Thursday, June 10, 2010

Dengan Kebenaran

'Dan ALLAH memutuskan dgn kebenaran. Sedang mereka yg disembah selain-NYA tidak mampu memutuskan dengan sesuatu apa pun. Sesungguhnya ALLAH, DIAlah yg Maha Mendengar, Maha Melihat.'
(40:20)

Dalam hidup kita, setiap hari kita akan membuat keputusan ttg sesuatu. Mari lihat ttg makan...

sebenarnya, tanpa kita sedar kita telah disuruh membuat keputusan ttg makan. bila nak makan, nak makan apa, nak masak atau just pergi beli di restoran. semua ini memerlukan kita utk memilih dan mengambil keputusan, kan?

baik, semua org pun harus mengambil keputusan. tp ada tak perbezaan antara 1 org yg ambil keputusan dgn 1 org lain? mgkn ada 2 org yg berbeza, tp mereka masih perlu mengambil keputusan ttg suatu benda yg sama. contoh, nak ambil exam bila.

lalu, apa yg membezakan antara 2 org itu?

neraca yg dipilih utk menimbang & mengambil keputusan.

apakah neraca kita utk kita sampai kpd sesuatu keputusan itu? kehendak diri? masa yg ada? apa yg orang lain kata? perasaan & emosi diri?

dan neraca terbaik kita telah diturunkan khas dr langit oleh yg Maha Tinggi. bayangkan, betapa yg Maha Pencipta, yg Maha Mulia telah menurunkan utk kita rujukan terbaik! sekali lagi, rujukan terbaik! dan hari ini, rujukan terbaik itu telah dihumban ke mana2...telah ditolak ke tepi..oleh makhluk yg rendah & hina shj jika tidak dimuliakan oleh yg Maha Mulia. itulah al-Quran...

dan ayat di atas, mengajak kita utk terus merenung akan diri sendiri. sememangnya suatu perbandingan yg tak pernah setara jika kita ingin membandingkan diri dgn Pencipta. namun, renungi ia utk kita melihat segala kelemahan & kekurangan diri.

betapa, ALLAH itu neracanya adalah neraca terbaik! pabila DIA ingin menghukum atau menetapkan sesuatu DIA menetapkannya dgn KEBENARAN. apakah kebenaran itu? saya bukanlah insan terbaik utk menghuraikan ayat ini dan kalimah kebenaran itu. tambahan pula, ayat sebelum itu sbnrnya ALLAH berbicara ttg hari kiamat, hari penentuan, hari penghukuman. sekadar ingin mengetuk hati2 kita utk meneliti & merenung diri.

setiap hari , kita sebenarnya berada di bawah ketetapan yg Maha Esa atas diri kita. kita jatuh sakit, itu ketentuanNYA. kita gembira sepanjang hari, itu ketentuanNYA. kita sedih, itu juga adalah ketentuanNYA. yg telah ditentukan & diberi ketetapan berdasarkan kebenaran.

kebenaran itu sifatnya bersih, adil dan menenangkan. ALLAH tak pernah menetapkan sesuatu yg akan menzalimi hamba2NYA. kita sakit, lalu kita makan ubat & berdoa...DIA kabulkan doa kita dan kembalikan kesihatan diri kita. itu ketentuan DIA utk org yg mahu bersyukur, kerana ingat utk berdoa kpd DIA bila dalam kesusahan.

kita marah2 bila sakit dan membentak2...kita habiskan duit utk beli pelbagai ubat..tak ingat utk berdoa agar DIA pulihkan dan ampunkan salah kita. DIA sihatkan kita semula tapi bukan sbb nak jadikan kita hamba yg makin bersyukur tp utk menjadikan kita makin angkuh (sekiranya kita memilih utk menjadi angkuh). itu ketentuan DIA utk org yg tak mahu bersyukur.

sekiranya kita bandingkan 2 situasi ini, bukankah sepatutnya kita dpt melihat bhw ALLAH memang menentukan dgn kebenaran? yg benar dgn memberikan kesihatan utk org yg berdoa ialah utk menjadikan rasa kebergantungan yg berterusan hny kpd ALLAH. yg benar dgn memberikan kesihatan utk org yg tidak berpuas hati dgn sakit yg dtg ialah utk menjadikannya terus rasa menjauhi tuhannya. bukan kerana tuhannya mahukan dia utk menjauh, tetapi kerana kehendak hati insan itu sendiri.

tiada yg lebih benar melainkan kebenaran dari ALLAH kerana neracaNYA ialah apa yg paling benar & paling suci. sesucinya, jauh drpd kesucian yg mampu difikirkan oleh sang makhluk.

ya ALLAH, mengenal kebenaranMU menjadikan diri ini kagum & merasakan diri semakin kerdil & hina. semoga tindak tandukku juga kulakukan dgn panduan kebenaranMU ya Rabb. sungguh, diri ini begitu lemah...selemahnya utk aku setiap masa berpaut dan berpegang pd kebenaran itu.

=( ya ALLAH, kekalkan rasa kehambaanku....

1 comment: