Fizikal kita melaksanakan apa yg selalu dibuat
Tapi hati penuh resah
Kerana hati langsung tidak terasa apa2
Kekebasan...
Hati yg hilang derianya
7:179
Deria sang hati adalah utk memahami. Dalam memahami, sang hati perlu kpd persediaan tertentu. Persediaan yg paling penting adalah utk sang hati itu dalam fasa 'hidup'. Kerana hati yang hidup itu pasti akan sentiasa peka. Peka dgn sekeliling dan akan menjadi radar yg mengesan, sama ada apa yg berada di sekelilingnya adalah dalam keadaan yg baik atau tidak.
Apakah pula indicator2 yg akan digunakan oleh sang hati dalam menjalankan tugasnya utk menjadi radar kpd bi'ah di sekelilingnya? Pastinya, hanya al-Quran dan sunnah.
Wahai hati, jika engkau tidak hidup, maka akan makin sukarlah kefahaman ttg al-Quran dan sunnah hendak meresapimu. Maka, akan tumpullah dikau dalam mengenal pasti sama ada apa yg di sekelilingmu adalah benar atau batil.
Dan sesungguhnya, hati2 yg hidup ini akan sentiasa cuba mencari penyegarnya dan juga menyebarkan kesegaran yg dirasai. Maka, di situlah tarbiyah dzatiyah dan rasa ingin berda'wah perlu terus disuburkan.
Kerna sesungguhnya manusia itu selalu lalai dan lupa, kerna itulah al-Quran itu adalah peringatan yg diulang2.
Lantas, marilah sama2 menghidupkan hati dgn kalamullah, al-Quranul kareem...
pada sisa2 ramadhan ini, ayuh kita hargai dgn hati yg benar2 hidup, yg ingin menjadi hati yg sentiasa dekat dgn penciptanya..insyaALLAH
RAMADHAN KAREEM...
No comments:
Post a Comment