Siapakah insan istimewa dalam hidup anda?
Saya baru disedarkan bahawa ada seorg insan yg sungguh2 istimewa... mmg sgt istimewa...
Hadirnya tak pernah sia-sia, membawa rahmat terbesar buat yg dekat dan jauh...rahmat buat yg bersamanya atau yg tidak..
Senyumnya mendamaikan, tingkahnya sungguh lembut dan menyenangkan..menyakitkan hati dan mencederakan, jauh sekali drpd kamus hidupnya.
penunjuk jalan kpd kebaikan dunia dan akhirat...kasih ALLAH buatnya telah meletakkannya pd tempat yg mulia, walau masa hidupnya ditempelak dan dicaci oleh sang pendusta.
penyair, ahli sihir, org gila, batara(org yg terputus keturunan) dan lain2... kebenaran yg diseru dibalas dgn kata nista..
namun, cinta dan kasihnya utk org yg diseru tak pernah surut... sehingga doanya kpd Yang Maha Perkasa ialah 'ampunkan mereka ya ALLAH, mereka kaum yg tidak mengetahui.'
Rasulullah,
Dikau insan teristimewa, dulu kini dan selamanya...
Akanku junjung seruanmu,
Akanku amalkan sunnahmu,
Akanku ulangi sebutan namamu dalam hariku,
INSYA ALLAH...
ayuh teman2..mari bersama mengenal dan menjiwai sirah baginda kerana di dalamnya terkandung mutiara kehidupan yg terlalu berharga utk kita insan biasa ini...ayuh sholawatan! insyaALLAH
No comments:
Post a Comment