Saturday, September 25, 2010

Indahnya...

Dengan nama ALLAH yg MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

Manusia sukakan keindahan. Ini adalah fitrah kejadian insan. Fitrah insan seperti yg ditentukan dan dijadikan oleh ALLAH al-Khaliq dgn kebijaksanaan dan kehebatanNYA. Maha Suci ALLAH...

'Sesungguhnya ALLAH itu indah, dan ALLAH sukakan keindahan.' ~ Hadis

Daripada hadis ini, terselindung satu rahsia bagaimana kita bisa menyuburkan jiwa kehambaan kpd ALLAH al-Ahad. suatu yg dirasakan atau dilihat sebagai suatu yg indah akan memberi suatu 'driving force' utk insan mendekatinya dan memilikinya. keindahan itu akan menjadikan segala yg sukar dan payah itu adalah suatu yg mampu dihadapi.

dan, suatu yg nyata ialah keindahan akhirnya akan membuahkan cinta. sebuah perasaan yg sungguh indah dan sentiasa dicari2 oleh semua manusia.

ALLAH itu indah...
maka, ALLAH berhak dicintai.

lihatlah di sekeliling...bunga2 yg mekar berkembang, dedaunan yg menghijau, langit nan biru yg dihiasi awanan putih...bukankah memerhatikan ciptaan al-Khaliq ini menimbulkan rasa kagum dan indah?

pernahkah kita terasa ingin berkenalan dgn pencipta keindahan yg terbentang ini?

agak pelik jika kita tiada perasaan ini kerana bukankah kita akan berasa kagum dgn pengarang puisi indah, jurutera yg menghasilkan rekaan kereta moden dan maju....

keindahan yg dibentangkan oleh al-Khaliq itu sentiasa berada di sekeliling kita..bukankah ini sewajarnya menjadikan jiwa kita sentiasa terkagum2 dgnNYA?


saat cinta sudah berbunga di hati, apalah yg akan menjadikan kita lemah utk melaksanakan perintahNYA..
saat cinta sudah berbunga di hati, apalah yg menggusarkan utk meninggalkan apa yg dilarangNYA..
saat cinta sudah berbunga di hati, segala kata yg ingin ditutur akan diatur sprti yg akan menyenangkan si DIA
saat cinta sudah berbunga di hati, segala tingkah akan diorak agar tidak melukakan atau menyakitkan si DIA
saat cinta sudah berbunga di hati, segala yg difikir juga akan sentiasa berpaksikan dan berputar sekelilingNYA


Semoga keindahan ini bisa dimiliki oleh kita yg sgt faqir...Terima kasih ALLAH kerana memberi kami peluang utk mencari dan memiliki keindahan yg tidak layak kami miliki...

No comments:

Post a Comment