Musim peperiksaan yang dilalui oleh para pelajar di Czech Republic menjanjikan pengalaman yang berbeza daripada pelajar di tempat lain.

Apa yang lainnya?


1) Anda boleh memilih tarikh peperiksaan mengikut tahap persediaan anda...atau kata lainnya, anda boleh rancang dan pilih exam mana yang anda ingin buat dulu, yang mana yang ingin dikemudiankan... ~It's good for you to practice your planning skill coz mine is very bad...~

2) Exam utama adalah oral exam...

Walaupun hanya dua ciri yang saya sebutkan, ia meninggalkan banyak kesan kepada kami, sebagai student di sini... Percaya tak?

Kesannya?

1) Kita boleh lewat-lewatkan dan tangguh-tangguh tarikh exam kita...
Ini boleh jadi suatu kebaikan, boleh jadi juga suatu keburukan.
Kebaikan untuk mereka yang ingin bersedia dengan lebih mantap. Dah cuba gunakan masa yang ada sebaiknya tapi still rasa tak cukup bersedia, so withdraw untuk ulang semula revision dan ingat sebanyaknya info...dan nanti akan datang pada tarikh baru dengan lebih berkeyakinan!
Keburukan untuk mereka yang suka bermalas-malasan, tangguh exam sebab tak all out ketika masa banyak dan bila tarikh dah dekat baru perasan tak cukup ready, so withdraw...Akhirnya, dah tiada tarikh, terpaksa buat juga dan kualitinya jawapan tak seberapa...Hanya cukup-cukup untuk lepas je...

2) Kekuatan emosi dan rohani akan sangat-sangat teruji
Bila ada kawan-kawan yang habis exam awal dan anda masih belum selesai dengan satu exam pun, ditambah pula dengan kredit yang masih belum diperoleh (sebelum masuk final exam, kena buat credit test dulu, pre-requisite untuk daftar final exam)...
Mula-mula anda akan akan rasa yakin je untuk teruskan langkah. Senyum semanisnya diukir bila kawan beritahu yang mereka dah lepas exam ni, exam tu... Tapi, dalam hati...
Ada perang yang dahsyat berlangsung dalam hati..Antara bisikan iman yang menyeru untuk bersabar dan bersyukur atas kejayaan teman dan bisikan hawa' yang membisikkan elusan kedengkian dan rasa lemah.
Bukan setakat result kawan-kawan yang ambil exam awal je yang akan affect emosi dan rohani, kepulangan mereka untuk cuti summer akan menambahkan parahnya luka di hati..
Orang lain boleh balik awal dan bertemu keluarga awal tapi kita kena tunggu di Czech untuk habiskan exam, kena menghadap buku....
Faham kan ketensian itu?

3) Untuk oral exam pula, masalah utama ialah examiner...ada examiner yang baik senanglah kita nak lepas...kalau examiner ikut perasaan yang tak stabil, result kita pun mungkin affected...kalau tak lepas, terpaksa repeat...
Kena repeat exam samalah juga macam jatuh...Dah jatuh, nak bangun ke tak? Nak layan sakit ke nak pergi cari ubat untuk disapu atas luka tu...Semua pun akan affect perasaan, emosi dan motivasi diri...

Solusinya?

Jiwa harus kuat!
Kuat berpaut pada tali ALLAH, kuat mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya!

Jiwa juga harus sedar, bahawa hidup ini penuh dengan ujian daripada ALLAH.
Ujian ALLAH untuk hambaNYA tak sama..
Tiap-tiap kita akan diuji pada titik lemahnya
Supaya titik lemah itu akan dikuatkan sementelah diuji...

Tak pernah ALLAH datangkan ujian untuk melemahkan hambaNYA
akan tetapi kita hambaNYA lah yang sering membiarkan diri tewas oleh pujukan hawa' dan bisikan syaitan...

Semasa menjawab soalan di hadapan examiner, keyakinan harus total disandarkan kepada ALLAH,
Bukan pada segala nota yang dibaca dan dibuat,
Bukan mengharap ihsan examiner,
Akan tetapi,
Bulatkanlah keyakinan kepada ALLAH semata-mata!
Bahawa DIAlah sebaik-baik pembantu dan pemelihara!
Bahawa dengan kehendakNYA, yang kita tak pernah baca pun kita boleh jawab,
Kerana DIA izinkan ilham menerpa minda kita...

Oleh itu,
yakinlah pada ALLAH!
mulakan langkah mengulangkaji dan memahami ilmu kerana ALLAH!
Teruskan juga,dengan sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA!

Lantaran itu,
Mari sucikan jiwa dengan air mata taubat,
Hiasi dahi dengan sujud kesyukuran,
Ukirkan senyum yang lahir daripada hati penuh keikhlasan,
Kerana kita pasti,
Bahawa ALLAH kan selalu bersama kita jika,
Jika kita ingat selalu kepadaNYA,
Jika kita selalu bersih, rohani dan jasmani...



p/s : Semoga bahasa rojak saya tak melanggar kesopanan melayu dan akhlak islamiyah... Bukan mengeluh cuma melontarkan apa yang terfikir di benak...apapun, semua itu harus kita atasi dan sirami dengan keimanan yang benar agar hilanglah segala perasaan buruk dan bisikan-bisikan yang tak sepatutnya...Semoga ALLAH bimbing hati-hati kita menuju redhaNYA setiap masa...

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Sunday, May 15, 2011

Putih & Aku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Semasa praktikal Basic Patient Care di Fakultni Nemocnice, Olomouc kami dikehendaki untuk memakai satu suit putih (baju, seluar, tudung, kasut). Sebelum ni hanya melihat lecturer & pekerja di fakulti memakai pakaian serba putih. Bila diri sendiri yang memakai, terasa seperti diri yang baru...rasa lebih suci... (^_^)

Tiba-tiba, teringat hadis yang pernah kubaca;

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;
"Kenakanlah yang berwarna putih dari pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu adalah yang terbaik di antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-orang yang mati dari engkau semua dengan kain yang berwarna putih."

(Bab 117; Riyadhus Salihin, Imam Nawawi)


alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI kerana menunjukkan saya jalan ini..jalan menjadi seorang doktor! Teringat apa yang pernahku baca di blog seorang sahabat. Dia ditanya kenapa memilih doktor sebagai profesion. Lalu dia menjawab, menjadi seorang doktor dapat mendekatkan dirinya dengan ALLAH.

Bilaku baca hadis ini dan melaksanakan praktikal dengan pakaian putih itu, aku mula merasakan bagaimana profesion yangku pilih ini sedang mendekatkanku kepada mengingatiNYA dan melaksanakan sunnah baginda SAW.

Semoga ALLAH kuatkan diri ini untuk mencapai kepakaran dalam profesion ini.

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Wednesday, April 20, 2011

Hari pertama di Geriatric Ward

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

berlari2 ke hospital pd hari pertama praktikal di hospital...nasib baik sampai kire2 on-time.(on time ke tak??hihi)

aku telah ditugaskan utk buat praktikal di geriatric department (wad org2 tua). org kata, org2 tua di sini ramah2...tak sabar nak jumpa mereka!

tugas pertama, jururawat mentor kata akan mandikan pesakit. ok, tak sabar! tp nampaknya semua dh dimandikan, cuma tinggal seorang lagi yg perlu dibersihkan luka pd kakinya yg telah dipotong (dressing on amputated leg). tak diberi peluang utk buat lagi (almaklum,baru 1st time.) masa ni tgk mak cik2 ni semua separuh bogel...huhu...sedih2...masa aku dan teman sepraktikalku (pelajar lelaki dr UK) masuk ke wad tu, terfikir di benakku; mesti mak cik2 ni segan dgn kehadiran kami dlm keadaan mereka yg tak berapa sesuai utk dilihat tu. tp ini budaya mereka, mgkn mereka ok je dgn keadaan itu.

byk la jugak benda yg aku diberi peluang utk buat. antaranya buat 'intramuscular injection', ambil blood pressure, menyediakan larutan infusi (infussion), dan bagi pesakit makan ubat.

menarik! pengalaman baru melakukan tugas2 seorang jururawat.

sambil melaksanakan tugas2 yg diberi oleh mentor kami, aku berfikir dan merefleksi diri. pabila meilhat lemahnya mak cik2 dan nenek2 ini, aku rasa sungguh kasihan. tangan yg terketar2 menyuap makanan ke dalam mulut. nak buka cover tin pun terkial2...jalan pun perlahan2...cakap pun tak butir, kena dgr dekat2 baru boleh tangkap perkataan apa yg dituturkan.

ada juga yg takleh gerak, asyik tidur je...setiap kali nak bersihkan dia, ambil blood pressure, bg makan ubat, pesakit ni kena dikejutkan...kesian je...

kalau org muda, boleh jalan laju2, kejar trem etc. boleh buka tin makanan smbil gelak2...boleh jerit kuat2 dan org boleh dgr dgn mudah apa yg diucapkan.

selain itu, atas sbb masalah komunikasi (jururawat tu kurang mahir bertutur bahasa inggeris & kami kurang/sgt tak menguasai bahasa czech) aku terasa kurang interaksi & kurang bertanya kpd jururawat tersebut...masa tgk dia buat apa2 terasa je nak bertanya tp disebabkan language barrier, sepertinya ada sedikit kesukaran utk sharing & teaching tu berlaku.

kesimpulan 1 : alangkah perlu kita ini menjadi manusia yg bersyukur! bersyukur dgn apa yg ada sekarang! segala kekuatan dan kesihatan serta semangat yg membara dlm diri..
Jgn jadi org yg tak buat apa2 kat dunia ni.

kesimpulan 2 : hargai masa muda utk perkara yg bermanfaat kpd diri & org lain (since dh tua nnt tak byk yg boleh dilakukan).

kesimpulan 3 : since kita dttg utk belajar, mesti buat seperti org yg nak belajar! kena berani & rajin bertanya. abaikan language barrier. sekurang2nya tahu sedikit drpd tak tahu langsung.

kesimpulan 4 :
probs - language barrier
solution - mastering the language! (T_~) berusaha siti!!!!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^