Bismillahirrahmanirraheem
FITRAH
Fitrah itu menghiasi kejadian kita sebagai seorang manusia. Fitrah itu telah diletakkan dalam diri kita oleh yang Maha Bijaksana. Ia memandu insan mencari kebenaran dan Tuhannya sebagaimana magnet yang akan mencari besi.
Kerana DIA telah menciptakan makhluk-NYA berpasang-pasangan, maka kecenderungan terhadap gender lain adalah suatu fitrah. Tambahan pula ketika umur sudah mencapai peringkat yang sesuai (usia remaja dan dewasa) dan melihat sahabat-sahabat lain yang telahpun berumah tangga, keinginan ini semakin dirasai.
Ketika kita rasa kita tidak mempunyai sesiapa (takde orang minat,tiada orang melamar, tiada orang yang kita suka etc), kesepian pula menyapa hingga kita mungkin menjadi stresss dan murung.
Diriku juga punya fitrah itu.
'DIA'
Dalam umur mudaku ini, aku bersyukur kerana aku telah berkenalan dengan'nya'. Sedikit sebanyak, semakin aku mengenali in-out si 'dia'. 'Dia' telah membawaku menjelajah dunia & berkenalan dengan rakan karibnya. Adakalanya kurasakan juga bosan asyik bersamanya. Tapi, suatu hari aku melihat sendiri bagaimana dia diuji. Dan aku merasakan betapa lemahnya diriku dalam mempertahankannya.
Ketika ini, jiwaku berperang.
Antara fitrah & 'dia'..
Aku lantas tersedar, biarlah dulu fitrahku itu. Tiba masanya, ALLAH akan kurniakan aku kekuatan & ALLAH akan mudahkan jalannya. Yang aku tahu, aku telahpun dilamar si 'dia' sejak awalku berkenalan dengannya.
Moga ikatan ini terus bersemi dan subur di hati, tidak dikaburi ikatan-ikatan lain.
p/s: Memoria fitnah kepada saudara dakwah di Indonesia.
No comments:
Post a Comment