"tenang dan senangnya awak."
"waa...alhamdulillah, anda dipermudahkan."
mudah, senang? pernah rasa tak senang je utk buat sesuatu?
tidak! tak pernah ada benda yg senang dlm hidup ini. semuanya memerlukan usaha dan tindakan serta pengorbanan. semua...tiada berkecuali.
utk mengaku beriman, mudah. tp utk menjadi insan beriman, tak mudah. kerana iman itu bukan hny valid melalui perkataan tp pd perbuatan. tatkala hati sudah yakin, anggota pula harus digerakkan utk membuktikan kebenaran iman itu. jika masih ada kekurangan pd gerak geri yg sepatutnya dipandu oleh keimanan itu, layakkah diri mengaku sbg seorg yg beriman? ~~ekstrem kah? tp itulah sepatutnya yg difikirkan~~
bila sudah beriman dgn hati, lidah dan anggota perlu pula istiqamah. ini bukan mudah juga...
kerana hidup ini adalah ttg keimanan & istiqamah...maka, tiada yg mudah...melainkan perlu bersungguh-sungguh bergantung kpdNYA dan memaksa diri melawan anasir2 jahiliyah. dan kini aku merasakannya...oh, lemahnya diri...
dan kerana syurga itu mahal, menggapainya juga bukan mudah...
bahkan, redha ALLAH itu adalah perkara terbaik yg mampu dimiliki utk mereka yg beriman dan istiqamah...lagilah bukan mudah utk menggapainya...
namun, kasih ILAHI mengatasi segalanya... tidak diuji hambanya jika tidak mampu...maka,
wahai diri, teruslah mencari...mencari kekuatan, keimanan, keistiqamahan!
kuatkan daku ya ALLAH...kekalkan rasa kehambaanku...la haula wala quwwata illa billah...
No comments:
Post a Comment