Hidup ini indah kerana nikmatMu. :D |
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
(Al-Anfaal : 24)
Bila aku fikirkan, apakah gambaran terbaik yang boleh aku berikan tentang bulatan gembiraku.. iA ayat inilah yang terbaik untuk kugambarkannya.
Sejak pertama kali mengenalinya, bulatan gembiraku tak pernah henti memberikanku rasa itu.
Rasa dihidupkan.
Aku tak pernah memikirkan kenapa aku hidup tapi daripada bulatan gembiraku, aku tahu aku harus hidup untuk menghambakan diri kepada Allah dan menjadi khalifahNya di muka bumi.
Mengetahui ini dan amanah yang terkandung pada tujuan penciptaan ini membuatku rasa excited. Erk.. Pelik sebenarnya macam mana boleh rasa excited sedangkan sebenarnya itu adalah satu yang berat! Mungkin sebenarnya aku rasa excited 'mengetahui' tanpa aku dapat menjangkakan betapa beratnya tuntutan apa yang aku tahu itu.
Satu yang pasti, kerana mengerti hakikat tujuan penciptaan inilah aku merasakan setiap yang aku laburkan, masa yang aku luangkan, tenaga yang aku curahkan untuk komited dengan bulatan gembira dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya ini sebagai suatu yang tidak sia-sia. Aku punya alasan dan sebab sebesar dunia untuk melakukannya.. :D
Mentari tak semestinya cerah hingga ke petang. Kadangkala perlukan hujan agar pelangi pula dapat memunculkan diri.
Ujian itu pasti hadir untuk membersihkan karat-karat yang melekat,membuat diri comot ketika bertemu Dia. Pernah hati terdetik, mampukah aku untuk terus tsabat? Dan benarlah, aku diuji sehingga kakiku longlai dan pautanku melemah. Goyah. Senget. Lalang. Rasa mahu lari. Tak mahu kembali. Merajuk. Marah. Geram.
Sehingga bulatan gembiraku sudah tidak lagi kurasakan memberikan kehidupan sebagaimana ia berikan ketika awalku berkenalan dengannya. Mujur bulatan gembira itu bukanlah semata-mata pertemuan mingguan sebaliknya ada ukhuwah, taa'ruf, ta'awun dan tafahum di dalamnya. Walaupun jasadku kadangkala lesap daripada pertemuan-pertemuan itu, tapi insan-insan yang memahami rukun-rukunnya itu tetap menyantuni diri sehingga membuat aku kembali rindu.
Semakin hari, semakin sayang.
Ini gambaran kedua untuk bulatan gembiraku.
Em em em.. Bagaimana harusku ungkap? Kalian harus melaluinya untuk merasakannya! ;) :p
Murabbi berganti untuk kesekian kalinya. Mereka adalah anugerah Ilahi dalam hidupku (ni pun belajar mensyukuri hadirnya mereka setelah diperingatkan.. jzkk kepada yang telah mengajarku untuk mensyukuri anugerah Ilahi ini).
Walau mungkin ada kekurangan masing-masing, (bahkan akulah yang lebih banyak kekurangan rasanya.. gulp) aku tahu mereka telah menyantuniku dengan sepenuh hati mereka, dengan segala kasih dan sayang yang ada dalam hati mereka. Dan Allah telah memberikan mereka sebanyak-banyak kesabaran menghadapi aku yang macam-macam ini. Terima kasih, ya Allah!
Untuk itu, aku sedar bahawa murabbi teragungku telah mendidikku dengan sebesar-besar kasih sayangNya.
Dengan semua ujian yang ditimpakan, dengan semua kegembiraan yang kurasakan; aku semakin merasakan kasih sayangMu yang menenangkan, yang menyelamatkan.
Dengan semua ujian yang ditimpakan, dengan semua kegembiraan yang kurasakan; aku semakin merasakan kasih sayangMu yang menenangkan, yang menyelamatkan.
ya Allah, murabbi teragungku..
Benar, aku menyaksikan kasihMu yang terlalu besar dan terlalu mendalam melalui bulatan gembira ini.
Tak patut aku berhenti di pertengahan jalan atau mencari kasih lain ketika Engkau telah memberikan sebesar-besar kasih sayangMu di sini.
Tak patut aku berhenti di pertengahan jalan atau mencari kasih lain ketika Engkau telah memberikan sebesar-besar kasih sayangMu di sini.
Dan, jalan masih panjang. Ada amanah besar tergalas; untuk berkongsi cinta dan kasih ini. Untuk menabur kasih ini ke dalam hati-hati yang mencari.
I found YOU!
ya Allah, You complete me! What else should I ask for! Verily, You are everything and I found You from this circle of happiness. Oh what a bless, alhamdulillah!