Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Omelan Musim Exam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Musim peperiksaan yang dilalui oleh para pelajar di Czech Republic menjanjikan pengalaman yang berbeza daripada pelajar di tempat lain.

Apa yang lainnya?


1) Anda boleh memilih tarikh peperiksaan mengikut tahap persediaan anda...atau kata lainnya, anda boleh rancang dan pilih exam mana yang anda ingin buat dulu, yang mana yang ingin dikemudiankan... ~It's good for you to practice your planning skill coz mine is very bad...~

2) Exam utama adalah oral exam...

Walaupun hanya dua ciri yang saya sebutkan, ia meninggalkan banyak kesan kepada kami, sebagai student di sini... Percaya tak?

Kesannya?

1) Kita boleh lewat-lewatkan dan tangguh-tangguh tarikh exam kita...
Ini boleh jadi suatu kebaikan, boleh jadi juga suatu keburukan.
Kebaikan untuk mereka yang ingin bersedia dengan lebih mantap. Dah cuba gunakan masa yang ada sebaiknya tapi still rasa tak cukup bersedia, so withdraw untuk ulang semula revision dan ingat sebanyaknya info...dan nanti akan datang pada tarikh baru dengan lebih berkeyakinan!
Keburukan untuk mereka yang suka bermalas-malasan, tangguh exam sebab tak all out ketika masa banyak dan bila tarikh dah dekat baru perasan tak cukup ready, so withdraw...Akhirnya, dah tiada tarikh, terpaksa buat juga dan kualitinya jawapan tak seberapa...Hanya cukup-cukup untuk lepas je...

2) Kekuatan emosi dan rohani akan sangat-sangat teruji
Bila ada kawan-kawan yang habis exam awal dan anda masih belum selesai dengan satu exam pun, ditambah pula dengan kredit yang masih belum diperoleh (sebelum masuk final exam, kena buat credit test dulu, pre-requisite untuk daftar final exam)...
Mula-mula anda akan akan rasa yakin je untuk teruskan langkah. Senyum semanisnya diukir bila kawan beritahu yang mereka dah lepas exam ni, exam tu... Tapi, dalam hati...
Ada perang yang dahsyat berlangsung dalam hati..Antara bisikan iman yang menyeru untuk bersabar dan bersyukur atas kejayaan teman dan bisikan hawa' yang membisikkan elusan kedengkian dan rasa lemah.
Bukan setakat result kawan-kawan yang ambil exam awal je yang akan affect emosi dan rohani, kepulangan mereka untuk cuti summer akan menambahkan parahnya luka di hati..
Orang lain boleh balik awal dan bertemu keluarga awal tapi kita kena tunggu di Czech untuk habiskan exam, kena menghadap buku....
Faham kan ketensian itu?

3) Untuk oral exam pula, masalah utama ialah examiner...ada examiner yang baik senanglah kita nak lepas...kalau examiner ikut perasaan yang tak stabil, result kita pun mungkin affected...kalau tak lepas, terpaksa repeat...
Kena repeat exam samalah juga macam jatuh...Dah jatuh, nak bangun ke tak? Nak layan sakit ke nak pergi cari ubat untuk disapu atas luka tu...Semua pun akan affect perasaan, emosi dan motivasi diri...

Solusinya?

Jiwa harus kuat!
Kuat berpaut pada tali ALLAH, kuat mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya!

Jiwa juga harus sedar, bahawa hidup ini penuh dengan ujian daripada ALLAH.
Ujian ALLAH untuk hambaNYA tak sama..
Tiap-tiap kita akan diuji pada titik lemahnya
Supaya titik lemah itu akan dikuatkan sementelah diuji...

Tak pernah ALLAH datangkan ujian untuk melemahkan hambaNYA
akan tetapi kita hambaNYA lah yang sering membiarkan diri tewas oleh pujukan hawa' dan bisikan syaitan...

Semasa menjawab soalan di hadapan examiner, keyakinan harus total disandarkan kepada ALLAH,
Bukan pada segala nota yang dibaca dan dibuat,
Bukan mengharap ihsan examiner,
Akan tetapi,
Bulatkanlah keyakinan kepada ALLAH semata-mata!
Bahawa DIAlah sebaik-baik pembantu dan pemelihara!
Bahawa dengan kehendakNYA, yang kita tak pernah baca pun kita boleh jawab,
Kerana DIA izinkan ilham menerpa minda kita...

Oleh itu,
yakinlah pada ALLAH!
mulakan langkah mengulangkaji dan memahami ilmu kerana ALLAH!
Teruskan juga,dengan sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA!

Lantaran itu,
Mari sucikan jiwa dengan air mata taubat,
Hiasi dahi dengan sujud kesyukuran,
Ukirkan senyum yang lahir daripada hati penuh keikhlasan,
Kerana kita pasti,
Bahawa ALLAH kan selalu bersama kita jika,
Jika kita ingat selalu kepadaNYA,
Jika kita selalu bersih, rohani dan jasmani...



p/s : Semoga bahasa rojak saya tak melanggar kesopanan melayu dan akhlak islamiyah... Bukan mengeluh cuma melontarkan apa yang terfikir di benak...apapun, semua itu harus kita atasi dan sirami dengan keimanan yang benar agar hilanglah segala perasaan buruk dan bisikan-bisikan yang tak sepatutnya...Semoga ALLAH bimbing hati-hati kita menuju redhaNYA setiap masa...

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Friday, June 3, 2011

Hadir Sekali Lagi Rindu Itu

Bicara si adik >>>
'Kak yong balik bila?'
Hujung bulan ni, insyaALLAH
'Nanti kak yong balik, adik peluk tak nak lepas-lepas...'
....

Bicara si anak saudara yang sebaya si adik >>>
'Mak yong, mata mak yong dah besar ke sekarang?'
Kenapa tanya camtu?
'Ye la...mak yong punya mata tu kan selalu sepet...'
'Nanti mak yong masak gulai tempoyak untuk Bila ek?'
....

Hadirnya Rindu Itu Sekali Lagi
Entah kenapa, tika saat pertemuan makin menjelang tiba (insyaALLAH) perasaan itu makin kuat mengetuk jiwa. Sebelum ini, bila berbicara di hujung talian, lidah seringkali kelu. Panggilan hanyalah untuk menunaikan tanggungjawab dan melaporkan keadaan diri kepada ibu bapa yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas diri ini..

Si adik pula makin hebat menutur bicara rindu, sedangkan sebelum ini sukar sekali diajak bicara bila panggilan dibuat.

Terima kasih ya ALLAH kerana mendatangkan rindu ini sekarang...Bukan ketika diri ada bebanan tanggungjawab lain yang harus diutamakan...Ya, rindu itu sentiasa ada cuma ia tidak melepasi threshold. Kali ini, rindu itu datang lagi...

Seringkali rindu itu datang, kan? Namun, kesannya berbeza pada setiap kali. (teringat limbic system...) Adakalanya kesannya ialah degupan jantung yang bertambah, terasa seram sejuk di hujung jemari, perut mula rasa tak sedap sehinggakan selera berkurang dan tenaga seolah hilang untuk mengggerakkan otot-otot...Sehingga, kelenjar air mata begitu mudah merembeskan air mata....
Di kala lain pula, rindu itu menjadikan diri semakin bermotivasi...Seolah ada suntikan tenaga untuk menggerakkan tubuh agar yang dirindui dapat dicapai segera (metabolism bertambah kot?)...Rindu yang membuatkan bibir menguntum senyuman..

Dari Mana Datangnya Rindu Itu?
Datangnya rindu itu pula berbeza sebabnya pada setiap kali...cuma yang pastinya, ada memori yang tersingkap semula (hippocampus?) Memori-memori yang berbeza...Keluarga, teman...segala benda yang disayangi dan dihargai bagi diri seseorang itu...
Yang pastinya...DIA sentiasa ada di belakang setiap faktor yang membuatkan kerinduan itu hadir semula.

Ya, DIA sentiasa ada, sentiasa wujud dalam kehidupan kita. Jadi, marilah kita sandarkan segala rindu ini kepadaNYA! Agar rindu itu menjadi rindu yang menggerakkan tubuh. Degup kerinduan itu datangnya daripada kerinduan kepadaNYA lalu menghasilkan amal yang penuh ihsan, dengan satu kesedaran bahawa DIA sentiasa melihat dan mendengar kita. Amal yang terlukis lantaran kerinduan itu ingin dihilangkan segera! Lalu, kita pun berlari-lari dengan kerinduan itu menujuNYA...

insyaALLAH..

ya ALLAH, aku mohon agar tujuanku hanyalah untuk mencari redhaMU dalam apa jua keadaan...

p/s : Adik-adikku sayang, doakan kekandamu...Tak sabar ingin pulang bertemu kalian...Ayahbonda, doakan anakanda...



~ luahan rindu seorang kekanda ~

Saturday, May 7, 2011

Da'wah? No worries!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sedia untuk segala macam-macam
Macam-macam 1 : 'Baju diorang ni tak up-to-date langsung. Takde style. Not my taste. Tak mahulah duduk-duduk dengan geng-geng tu.'

Macam-macam 2 : 'Apalah yang best sangat circle diorang tu? Berjam-jam duduk berteleku, senyap, nangis-nangis...entah apa-apa la...hidup ni kena lah enjoy selagi ada masa untuk enjoy! tak mainlah sentimental, touching2 cam diorang tu.'

Macam-macam : 'Eh, nak cari dia sekarang kena cari kat surau. Dia mana ada lepak-lepak kat shopping complex dah. Jadi pentazkirah setiap maghrib kott...

Bila hati kita sudah bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, pernah tak kita dilontarkan dengan ucapan-ucapan sebegini? Mengapa mereka berkata begini, itu tak mampu kita tafsirkan kerana niat itu dalam hati. Tapi kita tahu apa kesannya ucapan-ucapan begini.

Secara normalnya, pasti psikologi kita akan terkesan. Sama ada kita akan semakin semangat atau kita akan rasa kecewa & lemah. Selalunya yang melemahkan itu akan bertandang dulu ke dalam jiwa. Bila hati rasa sedih & kecewa dengan ucapan teman-teman yang tak supportive, keyakinan mula goyah dek bisikan-bisikan si iblis.

Ini fitrah insan!

Saat ini, kita memang sangat perlukan support system! Mana nak dicari support system terbaik? Jika ada teman-teman yang ingin sama-sama berubah, bicara teman pasti mampu menguatkan. Kehadiran teman di sisi akan meyakinkan diri akan jalan baru yang ingin ditempuh, jalan menuju redha ILAHI, jalan menuju ketaatan dan ketundukan sebenar kepada Rabbul I'zzati.

Tapi, jika teman jauh? Hanya bisa menyokong tatkala komputer dibuka dan sign in skype?

ALLAH! ALLAH sentiasa ada untuk kita! boleh online selalu dengan ALLAH.

Ayuh kita jengah sirah baginda SAW untuk melihat bukti ALLAH sentiasa bersama kita tatkala kita memilih jalan menujuNYA.

'Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.' (al-Qalam:2-3)

Apa perasaan kita jika orang mengatakan kita orang gila? Orang menafikan apa benda yang benar yang kita sampaikan. Maruah kita dijatuhkan serendahnya.
Pasti tercabar kan? Rasa nak marah, nak balas balik kata-kata dusta mereka.
Rasa sedih? Nak nangis dan tak nak jumpa mereka dah...
etc..etc..

Bila kita memilih untuk berada di atas jalan menuju ALLAH & seterusnya ingin mengajak manusia bersama-sama kita tunduk kepada ALLAH, kita harus sentiasa sedia! Ayat ALLAH di atas dan banyak lagi ayat lain, ALLAH ceritakan & khabarkan kepada kita akan cabaran-cabaran yang akan kita hadapi dalam jalan ini. Ejekan, cercaan, kata-kata yang melemahkan motivasi, dijauhi, diexclude daripada aktiviti-aktiviti ,seksaan dan ancaman bunuh; ini semua adalah lumrah yang pasti akan dilalui oleh mereka yang memilih jalan ini.

Perasaan kita sebagai insan yang lemah pasti akan terkesan dengan segala tindakan dan ucapan buruk ini namun ALLAH khabarkan kepada kita bahawa kita tak perlu rasa begitu! jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain lakukan pada kita selagi kita tahu apa yang kita buat adalah apa yang ALLAH redha. Bukankah apa jua yang mereka rancangkan itu takkan pernah mampu membahayakan kita tanpa izin ALLAH? Bahkan ALLAH seringkali mengungkapkan betapa rancanganNYA lebih hebat daripada rancangan/plan para penentangNYA? (at-Tariq:15-16)

No Worries, k!
Cuba telusuri lagi surah al-Qalam. ALLAH muliakan baginda SAW walaupun kafirun menghina baginda. Bahkan ALLAH beritakan tentang azab yang menakutkan yang akan dihadapi bagi yang menghina Nabi.
Tika Quraisy menolak kebenaran hari akhirat & azab neraka, ALLAH membenarkan apa yang baginda sampaikan dan menghina serta mengancam Quraisy itu. (al-Ma'arij:1-2)

Banyak,banyak sangat ayat-ayatNYA yang menggambarkan bahawa ALLAH berada di pihak kita! Yang Maha Perkasa, yang melakukan apa sahaja yang dikehendakiNYA hanya dengan mengatakan 'Jadilah' menyokong kita. Amazing kan? Kekuatan yang menggerakkan seluruh alam semesta berada di pihak kita!

Indah sekali jaminan ALLAH! Begitu banyak tipu daya dan pengkhianatan yang dirancang untuk menjatuhkan para rasulnya, bahkan Nabi SAW sendiri namun ALLAH sentiasa memelihara hambaNYA. Perhatikanlah ayat-ayatNYA bila DIA menceritakan kepada kita tentang perjuangan para rasul yang ditentang oleh kaum mereka. Pasti ada pujukan dan jaminan kemenangan!

Daripada peristiwa boikot,cubaan membunuh Nabi SAW pada malam hijrah, pengkhianatan Yahudi, kehadiran munafiqun di Madinah dan cederanya baginda dalam perang ~ ia adalah siri serangan & cubaan menjatuhkan baginda SAW dan risalah yang dibawanya.

Mungkin sahaja serangan-serangan ini menjatuhkan semangat baginda bahkan mengorbankan nyawa baginda. Namun,perlindungan ALLAH sentiasa mengiringi perjalanan perjuangan baginda SAW. Hingga akhirnya baginda wafat hanya setelah misi hidupnya selesai (dengan izin & kehendak ALLAH), menyampaikan islam kepada umat baginda bersama amanah kepada umatnya untuk menyambung rantai risalah itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

Kepada diri yang ingin menyambut amanah menyebarkan risalah ar-rasul ke seluruh dunia ini,
Jangan gentar dengan segala tohmahan dan kejian, dengan segala ancaman cedera & dijatuhkan! Melangkahlah dengan pasti dan penuh keyakinan di dada, bahawa ALLAH bersamamu!
(ali imran:139) Bila iman menyesak di dada, tiada gentar dan sedih yang bisa menghurung diri!
(at-talaq:2-3) Jika kebuntuan, pasti DIA akan tunjukkan jalan keluar!

So...
Doin' da'wah? No worries!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Monday, April 18, 2011

Betulkan Semula Kompasmu


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah, diberikan izin olehNYA utk menyertai 'The Professional Muslim Generation : The Road To MUDr' di Cesky Brod, Prague. Banyak benda yg saya perolehi dan pelajari drpd pengisian sendiri dan daripada sharing2 bersama para peserta.

Kesinambungan Idea
Secara keseluruhannya, saya terasa bahawa TPMG tahun ini begitu dekat temanya dgn TPMG tahun 2010 (TPMG : SPS aka Super Power Student). Jika tahun lepas, perbincangan banyak berkisar kpd tema utk menjadi medical student yg luar biasa, tahun ini perbincangan berpusat pula kpd persediaan utk menjadi seorang doktor muslim yg sebenar.

Ingin menjadi pelajar yg superior drpd pelajar lain, kita perlu ada satu paradigma yg benar dan lurus. Perlu ada satu persepsi yg benar terhadap diri sendiri iaitu bahawa sebagai seorang muslim kita adalah agen rahmat untuk seluruh alam. Di samping itu, jka ada paradigma yg tidak benar, paradigma ini harus disingkirkan supaya kita benar2 boleh menjadi pelajar yg superior. Paradigma yg tidak benar dan harus disingkirkan daripada diri kita ialah eurocentrism (melihat dunia dgn kacamata barat). Jika mata kita masih memakai kacamata barat, pastinya sukar utk kita melihat dunia dgn kacamata islam. Kerana islam dan segala ideologi lain takkan pernah mampu bersama dan bersatu (ibarat hydrophobic substance dan hydrophilic substance takkan pernah larut dalam each other.

Point ini diperkukuhkan lagi oleh speaker kali ini, yg menyebutkan tentang bagaimana ajaran islam itu menetapkan hukum.

Kenapa persoalan penentuan hukum ini penting? Kerana sebagai seorang doktor kelak, kita akan berhadapan dgn pelbagai keadaan yg memerlukan kita untuk membuat keputusan, antara sains perubatan atau tuntutan ad-deen.

Neraca apakah yg kita perlu gunakan utk menentukan keputusan kita?
Sudah tentu, sebagai seorang muslim jawapannya ialah mengikut syariat yg digariskan oleh Islam. Syariat yg digariskan tak pernah bertujuan utk menyusahkan muslimin, sebaliknya ia adalah ajaran yg sentiasa memudahkan penganutnya. Bahkan, ia selalu mengutamakan keadilan dan kesejahteraan semua tanpa mengetepikan hak2 ALLAH sebagai ILAH. Secara ringkasnya, saya simpulkan bahawa kita harus berusaha menambah ilmu berkaitan segala isu baru yg timbul dalam dunia perubatan dan harus menimbang dgn adil (tak melebihkan sains sehingga menggadaikan tuntutan ad-deen).

Niat harus ikhlas selalu
Selain itu, ucapan drpd penganjur juga turut mengetuk saya. Walaupun program ini adalah program agama, tak semestinya kita akan pulang dgn pahala dan cinta ALLAH yg bertambah dlm dada. Astaghfirullah, sgt benar! Mgkn saja ada perkara yg kita lakukan semasa program itu yg tidak disukai ALLAH serta mengundang murkaNYA. merungut ttg tandas yg tak berfungsi, makanan yg tak seberapa, tempat yg sangat sejuk etc. (ni contoh je)...
Sangatlah bimbang jika sebenarnya kehadiran kita di situ hanya menambah dosa dan murkaNYA kpd kita. Sia-sia...alangkah ruginya...
(semoga ALLAH redha dgn kehadiranku di situ..)

Ada seorang sahabat yg menyampaikan tazkirah pun share ttg hadis niat. Part yg paling terkesan ialah bila dia kata kalau kita ada kawan2 yg tak menyokong kita utk hadir ke program2 berbentuk nasihat kpd kebaikan, jgn jadikan itu faktor utk kita berundur diri drpd menghadiri. Kita buat je. Kan buat kerana ALLAH...
Sgt setuju! kita kena pentingkan apa ALLAH kata drpd fikir2 apa org kata. Kalau hilang kawan takpe, jgn hilang redha dan jalan menuju ALLAH.

Camtu jugaklah dalam kita memilih profesion sbg seorang doktor! Smg ALLAH sentiasa menjadi matlamat. Langkah2 yg diatur sepanjang perjalanan mendapatkan MuDr, harus disulami dgn usaha utk membentuk diri menjadi seorang muslim yg sebenar, seperti yg dikehendaki dan diajarkan oleh ALLAH...seperti yg ALLAH katakan dalam firmanNYA (2:138) ~check it out,k~

Mari Beramal
Salah seorang peserta share di hujung program. Betapa kita sudah banyak menghadiri program2 (motivasi, bengkel teknik belajar dan sharing2 drpd para doktor etc), namun sebanyak mana ia membantu kita utk meningkatkan diri? Adakah diri kita sudah berubah berbanding sebelum kita menghadiri program2 ini?

Dush! Sekali lagi terkena!

Lantaran itu, mari beramal dan share dgn semua org apa yg diperolehi drpd program yg dihadiri! Jangan jadi kedekut dan simpan apa yg kita dpt utk diri sendiri sahaja.

(kalau pernah terfikir;
'buat apa nak kongsi dgn org yg tak dtg, diorg bukannya bayar pun. aku kena bayar tambang dan yuran penyertaan. diorg pula nak dpt free2 drpd aku.'

jom fikir;
ALLAH bagi aku kelapangan masa utk aku mencari dan menambah ilmu. mgkn org lain ada urusan yg menghalang mereka utk sama2 menghadiri. bukankah aku harus menjadi manusia yg bermanfaat kpd org lain? bahkan ilmu itu akan bertambah jika dikongsi, bukan seperti harta yg berkurang bila dikongsi atau diberi kpd org lain.~teringat satu teka teki yg diberi oleh ahli rombongan ke TPMG~ )

Selamat beramal, wahai diri yg menulis dan membaca dgn kompas yg lebih benar!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Monday, April 4, 2011

AKU ADALAH SINGA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Pernah dengar tentang singa yg dikijangkan? semasa kecilnya,singa itu telah tercicir drpd kawanan singa dan tinggal bersama kijang di hutan. ia dibesarkan bersama kijang2 yg lain sehingga dia buat apa yg kijang buat, berlari dgn cara kijang berlari, makan apa yg kijang makan dan berbunyi seperti bunyi kijang.

sehinggalah suatu hari, sang singa bertemu dgn sekumpulan singa di tepi tasik. dia kagum melihat ketangkasan singa2 tersebut.

waa!!!! hebatnya mereka berlari!!! cara jalan mereka penuh dgn keberanian!!!


ketika itu, kawan2 sang singa iaitu kijang2 lari bertempiaran melihatkan kedatangan kawanan singa td. sang singa konfius..ikut berlari tp kemudian dia terpandang ke dalam tasik...

eh, kenapa rupa kawanan singa tu seperti diriku???


singa2 tadi mengejar kijang2 lain...seekor demi seekor berlalu di tepi singa yg dikijangkan ini tanpa mengganggunya...

hurm, tak kejar aku pun??


sehinggakan, salah seekor drpd kawanan singa td menerpanya dan menghulurkan salam perkenalan. (binatang berkenalan camne ye? bayangkan je lah ye..)

singa ini memimpin singa yg dikijangkan dan mengajarnya berlari seperti selayaknya seekor singa berlari...

oh, rupanya aku mampu berlari seperti mereka yg hebat ni?


singa yg dikijangkan terus bersama-sama dgn kawanan singa dan kini ia sedar...

"AKU ADALAH SINGA! BUKANNYA KIJANG!"



Teman2...
Adakah kita telah cukup kenal akan diri kita? Apakah jati diri kita? Benarkah jati diri kita itu seperti yg selayaknya? Ataukah kita telah hanyut oleh arus sekeliling yg menipu hingga kita terlupa siapa kita patut jadi sebenarnya?

Kita adalah umat terbaik yg ALLAH jadikan di atas muka bumi ini jika kita melakukan apa yg terbaik. (3:110)
Sekiranya kita genggam erat keimanan kepadaNYA, kita mampu jadi umat terbaik yg akan menjadi rujukan dunia!

Kecemerlangan yg kita kejar bukanlah utk diri sendiri tetapi utk membangunkan ummah yg terlena!
Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan kemudahan buat teman2ku yg sedang berjuang (fizikal, intelek dan emosi) menghadapi musim2 peperiksaan!

Ummah sedang menunggu kalian!

ALL THE BEST, dearest friends!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Thursday, February 17, 2011

Terbaiklah!!

ALLAH Maha Mengetahui segalanya,
DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA..
KurniaNYA adalah kurnia terbaik buat hambaNYA..
Terbaik pd neracaNYA..
Yang selalunya dilihat sebagai suatu yg kurang terbaik pd neraca makhluk..

Pernah hati ini menyesali ketentuanNYA..
Merasakan diri harus mendapat yg sama dgn mereka..
Mengharap agar diri dapat melalui apa yg mereka lalui..

Ujar seorang guru..
'Apa yg awak lalui pastinya tak mereka lalui..'

ALLAHU AKBAR!
Pabila kubuka mataku..
Kulapangkan dadaku..
DIA sedarkan aku bahawa inilah yg terbaik utkku..
DIA sedang mendidik diriku dgn sebaik-baik cara..
Yang tak pernah kutahu bahawa inilah yg terbaik utkku..
Lantas ia merobohkan tembok keangkuhan dalam diri..
Meleburkan butir-butir keegoan..

Akhirnya diri akur dan tunduk..
Bahawa diri ini tak pernah menjadi yg terbaik..
Kerana ada insan yg sentiasa lebih baik..
Dan sesungguhnya, ALLAHlah yg Maha Terbaik!!!

... alhamdulillah 3x... astaghfirullah 3x...
(T_T)