Friday, June 27, 2014

Kita Hamba Je

Bismillahirrahmanirraheem

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Diciptakan kita agar menghamba diri pada ketentuan dan ketetapanNYA
Bukan mengikut suara hati dan bisikan syaitan
Atau keinginan diri dan pujukan dunia

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Dia menghendaki ketaatan itu cuma
Dalam apa jua kondisi kita
Itulah hikmah ujian
Menentukan siapa baik amalnya ketika senang mahupun susah

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Dia letakkan kita di situ
Samada di situ adalah keindahan dan kemanisan
Samada di situ adalah kesukaran atau kepahitan
Dia jualah yang akan mengeluarkan kita daripadanya
Dan Dia pergilirkan keduanya agar Dia tahu siapa yang benar imannya

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Tiada yang kekal di dunia
Semua sementara
Indah itu sementara
Derita itu sementara
Lantas Dia peringatkan kita mengejar akhirat yang abadi
Di sana indah itu kekal
Di sana derita itu kekal

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Tak pernah kita sendirian meniti jalan cerita kehidupan
Kerana Dia sentiasa Memerhati, Mendengar
Bahkan siap menemani jika kita sentiasa mencari

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Lalu jika begitu
Apakah mampu kebaikan dunia melalaikan daripada ketaatan kepadaNYA?
Lalu jika begitu
Apakah mampu keburukan dunia memutuskan jiwa daripada pengharapan kepadaNYA?

Kita hamba je..
Ingatkah kita?

Allahus somad..
Allah tempat bergantung segala makhluk..

Huwa ilaahun, waahiduun..
Dialah Tuhan, satu yang tiada duanya..

Dan aku..
Hanyalah hambaMU..

No comments:

Post a Comment