ALLAH Maha Mengetahui segalanya,
DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA..
KurniaNYA adalah kurnia terbaik buat hambaNYA..
Terbaik pd neracaNYA..
Yang selalunya dilihat sebagai suatu yg kurang terbaik pd neraca makhluk..
Pernah hati ini menyesali ketentuanNYA..
Merasakan diri harus mendapat yg sama dgn mereka..
Mengharap agar diri dapat melalui apa yg mereka lalui..
Ujar seorang guru..
'Apa yg awak lalui pastinya tak mereka lalui..'
ALLAHU AKBAR!
Pabila kubuka mataku..
Kulapangkan dadaku..
DIA sedarkan aku bahawa inilah yg terbaik utkku..
DIA sedang mendidik diriku dgn sebaik-baik cara..
Yang tak pernah kutahu bahawa inilah yg terbaik utkku..
Lantas ia merobohkan tembok keangkuhan dalam diri..
Meleburkan butir-butir keegoan..
Akhirnya diri akur dan tunduk..
Bahawa diri ini tak pernah menjadi yg terbaik..
Kerana ada insan yg sentiasa lebih baik..
Dan sesungguhnya, ALLAHlah yg Maha Terbaik!!!
... alhamdulillah 3x... astaghfirullah 3x...
(T_T)
Salam Siti. Kite rindu awak lillahi Taala. ;p
ReplyDeleteTeringat ayat nie:
'Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.' (16:18)
Segala yang baik datangnya dari Allah kan? Huhu.
Doakan kite istiqamah. ;)
Salam kina!
ReplyDeletehuhu...miss u too... maaf zahir batin ye, haritu tak smpt nak turun coventry..
smg ALLAH tetapkan hati2 kita pada jalanNYA..insyaALLAH..
<3