" Di antara org2 mukmin itu ada org2(rijal) yg menepati apa yg telah mereka janjikan kpd ALLAH. Dan di antara mereka ada yg gugur dan di antara mereka ada (pula) yg menunggu2 dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya). " (33:23)
Seorang mukmin adalah seorang yg benar (siddiq). Benar dalam semuanya; niat, perkataan, perbuatan,dan pemikirannya. Pada setiap sudut yg dipandang mata, hanya kebenaran yg dipamerkan. Pada setiap gerakan dan katanya, hanya kebenaran yang ditonjolkan. Pada apa yg didengarinya, adalah kebenaran. Pada yg dilihatnya, hanyalah kebenaran yg ditafsirkan dan difikirkan.
Kebenaran itu hanya didukung oleh pendukung yg benar. Kita takkan kata seseorang sebagai seorang yg bersih jika kita lihat pada bajunya ada kari tumpah. Kita takkan katakan seorang itu yg bersopan di jalan raya jika dia langgar lampu isyarat. Maka, seorang yg benar itu adalah seorang yg membuktikan perkataannya atau janjinya.
Apakah janji seorang mukmin itu?
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan ALLAH mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman)
'Bukankah AKU ini Tuhanmu?'
Mereka menjawab, 'Betul (ENGKAU Tuhan kami), kami bersaksi.'... "
(7:172)
Roh kita semua telahpun berjanji kpd ALLAH, Rabbul a'lamin bahawa kita akan mengakui bahawa DIAlah Tuhan kita di atas muka bumi ini. Janji bahawa kita akan beriman kepadaNYA. Adakah keimanan ini hanya utk diri kita sahaja? Selfish tak kalau kita hanya menyangka janji yg perlu dipenuhi adalah janji kita sahaja? Bagaimana dgn org lain yg lupa akan janjinya? Adakah kita akan membiarkan mereka di sekeliling kita memungkiri janji mereka, janji yg kita sama-sama ikrarkan?
Maka, andai kita sudah mengakui bahawa ALLAHlah Tuhan yg selayaknya disembah, adakah itu sudah cukup utk kita mengakui diri sebagai 'rijal yg menepati apa yg telah mereka janjikan kpd ALLAH'?
Tidak, selagi kita tidak berusaha mengingatkan roh-roh di sekitar kita utk menunaikan janji mereka kpd Rabbul 'Izzati!
Apakah janji yg benar itu? = Mengesakan ALLAH dan menyeru manusia utk mengesakan ALLAH (da'wah kepada ALLAH)
Siapa yg membawa janji yg benar itu? = Seorang rijal yg benar dalam niat, perkataan, fikrah, dan amalnya
1. Benar niatnya
Niat kita harus ikhlas kerana ALLAH semata-mata, tanpa berharap mendapat sebarang balasan. Hanya redha ALLAH yg kita harapkan. Bahkan, niat yg ikhlas ini takkan mungkin hadir andai hati kita bukanlah hati yg sejahtera. Kesucian hati kita harus sentiasa dijaga dan dipelihara. Sejahtera hati itu bila hakikat ALLAH sebagai Tuhannya benar2 mewarnai kehidupannya. Sejahtera hati itu bila cintanya hanya utk ALLAH. Sejahtera hati itu bila segala dosa dan kesilapan sentiasa cuba dibersihkan.
Keikhlasan dan hati yg sejahtera ini akan menatijahkan kekuatan dorongan atau motivasi yg benar. Motivasi yg benar ini perlu agar kita tidak mudah goyah dgn ujian yg datang atau terleka dgn tarikan duniawi.
2.Benar fikrahnya
Dalam melaksanakan da'wah kpd ALLAH, kita pasti akan memilih suatu metod yg kita yakini paling dekat dgn apa yg Rasulullah SAW lakukan dan yg kita selesa. Kita harus sentiasa komited(iltizam) secara total pd metod yg kita yakini itu. Selain itu, kita perlulah menguasai pelbagai bidang ilmu utk menghadapi zaman dunia tanpa sempadan ini dgn keteguhan. Sangat penting sebenarnya utk kita yg memikul tanggungjawab mengajak manusia kepada ALLAH utk melengkapkan diri dgn pengetahuan am yg luas supaya kita bisa memahami permasalahan ummah seterusnya mencari ubat utk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan metod yg kita yakini.
Akhirnya, dgn kekuatan komitmen kpd metod dan penguasaan ilmu ini kita akan mampu menjadi pengurus masyarakat yg baik. Menjadi pengurus kpd masalah masyarakat yg sedang dilalaikan oleh pengikut taghut.
3. Benar dalam perkataan
Kalimah yg paling benar di alam semesta ini ialah 'LA ILAHA ILLALLAH' (14:24). Kalimah inilah yg kita junjung pd tempat tertinggi dalam setiap hela nafas dan setiap butir perkataan yg kita lafazkan. Kalimah inilah yg menjadi asas kebenaran yg kita pegang.
Perkataan yg kita lafazkan itu haruslah perkataan yg benar-benar lahir drpd dalam hati kita. Yakni hati yg sejahtera. Hati yg dipenuhi dgn bunga-bunga kasih sayang kpd seluruh manusia. Kasih sayang agar manusia sama-sama bisa merasai manisnya hidup sebagai hamba ALLAH yg tunduk kpdNYA. Agar manusia dpt merasa tenangnya hidup di bawah naungan perlindungan yg Maha Perkasa. Yg bisa memberi rezeki dgn apa cara yg DIA kehendaki, yg tak pernah terfikir di benak kita.
Semua org boleh bercakap tapi berapa ramai yg benar-benar bercakap mengikut cara yg benar? Ada orang bercakap tentang sesuatu yg benar tapi dia bercakap pada yg tidak sepatutnya. Contohnya, ahli geologi bercakap ttg galian kpd anak berumur 6 tahun. Pastilah istilah-istilah yg digunakan tidak difahami anak kecil itu, lantas dia hanya menganggap kata-kata ahli geologi itu sebagai perkataan yg lucu. Maka, pentinglah utk kita memahami cara bercakap yg bersesuaian dgn peringkat umur dan tahap kefahaman seseorang agar mesej kita dapat diterima dgn benar. Agar kebenaran itu benar-benar menyentuh hati sang pendengar.
Dalam sejarah, kita lihat bagaimana pemimpin yg disegani adalah yg pengikutnya sanggup menghabiskan masa utk mendengar ceramahnya walau berapa jam pun. Tanpa mengantuk! cool kan? InsyaALLAH, jika kita benar dalam perkataan kita, kita pasti boleh menjadi seorang yg berpengaruh, berpengaruh utk membawa manusia kpd ALLAH...
4. Benar dalam amalan
Kata-kata yg bersemangat sahaja tidak akan menjamin mesej kita diterima. Mata, antara pancaindera yg paling mempengaruhi seseorang utk melakukan sesuatu. Anak-anak kecil biasanya akan melakukan sesuatu seperti yg dilihat pd ibu ayahnya.
Kita harus bersungguh-sungguh melaksanakan apa yg kita serukan, iaitu utk mengesakan ALLAH dalam hidup ini. Bersungguh-sungguhlah dalam menunaikan perintahNYA dan bersungguh-sungguhlah meninggalkan laranganNYA.
Kesungguhan pasti diiringi kepayahan yg akhirnya menuntut pengorbanan. Jangan pernah berhenti bersungguh-sungguh dan berkorban utkNYA. Jika mata-mata insan melihat kesungguhan dan keistiqamahan kita menunaikan ketaatan dan menyeru manusia utk taat, pasti mereka juga terdorong utk bersama-sama kita.
Jangan dilupa, bahawa material juga penting utk kita meneruskan langkah ini. Lantaran itu, jgn pernah gusar utk menginfaqkan harta kita pada jalan ALLAH ini. Para sahabat dulu berlumba-lumba utk menyumbangkan harta sebanyak mungkin dalam perang. Bahkan apa yg mereka miliki drpd hasil perniagaan mereka tak pernah difikirkan utk menambah perhiasan rumah atau diri, sebaliknya hanya utk kelangsungan da'wah.
Jika da'wah kita memiliki kebenaran pd semua ini, insyaALLAH kejayaan dan kemenangan itu pasti berpihak pada kita. Fenomena hari ini ialah kita melihat dakyah jahiliyah begitu hebat sehingga da'wah kita yg suci ini kelihatannya seperti begitu lemah dan perlahan. Kita pening memikirkan bagaimana jahiliyah begitu pantas mencari pelapis dan mengembangkan wilayah pengaruhnya, tp mungkin kita terlupa utk pening memikirkan sejauh mana kita benar-benar benar dalam da'wah kita ini.
Ayuh kita bina kekuatan yg benar pd diri agar kelak ALLAH redha memberikan kekuatanNYA pd da'wah ini! sehingga tiba suatu masa seluruh manusia hanya mahu tunduk pd kebesaran ALLAH al-Haq.
p/s : (29:2-3) segala ujian yg kita hadapi adalah agar ALLAH tahu siapa yg membenarkan janjinya kpd ALLAH... ya Rabb, kuatkan kami utk menjadi hambaMU yg benar! LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH!
No comments:
Post a Comment