Friday, November 12, 2010
payahnya menjaga hati
Hati,
adalah bejana ILAHI
buat menakung hidayahNYA
menjadi sumber 'driving force' utk merealisasikan apa yg dirasakan mustahil...
Raja yg mampu membuat keputusan
Sehingga seluruh anggota tubuh melakukannya dgn patuh
andai bukan dgn rela, dgn paksa..
kerana hati itu, sahabatnya ialah perasaan..
perasaan itu adakalanya bisa taat dan bisa juga tidak
jika perasaan itu tidak dididik dan dibersihkan drpd yg kotor
maka ia akan tunduk pada al-hawa'
sehingga menjadikan insan lupa pd Rabbnya
sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja
apa sahaja yg menggembirakan sang hawa'
sehingga mengenepikan ketaatan kpd Rabbnya
astaghfirullahal a'zhim 3x
Hati itu...makanannya ialah zikrullah
Basahkanlah hati2 kita dgn ingatan yg kudus dan berterusan kpdNYA
sehingga hati akan menolak utk menerima ajakan2 duniawi yg kering...
agar hati sehijau rumput di musim bunga
jgn sampai kering bak dedaunan gugur di musim luruh
adakalanya, hati terleka dan terlupa. terlupa pd yg sgt dekat dgnnya, bahkan lebih dekat drpd urat lehernya...sehingga apa yg dilakukannya itu tidak disedari telah menimbulkan kemurkaan ALLAH yg sgt dekat.
kata2 kebaikan ditampal pd niat yg sebenarnya tiada langsung kerana ALLAH. atau menampal nama ALLAH pd kehendak yg ingin dipenuhi...
adakalanya, terasa dan terfikir...mengapakah hati ini masih lagi belum terdidik dan mampu dijaga dgn keimanan? aaahhh...mudah sahaja... kerana iman masih belum kukuh...
berhati2lah menjaga hati... <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment