Tuesday, June 7, 2011

Omelan Musim Exam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Musim peperiksaan yang dilalui oleh para pelajar di Czech Republic menjanjikan pengalaman yang berbeza daripada pelajar di tempat lain.

Apa yang lainnya?


1) Anda boleh memilih tarikh peperiksaan mengikut tahap persediaan anda...atau kata lainnya, anda boleh rancang dan pilih exam mana yang anda ingin buat dulu, yang mana yang ingin dikemudiankan... ~It's good for you to practice your planning skill coz mine is very bad...~

2) Exam utama adalah oral exam...

Walaupun hanya dua ciri yang saya sebutkan, ia meninggalkan banyak kesan kepada kami, sebagai student di sini... Percaya tak?

Kesannya?

1) Kita boleh lewat-lewatkan dan tangguh-tangguh tarikh exam kita...
Ini boleh jadi suatu kebaikan, boleh jadi juga suatu keburukan.
Kebaikan untuk mereka yang ingin bersedia dengan lebih mantap. Dah cuba gunakan masa yang ada sebaiknya tapi still rasa tak cukup bersedia, so withdraw untuk ulang semula revision dan ingat sebanyaknya info...dan nanti akan datang pada tarikh baru dengan lebih berkeyakinan!
Keburukan untuk mereka yang suka bermalas-malasan, tangguh exam sebab tak all out ketika masa banyak dan bila tarikh dah dekat baru perasan tak cukup ready, so withdraw...Akhirnya, dah tiada tarikh, terpaksa buat juga dan kualitinya jawapan tak seberapa...Hanya cukup-cukup untuk lepas je...

2) Kekuatan emosi dan rohani akan sangat-sangat teruji
Bila ada kawan-kawan yang habis exam awal dan anda masih belum selesai dengan satu exam pun, ditambah pula dengan kredit yang masih belum diperoleh (sebelum masuk final exam, kena buat credit test dulu, pre-requisite untuk daftar final exam)...
Mula-mula anda akan akan rasa yakin je untuk teruskan langkah. Senyum semanisnya diukir bila kawan beritahu yang mereka dah lepas exam ni, exam tu... Tapi, dalam hati...
Ada perang yang dahsyat berlangsung dalam hati..Antara bisikan iman yang menyeru untuk bersabar dan bersyukur atas kejayaan teman dan bisikan hawa' yang membisikkan elusan kedengkian dan rasa lemah.
Bukan setakat result kawan-kawan yang ambil exam awal je yang akan affect emosi dan rohani, kepulangan mereka untuk cuti summer akan menambahkan parahnya luka di hati..
Orang lain boleh balik awal dan bertemu keluarga awal tapi kita kena tunggu di Czech untuk habiskan exam, kena menghadap buku....
Faham kan ketensian itu?

3) Untuk oral exam pula, masalah utama ialah examiner...ada examiner yang baik senanglah kita nak lepas...kalau examiner ikut perasaan yang tak stabil, result kita pun mungkin affected...kalau tak lepas, terpaksa repeat...
Kena repeat exam samalah juga macam jatuh...Dah jatuh, nak bangun ke tak? Nak layan sakit ke nak pergi cari ubat untuk disapu atas luka tu...Semua pun akan affect perasaan, emosi dan motivasi diri...

Solusinya?

Jiwa harus kuat!
Kuat berpaut pada tali ALLAH, kuat mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya!

Jiwa juga harus sedar, bahawa hidup ini penuh dengan ujian daripada ALLAH.
Ujian ALLAH untuk hambaNYA tak sama..
Tiap-tiap kita akan diuji pada titik lemahnya
Supaya titik lemah itu akan dikuatkan sementelah diuji...

Tak pernah ALLAH datangkan ujian untuk melemahkan hambaNYA
akan tetapi kita hambaNYA lah yang sering membiarkan diri tewas oleh pujukan hawa' dan bisikan syaitan...

Semasa menjawab soalan di hadapan examiner, keyakinan harus total disandarkan kepada ALLAH,
Bukan pada segala nota yang dibaca dan dibuat,
Bukan mengharap ihsan examiner,
Akan tetapi,
Bulatkanlah keyakinan kepada ALLAH semata-mata!
Bahawa DIAlah sebaik-baik pembantu dan pemelihara!
Bahawa dengan kehendakNYA, yang kita tak pernah baca pun kita boleh jawab,
Kerana DIA izinkan ilham menerpa minda kita...

Oleh itu,
yakinlah pada ALLAH!
mulakan langkah mengulangkaji dan memahami ilmu kerana ALLAH!
Teruskan juga,dengan sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA!

Lantaran itu,
Mari sucikan jiwa dengan air mata taubat,
Hiasi dahi dengan sujud kesyukuran,
Ukirkan senyum yang lahir daripada hati penuh keikhlasan,
Kerana kita pasti,
Bahawa ALLAH kan selalu bersama kita jika,
Jika kita ingat selalu kepadaNYA,
Jika kita selalu bersih, rohani dan jasmani...



p/s : Semoga bahasa rojak saya tak melanggar kesopanan melayu dan akhlak islamiyah... Bukan mengeluh cuma melontarkan apa yang terfikir di benak...apapun, semua itu harus kita atasi dan sirami dengan keimanan yang benar agar hilanglah segala perasaan buruk dan bisikan-bisikan yang tak sepatutnya...Semoga ALLAH bimbing hati-hati kita menuju redhaNYA setiap masa...

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

4 comments:

  1. jazakillah... :) syukran for the sharing! really meaningful writings! :) May ALLAH make it ease for us to face the challenges in the future... "ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian melainkan ujian itu benar2 mampu ditanggung oleh kita" Yakin kepada ALLAH :)

    ReplyDelete
  2. realiti...


    chaiyyook~! nie pengalaman yang takkan jumpe dimana2.. belajar berebut tarikh, menunda2 tarikh, macam2 versi musim exam nie.. tapi sume tu besstt!!!

    hihi.. insyaAllah, usaha kita takkan sesekali bawak kepada kejayaan. Hanya Allah yang mnentukan kejayaan.. iA~

    cakap utk diri sendiri juga.. terus bertahan, yuukk~!

    ReplyDelete
  3. Salam Siti! Thanks for the sharing! Walaupun style exam kite tak sama, tapi still exam sangat2 menguji sejauh mana sandaran kita pada Allah.

    Good luck! All the best. Pray for me as well. ;)

    ReplyDelete
  4. anonymous : boleh tahu siapa? personal message ek nanti..

    keyla : best2...alamak, tak terinclude plak apa yg keyla tulis tu (rebut tarikh exam etc..)

    kina : insyaALLAH, doakan each other... pengalaman berbeza menjadikan hidup kita kaya...tapi kena share la kan, kalau tak camne nak kayakan pengalaman...hihi =)

    ReplyDelete