Friday, March 1, 2013

ALLAHU AHAD ; Kurasainya di dalam Hatiku



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(al-Ikhlas : 1-3)
************

Kami melangkah ke surau hostel. Surau kecil yang banyak berjasa, mengumpulkan jiwa-jiwa yang mahu menghadap ILAHI dalam satu saff, tempat majlis ilmu dan majlis zikir,  tempat membersihkan hati di tengah-tengah benua Eropah yang Islam itu asing.
Dan hari ini, surau kecil ini akan menjadi saksi kembalinya seorang insan kepada fitrahnya, tunduk kepada ALLAH.

Bertemu empat mata dengannya, lidahku kelu... (bukan kerana nervous, sebenarnya sebab tak pandai nak berbual dalam bahasa czech)

Akh M menceritakan bahawa ibu kepada 3 anak ini memang bersungguh-sungguh mahu mengenali Islam. Dia yang mendatangi Akh M untuk lebih mempelajari islam.

Akh A : Sudah berapa lama awak belajar tentang Islam?

Z : 3 bulan.

Akh A : Adakah awak percaya bahawa Tuhan itu satu?

Z : Ya! (dengan yakin, tiada ragu pada suaranya)
              Saya merasakannya di sini (sambil memegang dadanya, menunjuk ke hatinya).

Zuppp..
OK! Ini memang haybat! Sebuah pengakuan yang saya rasakan sangat bertenaga! *ada aura*

Banyak lagi saat-saat manis yang hendak dirakamkan di sini tetapi untuk kali ini, saya hanya berhajat berkongsi tentang pengakuan yang bertenaga, beraura ini.

KALIMAH UTAMA
Lafaz syahadah ; dua kalimah yang mengubah seluruh kehidupan seorang manusia, daripada gelap jahiliyah kepada terang hidayah, daripada kotoran maksiat kepada bersih ketaatan.

Ya, kalimah yang tidak hanya menuntut dilafazkan dengan lidah dan tidak pula hanya untuk dihafal. Bahkan, ia adalah sebuah janji ketaatan dan penyaksian kebenaran yang paling utama di muka bumi. Apalah yang lebih utama dan lebih besar daripada mengakui bahawa ALLAH adalah Tuhan sekalian alam dan tiada tuhan selainNYA, dan Muhammad SAW adalah utusanNYA yang wajib kita ikuti.

Pada kalimah ini juga terkandung amanah untuk dilaksanakan; mengesakan DIA dalam setiap perbuatan dalam kehidupan dengan mengikuti panduan yang diajar ILAHI kepada RasulNYA.

Itulah kalimah ; Laa ilaha illallah, Muhammadur rasulullah.

AURA SAUDARA BARU
Ketika ditanya, percayakah dia bahawa hanya ada satu tuhan di dunia ini.. Ini adalah sebuah persoalan aqidah dan keyakinan dalam hati.
Apa yang sangat menyentuh hati saya ialah ketika dia mengucapkan "Saya merasakannya di sini (hati saya),".
ok.. bukan sebab lafaznya itu sahaja.. tetapi juga kerana keyakinan dan imaan yang bergetar bersama getar suaranya itu.
Ketika itu, saya lalu bertanya kepada hati saya sendiri; dapatkah kau merasainya wahai hati?

Subhanallah, ketika saudara baru ini membawa dirinya kembali kepada fitrah untuk tunduk kepada Tuhan yang Maha Esa, satu yang tiada dua.. Ketika itu, ALLAH mengetuk hati saya agar memperbaharui keyakinan dan keimanan kepadaNYA.

Selalu rasa inferior dengan orang-orang yang kembali kepada islam (revert). Saya seringkali dapat merasakan keimanan yang kuat mengalir dalam diri mereka. Sehingga diri merasa kecil.

Ya, seperti seorang yang dahaga mendapat air sejuk yang melegakan keringnya tekak..
Seperti anak yang hilang ibu lalu bertemu kembali..
Seperti ikan yang nyawa-nyawa ikan kembali ke dalam air..
Sebuah ketenangan yang ditemui setelah resah dalam kesesatan mencari Tuhan.

Bukankah kita juga dalam pencarian itu?
ya ALLAH, bimbing kami menujuMU!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

1 comment: