"tenang dan senangnya awak."
"waa...alhamdulillah, anda dipermudahkan."
mudah, senang? pernah rasa tak senang je utk buat sesuatu?
tidak! tak pernah ada benda yg senang dlm hidup ini. semuanya memerlukan usaha dan tindakan serta pengorbanan. semua...tiada berkecuali.
utk mengaku beriman, mudah. tp utk menjadi insan beriman, tak mudah. kerana iman itu bukan hny valid melalui perkataan tp pd perbuatan. tatkala hati sudah yakin, anggota pula harus digerakkan utk membuktikan kebenaran iman itu. jika masih ada kekurangan pd gerak geri yg sepatutnya dipandu oleh keimanan itu, layakkah diri mengaku sbg seorg yg beriman? ~~ekstrem kah? tp itulah sepatutnya yg difikirkan~~
bila sudah beriman dgn hati, lidah dan anggota perlu pula istiqamah. ini bukan mudah juga...
kerana hidup ini adalah ttg keimanan & istiqamah...maka, tiada yg mudah...melainkan perlu bersungguh-sungguh bergantung kpdNYA dan memaksa diri melawan anasir2 jahiliyah. dan kini aku merasakannya...oh, lemahnya diri...
dan kerana syurga itu mahal, menggapainya juga bukan mudah...
bahkan, redha ALLAH itu adalah perkara terbaik yg mampu dimiliki utk mereka yg beriman dan istiqamah...lagilah bukan mudah utk menggapainya...
namun, kasih ILAHI mengatasi segalanya... tidak diuji hambanya jika tidak mampu...maka,
wahai diri, teruslah mencari...mencari kekuatan, keimanan, keistiqamahan!
kuatkan daku ya ALLAH...kekalkan rasa kehambaanku...la haula wala quwwata illa billah...
Wednesday, June 23, 2010
Monday, June 21, 2010
Teruji
"Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan disisi ALLAH jualah pahala yang besar."
At-Taghabun : 15
Ujian...
setiap hari kita berdepan dgn ujianNYA, kan? sama ada kita sedar atau tidak, itulah kebenarannya.
lagi2 bila kita mengakui sesuatu... kita mengaku kita tahu sesuatu, ALLAH kirimkan ujianNYA utk menentukan sama ada benar atau tidak apa yg kita tahu itu. adakah kita tahu ttg suatu perkara itu zahir & batinnya atau kita hny tahu on the surface...
dan hari ini, diri rasa teruji lagi...
harta benda dan anak2... antara perkara2 yg paling disayangi oleh manusia secara umumnya. dan hari ini saya merasakannya..
bagaimana ye kita akan berhadapan dgn insan2 yg kita sayang ketika kita ingin melangkah mencari redhaNYA?
bagaimana ye kita akan berkata kpd insan2 yg kita sayang ketika hati rasa ingin berkorban segalanya utk DIA?
hurm...
tak semudah dikata,
tak semudah disangka...
tak seindah mimpi....
da'wah ini adalah realiti...
yg bukan berpijak pada sebuah impian semata...
bukan berpaksi pd teori semata...
bahkan perlukan jiwa2 dan hati2 yg sudi berkorban..
berkorban utk membuktikan kebenaran..
kebenaran bhw diri meyakini...
sehingga...
suatu masa nanti...
terbuktilah...
"benarlah, dia meyakini"
biar beribu manusia kudekati utk kutanyakan formula terbaik menghadapi perkara2 yg disayangi dalam langkah menuju ILAHI, jawapannya terletak pd satu. penyerahan diri secara total & keyakinan yg benar kpd matlamat yg ditujui... ~~ALLAH ghayatuna~~
ya ALLAH, bimbinglah hati ini menujuMU dgn jalan yg benar...
ya ALLAH, kekalkanlah rasa kehambaanku...la haula wala quwwata illa billah...
Monday, June 14, 2010
Siapa Aku Di Sini?
Berada di lorong ini, suatu yg tak pernah terlintas di lubuk hati kecilku. Namun, setinggi kesyukuran kupanjatkan kpd ILAHI kerana telah memperkenalkan daku dgnnya.
Usai perkenalanku dgn lorong ini, kurasakan telah lama daku berpijak di atasnya. Setiap hari aku melihat insan bangkit dan tumbang di atasnya. Daku sendiri pernah merasakan, tumbang dan bangkit di atasnya sehinggakan hati ini sering bertanya mampukah daku utk terus berpijak di sini?
Semakin lama daku menyusuri di lorong ini, aku dpt melihat juga wajah2 baru yg telah dipilihNYA utk sama2 berkenalan dan berkelana di lorong ini. Apakah benar perasaan ini? Apakah yg aku rasakan ini?
Aku mula merasa bhw diriku tidak selayaknya berada di lorong ini. Bukan kerana apa, hanya kerana kelemahan diri. lemah utk bermujahadahkah? lemah utk bangkitkah? Tapi berat sekali hati ini hendak meninggalkannya kerana tidakku fikir ada lorong yg lebih baik drpd lorong ini.
Malu rasanya utk terus berada di lorong ini dlm keadaan diri yg compang-camping berbanding diri2 lain di sekelilingku...
smg diri kuat utk menghilangkan kecompang-campingan diri... la haula wala quwwata illa billah...

Kuatkan Daku
Ya ALLAH,
diri ini hamba yg lemah
terkadang sering terjatuh
tatkala merasa diri ingin berlari
tatkala ingin berlari kepadaMU
adakalanya diri terlupa
segalanya adalah milikMU
kekuatanMU
kebesaranMU
kehendakMU
sememangnya manusia itu fitrahnya lupa
lantaran itu
KAU kirimkan peringatan terbaik
iaitu al-Quranul karim
ya ALLAH
jadikan daku hamba yg sentiasa ingat
dan mengingatkan diri
dgn peringatanMU setiap masa
~ya ALLAH, kekalkanlah rasa kehambaanku...~

Thursday, June 10, 2010
Dengan Kebenaran
'Dan ALLAH memutuskan dgn kebenaran. Sedang mereka yg disembah selain-NYA tidak mampu memutuskan dengan sesuatu apa pun. Sesungguhnya ALLAH, DIAlah yg Maha Mendengar, Maha Melihat.'
(40:20)
(40:20)
Dalam hidup kita, setiap hari kita akan membuat keputusan ttg sesuatu. Mari lihat ttg makan...
sebenarnya, tanpa kita sedar kita telah disuruh membuat keputusan ttg makan. bila nak makan, nak makan apa, nak masak atau just pergi beli di restoran. semua ini memerlukan kita utk memilih dan mengambil keputusan, kan?
baik, semua org pun harus mengambil keputusan. tp ada tak perbezaan antara 1 org yg ambil keputusan dgn 1 org lain? mgkn ada 2 org yg berbeza, tp mereka masih perlu mengambil keputusan ttg suatu benda yg sama. contoh, nak ambil exam bila.
lalu, apa yg membezakan antara 2 org itu?
neraca yg dipilih utk menimbang & mengambil keputusan.
apakah neraca kita utk kita sampai kpd sesuatu keputusan itu? kehendak diri? masa yg ada? apa yg orang lain kata? perasaan & emosi diri?
dan neraca terbaik kita telah diturunkan khas dr langit oleh yg Maha Tinggi. bayangkan, betapa yg Maha Pencipta, yg Maha Mulia telah menurunkan utk kita rujukan terbaik! sekali lagi, rujukan terbaik! dan hari ini, rujukan terbaik itu telah dihumban ke mana2...telah ditolak ke tepi..oleh makhluk yg rendah & hina shj jika tidak dimuliakan oleh yg Maha Mulia. itulah al-Quran...
dan ayat di atas, mengajak kita utk terus merenung akan diri sendiri. sememangnya suatu perbandingan yg tak pernah setara jika kita ingin membandingkan diri dgn Pencipta. namun, renungi ia utk kita melihat segala kelemahan & kekurangan diri.
betapa, ALLAH itu neracanya adalah neraca terbaik! pabila DIA ingin menghukum atau menetapkan sesuatu DIA menetapkannya dgn KEBENARAN. apakah kebenaran itu? saya bukanlah insan terbaik utk menghuraikan ayat ini dan kalimah kebenaran itu. tambahan pula, ayat sebelum itu sbnrnya ALLAH berbicara ttg hari kiamat, hari penentuan, hari penghukuman. sekadar ingin mengetuk hati2 kita utk meneliti & merenung diri.
setiap hari , kita sebenarnya berada di bawah ketetapan yg Maha Esa atas diri kita. kita jatuh sakit, itu ketentuanNYA. kita gembira sepanjang hari, itu ketentuanNYA. kita sedih, itu juga adalah ketentuanNYA. yg telah ditentukan & diberi ketetapan berdasarkan kebenaran.
kebenaran itu sifatnya bersih, adil dan menenangkan. ALLAH tak pernah menetapkan sesuatu yg akan menzalimi hamba2NYA. kita sakit, lalu kita makan ubat & berdoa...DIA kabulkan doa kita dan kembalikan kesihatan diri kita. itu ketentuan DIA utk org yg mahu bersyukur, kerana ingat utk berdoa kpd DIA bila dalam kesusahan.
kita marah2 bila sakit dan membentak2...kita habiskan duit utk beli pelbagai ubat..tak ingat utk berdoa agar DIA pulihkan dan ampunkan salah kita. DIA sihatkan kita semula tapi bukan sbb nak jadikan kita hamba yg makin bersyukur tp utk menjadikan kita makin angkuh (sekiranya kita memilih utk menjadi angkuh). itu ketentuan DIA utk org yg tak mahu bersyukur.
sekiranya kita bandingkan 2 situasi ini, bukankah sepatutnya kita dpt melihat bhw ALLAH memang menentukan dgn kebenaran? yg benar dgn memberikan kesihatan utk org yg berdoa ialah utk menjadikan rasa kebergantungan yg berterusan hny kpd ALLAH. yg benar dgn memberikan kesihatan utk org yg tidak berpuas hati dgn sakit yg dtg ialah utk menjadikannya terus rasa menjauhi tuhannya. bukan kerana tuhannya mahukan dia utk menjauh, tetapi kerana kehendak hati insan itu sendiri.
tiada yg lebih benar melainkan kebenaran dari ALLAH kerana neracaNYA ialah apa yg paling benar & paling suci. sesucinya, jauh drpd kesucian yg mampu difikirkan oleh sang makhluk.
ya ALLAH, mengenal kebenaranMU menjadikan diri ini kagum & merasakan diri semakin kerdil & hina. semoga tindak tandukku juga kulakukan dgn panduan kebenaranMU ya Rabb. sungguh, diri ini begitu lemah...selemahnya utk aku setiap masa berpaut dan berpegang pd kebenaran itu.
=( ya ALLAH, kekalkan rasa kehambaanku....

Thursday, June 3, 2010
Terima kasih & Alhamdulillah
Hari ini, saya rasa saya belajar sesuatu. insyaALLAH, setiap hari sepatutnya kita belajar sesuatu drpd pengalaman seharian. Pengalaman2 yg sepatutnya menjadikan kita hamba2 yg makin dekat dgn ALLAH, yg makin mengerti erti hidup sebagai seorang hamba & khalifah ALLAH.
Bila kita dpt sesuatu yg baik, orang sekeliling akan kata... tahniah!
Bila kita dpt sesuatu yg buruk, orang sekeliling akan kata...takziah..
Apa pula yg akan kite beri sebagai balasan terhadap pemberian kata2 penghargaan itu?
selalunya...terima kasih...kan?
org memberi, kita merasa...orang berbudi kita berbahasa...org kata tahniah/ takziah kita kata terima kasih..
kalau nak nampak baik sikit, kita akan tambah... alhamdulillah...
yeke nak nampak baik? atau sudah menjadi kebiasaan? bila dpt sesuatu yg baik, ingatlah pada ALLAH. waktu tgh struggle nak kejar apa yg dikejar tu, adakah kita ucapkan alhamdulillah itu?
jom fikir sejenak..
bila kita dpt sesuatu, semuanya adalah drpd ALLAH. ALLAH berikan yg baik & ada yg ALLAH berikan yg buruk. hakikatnya, semua itu takkan wujud tanpa izin & kehendak ALLAH. jadi...semuanya adalah daripada ALLAH...
bila semuanya dari ALLAH, siapa sebenarnya yg layak mendapat kata2 penghargaan yg diucapkan oleh orang lain itu?
guru yg mengajarkah?
kawan yg memperingatkan kah?
atau diri sendiri yg berusaha siang & malam utk dpt apa yg dicita?
bila memikirkan ini, saya rasa, sgt perlu, penting utk kita rasakan dalam hati utk sentiasa memuji ALLAH. utk merasakan tiap2 suatu pujian itu hanyalah milik ALLAH. dan hny kepadaNYA lah ditujukan kpd ALLAH.
payah sungguh utk dpt kekuatan utk menjadikan semuanya kerana ALLAH semata2.
tp marilah kita ubah perasaan kita pabila kita melafazkan kalimah suci 'alhamdulillah'.
sucinya kalimah ini...semoga rohnya meresap ke dalam jiwa2 kita lalu menghidupkannya kembali dgn rahmat kasih sayang ILAHI.
kalimah ini membawa kita utk merasa kerdilnya diri...faqirnya diri... betapa tak ada apa-apanya kita di hadapan ALLAH. di hadapan nikmatNYA yg terlalu besar & byk.
setelah kita lafazkan kalimah ini, secara lisan atau dalam hati...barulah fikirkan utk ucapkan terima kasih kpd org lain...
bukanlah maknanya, takleh ckp terima kasih dulu...pointnye ialah...hadirkan rasa bersyukur & kebergantungan yg tulus kpd ILAHI drpd lafaz 'ALHAMDULILLAH'...
~Wallahu a'lam~
Subscribe to:
Posts (Atom)