"Kau  yang bersalah dalam hal ni! Sedar tak betapa teruknya apa yang kau dah buat  ni?"
"Apahal  pulak aku yang salah? Kau tak sedar pulak apa yg kau buat kat aku? Kau rasa kau  sorang je yang betul."
p/s:  Jangan tiru dialog di atas dalam real life.
Sedar tak  sedar, apabila berlaku sesuatu yang kurang kita senangi kita sering menuding  jari kepada orang lain. Mudah sekali kita melihat kesalahan dan kelemahan orang  lain sehingga kita meletakkan sepenuh tanggungjawab untuk keburukan itu kepada  mereka. 
Perlu  kita lihat dalam-dalam, bahawa ketika jari telunjuk kita menuding ke arah orang  lain empat jari kita yang lain menunjuk ke arah diri kita. 
[Eh..  Lepas ni kalau nak tuding jari guna kelima-lima jarilah?!  (?_?)   ]
Eh bukan  bukan! (=_=')
Point  besar daripada situasi ini ialah; muhasabah diri > menilai kesilapan orang
Ketika  kita melihat dengan jelasnya bahawa seseorang itu telah berbuat satu kesilapan,  harus timbul perasaan kasihan atau simpati. Allah melarang kita  bersangka-sangka (zhon). Kita harus sedar bahawa sebenarnya tidak tahu kenapa  dia berbuat kesilapan itu. Mungkin sahaja dia tidak tahu bahawa itu salah.  Mungkin juga dia terhanyut oleh emosi dan nafsu amarah. Mungkin juga dia telah  dipaksa oleh orang lain. Mungkin juga orang lain yang mengenakan atau cuba  memfitnahnya. 
Ketika  itu juga kita harus memuhasabah diri; takut-takut kesilapan yang dilakukannya  itu adalah kerana ada kesilapan yang kita mulakan atau kerana kita sendiri  tidak pernah memberi nasihat atau mengajarkan yang betul kepadanya. 
Apa  sebaiknya kita lakukan ketika kita telah melihat kesalahan itu? 
Bertanyalah  kepada empunya diri, berhadapanlah   dengannya. Bahasa omputihnya; confront.. 
Pozor!  Harus ada hati yang lapang dan tiada prasangka ketika berkonfrontasi kerana  prasangka akan menyekat kita dan dia daripada mencari punca dan penyelesaian. 
Setiap  masalah sepatutnya kita hadapi dengan bijak. Bebaskan masalah tersebut daripada  pengaruh-pengaruh keegoan, keemoan, kemarahan, kedendaman kerana itu semua akan  menyekat proses menuju keamanan (peace!). 
Namun,  tidaklah semudah itu kita nak berlapang dada, bersabar, bersangka baik ketika  kesalahan itu menggugat maruah kita atau nama baik kita. Jadi, di sini perlu  ditambah elemen 'masa bertenang'. 
Masa  bertenang ni sangat-sangat penting kerana emosi yang celaru akan mengaburi  rasional fikiran menyebabkan semua rasional jadi haru-biru. Masa itu sebahagian  daripada penyembuhan. Semua orang perlukan masa untuk kembali rasional setelah  emosinya terganggu, cuma ada yang cepat ada yang lambat. Itu sangat individual,  jadi kita harus belajar menghormati hak individu ini. 
Masa  bertenang ni kenalah dibuat betul-betul! Jangan masa bertenang pun ada 'bom-bom  kata' yang dilemparkan di mana-mana (blog, fb, twitter, kawan-kawan etc).  Tangguhkan dahulu 'penghantaran' bom-bom tersebut sebab kita perlu melihat ke  dalam diri kita dahulu (aka muhasabah diri). Takut-takut nanti bom yang  dihantar akan berpatah balik kepada diri sendiri.. Huhu.. Jadi, perlu diingat,  penangguhan pengeboman ini adalah untuk keselamatan diri kita sendiri.  Takut-takut ia menjadi suatu yang menampakkan kelemahan kita atau sesuatu yang  akhirnya merosakkan diri kita. 
Jadi,  masa bertenang ni manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk cuba kenal diri, untuk  berdoa agar solusi terbaik akan ditemui yang akhirnya akan membuat kita boleh  senyum bahagia setiap masa! 
[Kalau  sorang-sorang takut pula orang kata 'something wrong budak ni', so kalau  sorang-sorang senyum dalam hati je lah eh~]
Bukan  apa, sebab persengketaan adalah keserabutan pada jiwa. Pergaduhan adalah  kesempitan pada perasaan.. Betul kan?? Bila rasa tak puas hati kat seseorang  atau kat sesuatu, lalu je tepi dia atau benda tu mesti jadi tachycardia dan  dyspnea. Haa.. Kesian kat lung & heart~! Kalau happy, kan boleh bernafas  dengan tenang dan jantung berdegup dengan ceria~! [(>_^) ]
Elakkan  guna masa bertenang ni untuk mencari dan meneliti kesalahan orang.. 
Above  all, kesabaranlah kunci utama dalam kita menghadapi perasaan-perasaan begini!  Kita makhluk sosial, yang tak bisa hidup sendiri. Perlu bermasyarakat dalam  masyarakat yang berbagai ragamnya [banyak udang banyak garam, banyak orang  banyak ragam].
Jadi,  banyakkkkkkk sangat kesabaran yang kena ada dalam jiwa sebab kita semua kan tak  sama. [each of us is unique,ma] Bila tak sama, pasti ada pergeseran yang  mungkin timbul. Tapi, orang tu lah yang kita kena jumpa setiap hari, setiap  minggu. 
Lantas,  apa yang perlu ialah ; Terima je laaaa.. Dah dia memang camtu! [Terima  seadanya]
Eh eh..  Tapi kalau 'camtu' tu suatu yang buruk di sisi agama dan bertentangan dengan  prinsip kebenaran, kita kenalah cuba betulkan. Nak betulkan tu kenalah dengan  berhikmah, insyaALLAH! 
InsyaALLAH,  indah kan bagaimana Islam ajar kita untuk bermasyarakat? Sabar atas sabar. Nabi  pun pernah bersabda bahawa bersabar dalam berinteraksi dengan orang lain lebih  baik daripada mengasingkan diri daripada orang lain.
Haa..  Satu benda yang saya ambil ibrah daripada kisah infection dengan kanak-kanak  ialah kita tak perlu salahkan yang buruk sebab ada kebaikan yang ia bawa. (Eh  cane?)
Kerana  infectionlah imuniti kanak-kanak terbina! Maksudnya, specific immunity pd  kanak-kanak tu memerlukan exposure kpd those microbes~ Walla! 
Kan betul  ALLAH kata, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia (Ali-Imraan: 191)?
Pada  suatu yang kita rasa tak baik, ada kebaikan lain yang diberikan oleh ALLAH. 
Nak  katanya; kalau kita iA ada akhlak yang baik, kita perlulah bersabar dengan  orang yang akhlaknya kurang baik sebab dengan kesabaran itulah orang yang  kurang baik akhlaknya itu boleh belajar memperbaiki kekurangan dirinya. Sedang  orang yang kurang baik akhlaknya itu pula harus disedarkan bahawa dia perlu  membetulkan apa yang salah dan baiki apa yang kurang. 
Secara  kesimpulannya, kita semua sedang belajar untuk hidup bersama di dalam dunia  yang satu, yang ALLAH sediakan untuk kita. Tak perlu salahkan orang lain atau  merasa diri lebih baik. Yang utama adalah kita menyedari bahawa kita sedang  diuji oleh ALLAH, diuji siapa yang terbaik amalnya dalam apa jua keadaan yang  ALLAH berikan kepadanya. (Al-Mulk:2) 
#salah siapa? U salah.. I la salah.. ehmmm.. mgkn syaiton yg salah??#
 
 
 
this i loike! hehe :3
ReplyDelete