Thursday, July 8, 2010

Rojak Perasaan

Bismillah Ar- Rahman Ar-Rahim

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu akbar...

La ilaha illa ALLAH... Muhammad rasulullah...

pernah rasa diri lemah? pernah rasa tak mahu menempuh hari esok? pernah rasa takut utk bersua dgn masa depan?

ya...pernahku rasa semua itu. tp sekarang, perasaanku pelbagai...subhanallah, hebatnya Engkau ya Rabb kerana memberikan diri ini jiwa utk berperasaan..terima kasih jua kerana mengajar diri utk berperasaan sbg layaknya seorang hamba berperasaan..walau masih banyak kekurangan diri dlm mengawal perasaan ini...

Beberapa hari lalu, dalam kesibukan persiapan exam diri terasa cuak dan bimbang. lalu kutenangkan hati dgn berdoa agar Engkau kuatkan daku dgn keyakinan yg benar kepada-MU.

Semalam, rasa tak percaya, adakah akanku ambil satu lagi exam yg juga mencabar setelah masaku digunakan utk ulangkaji exam sebelum itu? tak percaya sekejap...tp teringat kata2 teman serumah yg merupakan petikan kalamullah ; fa iza 'azamta fa tawakkal a'lallah..bila dh berazam, bertawakallah. jadi kukuatkan juga hati utk menempuhinya.

hari ini, sehari sebelum aku dpt melakukan apa yg telah lamaku nantikan, perasaanku berbaur. alhamdulillah, selesai satu tahap tugas sblm masuk kpd tugas lain. tugas sbg pelajar 1st year telah cuba kulaksanakan, cuma menanti keputusan ILAHI yg telah sedia ada utkku terima.

semoga KAU berikanku keputusan terbaik ya Rabb...
kuatkan hati ini utk redha dgn segala ketentuanMU...
kekalkan rasa kehambaanku, ya ALLAH...
insyaALLAH...

Thursday, July 1, 2010

Hari Ini

Semalam adalah sejarah,
Esok adalah mimpi,
yg kau miliki hanyalah HARI INI...

sekali kurenungi kata2 ini, terasa biasa. dua kali pandang, barulah ia menyentak benakku.

sesungguhnya yg aku ada dan benar2 dalam jangkauanku hanyalah hari ini & masa ini ku. semalam yg telah berlalu takkan mampu kugapai lagi. betapa sebenarnya masa ini, saat ini sgt perlu kuhargai dan kugunakan sebaiknya.

esokku hanya ada dalam perancanganku, tak pernahku ketahui akanku tempuhi atau tidak. betapa kerdil & faqirnya diri di hadapan ILAHI yg Maha Memiliki tiap2 sesuatu.

smg KAU kuatkan kami dgn keimanan yg tulus dan benar kepadaMU,ya Rabb.. kuatkan kami utk menempuh hari2 yg berlalu ini sebagai hamba yg tunduk setunduknya.