Monday, June 14, 2010

Siapa Aku Di Sini?

Berada di lorong ini, suatu yg tak pernah terlintas di lubuk hati kecilku. Namun, setinggi kesyukuran kupanjatkan kpd ILAHI kerana telah memperkenalkan daku dgnnya.

Usai perkenalanku dgn lorong ini, kurasakan telah lama daku berpijak di atasnya. Setiap hari aku melihat insan bangkit dan tumbang di atasnya. Daku sendiri pernah merasakan, tumbang dan bangkit di atasnya sehinggakan hati ini sering bertanya mampukah daku utk terus berpijak di sini?

Semakin lama daku menyusuri di lorong ini, aku dpt melihat juga wajah2 baru yg telah dipilihNYA utk sama2 berkenalan dan berkelana di lorong ini. Apakah benar perasaan ini? Apakah yg aku rasakan ini?

Aku mula merasa bhw diriku tidak selayaknya berada di lorong ini. Bukan kerana apa, hanya kerana kelemahan diri. lemah utk bermujahadahkah? lemah utk bangkitkah? Tapi berat sekali hati ini hendak meninggalkannya kerana tidakku fikir ada lorong yg lebih baik drpd lorong ini.

Malu rasanya utk terus berada di lorong ini dlm keadaan diri yg compang-camping berbanding diri2 lain di sekelilingku...

smg diri kuat utk menghilangkan kecompang-campingan diri... la haula wala quwwata illa billah...

3 comments:

  1. Melangkah itu mudah,
    Namun mencari arah itu terkadang payah
    Mencari jalan itu mudah
    Namun memahami destinasi itu yang susah
    Menyusuri susur itu mudah
    Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah
    Dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah
    Namun Dia amat faham bagi hambaNya
    Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik...
    hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya
    lantas Nescaya Dia akan menguruskan selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusa. (",)

    petikan dr halaqah borneo..hopefully can boost ur spirit dear :)

    ReplyDelete
  2. Thuraiya...seindah namanya....(hehe...)

    terima kasih awak!

    smg ALLAH kuatkan hati2 kita... <3 <3 <3

    ReplyDelete
  3. Siti... moga terus tsabat..

    just want to share this:
    Abu Hurayrah reported Allah's Messenger as saying, "Look at those who are inferior to you and do not look at those who are superior to you, for that is more likely to keep you from despising Allah's Favor on you."

    nway, you can read the full article
    here

    Všechno nejlepší
    Miluji tě (^_^)

    ReplyDelete