Sunday, December 1, 2013

H.A.Q

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Kalimah Al-Haq 
'La ilaha illallah'
 Kalimah yang terkandung dalam syahadah. Kalimah mulia yang menjadi gerbang keislaman. Bahkan kalimah ini menjadi sebutan yang diulang-ulang. Dalam seruan azan yang dilaung 5 kali sehari, setiap hari dan dalam lafaz tahiyyat setiap kali kita solat.

Kerana kalimah agung inilah Allah menciptakan alam ini. Menciptakan manusia dan mengutusnya sebagai hamba dan khalifah.
Bagi memastikan kalimah al-haq inilah yang akan tertegak di muka bumi, Dia utuskan Rasul kepada manusia dan menurunkan wahyu melalui kitabNya.
Kerana dunia ini adalah ujian untuk manusia samada mahu menunaikan hakNya iaitu mengesakan Dia, maka Dia menyediakan hari akhirat untuk memberi balasan syurga kepada yang menunaikan dan balasan neraka kepada yang ingkar.
Dan kerana kalimah inilah Dia menyediakan ujian-ujian agar manusia benar-benar tunduk kepada ketentuan dan pelaksanaanNya (qada' & qadar). Memurnikan seluruh kehidupan kita hanya untuk DIA, itulah yang sebenarnya kita perlu lakukan. Ibarat sehelai kain putih yang perlu dipelihara daripada tercemar oleh sebarang kotoran, kalimah al-Haq ini tuntutannya juga begitu.

Murnikan, bersihkan, hindarkan kotoran daripada mencemari aqidah hati,lafaz lidah dan amal perbuatan kita dengan sesuatu selain ALLAH.
Ayuh, cuba letakkan ALLAH pd takhta tertinggi dalam hati kita.
Fikirkan DIA dalam setiap langkah kita.
Harapkan bimbingan dan redhaNYA untuk setiap yang kita lakukan.
Semaikan rindu yang mekar dan cinta yang dalam kepadaNYA setiap saat dan ketika.

Semoga kita bernafas dalam hela syahadah ini dengan cinta yang sangat dalam kepada ALLAH!


 #baru mula memahami apakah natijahnya kalimah al-haq ini bila ia menjadi keyakinan dalam hati. ada banyak nak diluahkan tapi skrg ni semuanya tak mampu nak dilakarkan di sini.. iA, bila ilham datang akan sambung semula! ALLAH, Kau ilhamku~!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

No comments:

Post a Comment