Saturday, May 7, 2011

Da'wah? No worries!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sedia untuk segala macam-macam
Macam-macam 1 : 'Baju diorang ni tak up-to-date langsung. Takde style. Not my taste. Tak mahulah duduk-duduk dengan geng-geng tu.'

Macam-macam 2 : 'Apalah yang best sangat circle diorang tu? Berjam-jam duduk berteleku, senyap, nangis-nangis...entah apa-apa la...hidup ni kena lah enjoy selagi ada masa untuk enjoy! tak mainlah sentimental, touching2 cam diorang tu.'

Macam-macam : 'Eh, nak cari dia sekarang kena cari kat surau. Dia mana ada lepak-lepak kat shopping complex dah. Jadi pentazkirah setiap maghrib kott...

Bila hati kita sudah bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, pernah tak kita dilontarkan dengan ucapan-ucapan sebegini? Mengapa mereka berkata begini, itu tak mampu kita tafsirkan kerana niat itu dalam hati. Tapi kita tahu apa kesannya ucapan-ucapan begini.

Secara normalnya, pasti psikologi kita akan terkesan. Sama ada kita akan semakin semangat atau kita akan rasa kecewa & lemah. Selalunya yang melemahkan itu akan bertandang dulu ke dalam jiwa. Bila hati rasa sedih & kecewa dengan ucapan teman-teman yang tak supportive, keyakinan mula goyah dek bisikan-bisikan si iblis.

Ini fitrah insan!

Saat ini, kita memang sangat perlukan support system! Mana nak dicari support system terbaik? Jika ada teman-teman yang ingin sama-sama berubah, bicara teman pasti mampu menguatkan. Kehadiran teman di sisi akan meyakinkan diri akan jalan baru yang ingin ditempuh, jalan menuju redha ILAHI, jalan menuju ketaatan dan ketundukan sebenar kepada Rabbul I'zzati.

Tapi, jika teman jauh? Hanya bisa menyokong tatkala komputer dibuka dan sign in skype?

ALLAH! ALLAH sentiasa ada untuk kita! boleh online selalu dengan ALLAH.

Ayuh kita jengah sirah baginda SAW untuk melihat bukti ALLAH sentiasa bersama kita tatkala kita memilih jalan menujuNYA.

'Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.' (al-Qalam:2-3)

Apa perasaan kita jika orang mengatakan kita orang gila? Orang menafikan apa benda yang benar yang kita sampaikan. Maruah kita dijatuhkan serendahnya.
Pasti tercabar kan? Rasa nak marah, nak balas balik kata-kata dusta mereka.
Rasa sedih? Nak nangis dan tak nak jumpa mereka dah...
etc..etc..

Bila kita memilih untuk berada di atas jalan menuju ALLAH & seterusnya ingin mengajak manusia bersama-sama kita tunduk kepada ALLAH, kita harus sentiasa sedia! Ayat ALLAH di atas dan banyak lagi ayat lain, ALLAH ceritakan & khabarkan kepada kita akan cabaran-cabaran yang akan kita hadapi dalam jalan ini. Ejekan, cercaan, kata-kata yang melemahkan motivasi, dijauhi, diexclude daripada aktiviti-aktiviti ,seksaan dan ancaman bunuh; ini semua adalah lumrah yang pasti akan dilalui oleh mereka yang memilih jalan ini.

Perasaan kita sebagai insan yang lemah pasti akan terkesan dengan segala tindakan dan ucapan buruk ini namun ALLAH khabarkan kepada kita bahawa kita tak perlu rasa begitu! jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain lakukan pada kita selagi kita tahu apa yang kita buat adalah apa yang ALLAH redha. Bukankah apa jua yang mereka rancangkan itu takkan pernah mampu membahayakan kita tanpa izin ALLAH? Bahkan ALLAH seringkali mengungkapkan betapa rancanganNYA lebih hebat daripada rancangan/plan para penentangNYA? (at-Tariq:15-16)

No Worries, k!
Cuba telusuri lagi surah al-Qalam. ALLAH muliakan baginda SAW walaupun kafirun menghina baginda. Bahkan ALLAH beritakan tentang azab yang menakutkan yang akan dihadapi bagi yang menghina Nabi.
Tika Quraisy menolak kebenaran hari akhirat & azab neraka, ALLAH membenarkan apa yang baginda sampaikan dan menghina serta mengancam Quraisy itu. (al-Ma'arij:1-2)

Banyak,banyak sangat ayat-ayatNYA yang menggambarkan bahawa ALLAH berada di pihak kita! Yang Maha Perkasa, yang melakukan apa sahaja yang dikehendakiNYA hanya dengan mengatakan 'Jadilah' menyokong kita. Amazing kan? Kekuatan yang menggerakkan seluruh alam semesta berada di pihak kita!

Indah sekali jaminan ALLAH! Begitu banyak tipu daya dan pengkhianatan yang dirancang untuk menjatuhkan para rasulnya, bahkan Nabi SAW sendiri namun ALLAH sentiasa memelihara hambaNYA. Perhatikanlah ayat-ayatNYA bila DIA menceritakan kepada kita tentang perjuangan para rasul yang ditentang oleh kaum mereka. Pasti ada pujukan dan jaminan kemenangan!

Daripada peristiwa boikot,cubaan membunuh Nabi SAW pada malam hijrah, pengkhianatan Yahudi, kehadiran munafiqun di Madinah dan cederanya baginda dalam perang ~ ia adalah siri serangan & cubaan menjatuhkan baginda SAW dan risalah yang dibawanya.

Mungkin sahaja serangan-serangan ini menjatuhkan semangat baginda bahkan mengorbankan nyawa baginda. Namun,perlindungan ALLAH sentiasa mengiringi perjalanan perjuangan baginda SAW. Hingga akhirnya baginda wafat hanya setelah misi hidupnya selesai (dengan izin & kehendak ALLAH), menyampaikan islam kepada umat baginda bersama amanah kepada umatnya untuk menyambung rantai risalah itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

Kepada diri yang ingin menyambut amanah menyebarkan risalah ar-rasul ke seluruh dunia ini,
Jangan gentar dengan segala tohmahan dan kejian, dengan segala ancaman cedera & dijatuhkan! Melangkahlah dengan pasti dan penuh keyakinan di dada, bahawa ALLAH bersamamu!
(ali imran:139) Bila iman menyesak di dada, tiada gentar dan sedih yang bisa menghurung diri!
(at-talaq:2-3) Jika kebuntuan, pasti DIA akan tunjukkan jalan keluar!

So...
Doin' da'wah? No worries!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

No comments:

Post a Comment