Friday, March 25, 2011

Masih Mahu Berlengah?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Masa adalah kehidupan. Berhargakah kehidupan ini bagi anda? Ya, pastinya ia suatu yg berharga. Jika tidak berharga, maka tiadalah orang2 yg berusaha bersungguh-sungguh utk melindungi diri drpd segala mara bahaya yg diketahui bisa menimpa tanpa diduga.(read:tsunami jepun)
Manusia belajar utk terus hidup...Cuba mengambil pengajaran drpd apa yg berlaku di sekeliling lalu berfikir dan mencipta suatu yg boleh membantu untuk meneruskan kehidupan. Tanpa jemu... tanpa putus asa...

Mengapa? Apakah motivasi mereka untuk terus berjuang menghargai kehidupan mereka?
1) Kerana sangat2 mengejar keindahan dan kesenangan duniawi..betul tak? Tapi bukan semua yg bermatlamat sebegitu.
Bunyinya terlalu selfish...

2) Kerana ingin menghargai insan-insan sekeliling dan nikmat yg disediakan oleh Al-Khaliq dgn sebaik-baiknya...
Yang ini, berbunyi lebih serius dan ada bayang-bayang tanda mensyukuri nikmatNYA.

3)Kerana ingin menjadi yg terbaik & meletakkan diri pd tempat paling tinggi dan dihormati
siapa yg tak nak jadi terrrbaik?


Mungkin saja ada byk lagi motivasi-motivasi yg bersifat jangka pendek yg menjadi pegangan ramai di kalangan kita hari ini..

Oleh itu, saya berhasrat utk berkongsi sedikit kefahaman. Semoga yg sampai kpd kalian adalah apa yg benar & DIA redha..

Apa motivasi kita?
Mukmin itu wawasannya ialah wawasan akhirat. Di mana akhirat itu? Bilakah ia akan berlaku? Tidak pernah kita ketahui. Lantaran itulah wawasan akhirat itu adalah wawasan yg paling panjang dan berkesinambungan dgn masa silam dan masa kita..

Dan Kami akan memasang timbangan yg tepat pd hari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yg membuat perhitungan.
21:47


Dalam ayat di atas, ALLAH berbicara tentang janjiNYA yg pasti, bahawa apa yg dilakukan oleh seorang manusia di atas dunia ini akan ditimbang, dihisab. Untuk apa? Untuk diberikan balasan yg setimpal, yg adil dan yg tidak akan menzalimi sesiapapun.

Bayangkan, kita seorang junior dr di sebuah hospital terkemuka, atau seorang guru pelatih drpd sebuah institusi perguruan yg baru memulakan khidmat (latihan) di situ. Kita tahu bahawa penilaian oleh senior dr atau penyelia kita akan menentukan sama ada kita layak menjadi seorang yg ditauliahi atau tidak. Betul tak?

Pabila menyedari bahawa kita akan dinilai, pabila tahu bahawa diri sentiasa diperhatikan, adakah kita akan berlengah? Adakah kita akan bermain-main sepanjang tempoh latihan kita itu? Ya, pasti tidak, kan?

Berlengah dan bermain-main bukan sifat kita! Kita adalah hamba ALLAH yg akan berusaha bersungguh-sungguh utk memaknakan kehadiran kita di atas dunia ini.

Ayuh sama-sama fikirkan...Adakah apa yg kita lakukan selama ini mampu MEMAKNAKAN KEHIDUPAN DUNIA kita yg akhirnya bisa menjadikan apa yg bakal kita perolehi di akhirat kelak BUKAN SUATU KERUGIAN?

Mari sama-sama hitung-hitung...renung-renung...belek-belek kembali jadual harian kita, jadual mingguan kita, jadual bulanan kita...

Apakah yg telah kita lakukan selama ini adalah suatu yg bisa membuatkan ALLAH tersenyum kpd kita di hari penghisaban kelak?

Ya, kita bahagia dgn segala kenikmatan yg kita perolehi. Sedang kita terlupa firman ALLAH di atas iaitu bahawa ALLAH akan menghitung, menghisab dan menilai bagaimana kita menggunakan pemberianNYA itu.

Kenikmatan yg banyak...Hisabnya juga pasti berat...

Ingat ini tak? "Great power comes with great responsibility."

Power = Nikmat di dunia
Responsibility = Bagaimana menggunakan 'power' di dunia(A) + Perhitungan/penilain ALLAH terhadap (A)

Amanah adalah suatu yg berat utk dipikul. Berapa ramai di kalangan kita yg sanggup terima jawatan dlm sebuah organisasi?
Ya, gembira bila menerima perlantikan...Setelah beberapa lama dilantik dan melaksanakan tanggungjawab, adakah masih gembira seperti ketika mula-mula dilantik?
Alhamdulillah, jika sepanjang pengurusan kita semuanya lancar..Bagaimana jika tika kita mengurus bertali arus masalah yg timbul? Berat, berat sekali beban amanah itu.

Menjadi seorang anak orang kaya juga adalah suatu tanggungjawab dan amanah...Menjadi anak seorang miskin juga adalah tanggunjawab dan amanah...Tinggal di hostel, kita bertanggungjawab menjadi ahli hostel yg baik..
Di mana jua, amanah itu sentiasa bersama kita!

Lantaran itu, masih mahu berlengah-lengah kah?
Masihkah mahu bersenang-senang dgn melayan cerita-cerita yg hanya seronok ditonton sendiri sedang di luar masih ramai yg terlupa..??Mereka sedang menanti-nantikan kehadiran insan yg akan mengingatkan mereka...

Masih mahu bergelak ketawakah ketika saudara-saudara terdekat kita menangis tanpa ada insan yg peduli? Yang dekat tak mampu mengembalikan senyum di bibir mereka..Apatah lagi yg jauh (drpd sudut geografinya), yg sedang gembira bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang...

Masih mahu beralasankah untuk memikul amanah kpd ALLAH ini? Amanah untuk menjadi hamba dan khalifahNYA... yg akan menuntut semuanya; jiwa raga, tenaga dan harta yg dimiliki.

Ayuh, orak langkah untuk memikul amanah ini! Dengan satu wawasan dan visi...iaitu kembali kpd ALLAH...
kita akan dinilai dahulu olehNYA sebelum DIA menyatakan persetujuanNYA utk mengiktiraf apa yg kita lakukan.
Dan nilaian ALLAH itu...hanya DIA yg tahu...

ALLAH itu penuh dgn segala sifat kesempurnaan! Maka, pasti expectation ALLAH kpd hambaNYA juga adalah expectation yg tinggi, kan? Tinggi.. namun bisa, mampu dicapai oleh kita semua...kerana DIA telah berjanji bahawa hambaNYA pasti akan mampu menghadapi apa sahaja yg menimpa mereka...



^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Saturday, March 19, 2011

Pasti Diuji

Bismillahirrahmanirraheem

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?'
(29:2)

Iman itu tuntutannya bukan sekadar keyakinan dalam hati. Tapi ia harus dilafazkan...agar telinga kita dan org lain menjadi saksi bahawa kita telah menyatakan iman itu. setelah kita lafazkan, ia menuntut bukti drpd amal dan perbuatanmu.

Iman yg menghunjam dlm hati dan jiwa akan menggelojakkan seluruh anggota badan utk menzahirkan iman itu.

Pada ketika diri longlai membuktikan keimanan itu, ternyata imanmu sedang menurun. Ia akan terlahir pabila diri sudah mula melalaikan ibadah harian. Kemalasan mula menjalar dalam diri. Perasaan tak kisah mula bersuara...Sedangkan sebelum ini, hati sentiasa gembira, excited utk menyempurnakan amalan.

Sila berhati-hati pabila tanda2 ini ada pada diri kita! Itu maknanya, kita harus membawa diri utk diperingatkan! Pergilah bertemu dgn sahabat2 yg mampu mengingatkan...Untuk membasahkan kembali hati2 kita dgn zikr dan nasihat..

Kita bisa hanyut dalam kelalaian...tp berhati2...kerana di hujungnya ialah gaung kebinasaan dan kemurkaan ALLAH!

Semoga ALLAH pelihara kita drpd hanyut oleh kelalaian dan kemalasan itu...
Astaghfirullahal a'zhim...

Tuesday, March 1, 2011

Kelekatu

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Adalah perumpamaan antara aku dengan kamu sama dengan orang yang menyalakan api, lalu datang kupu-kupu berebut-rebut untuk masuk ke dalam api. Lalu aku menahan kamu semua jangan sampai kamu masuk ke dalam api..

Tersebutlah suatu cerita.
Nabi sedang duduk di hadapan unggun api. Unggun api itu dihurungi oleh kelekatu yg banyak. Nabi lalu berkata kpd sahabat baginda... (sprti dlm hadis di atas)

~ disclaimer : cerita ini adalah suatu cerita yg pernah saya dengar, saya tiada sandaran hadis. tp, iA sama2 mencari hikmahnya...~

Bayangkan kita seorg diri di depan unggun yg menghangatkan malam kita. Lalu kita melihat kelekatu yg sememangnya kita tahu sgt suka kpd cahaya. Dalam malam yg gelap, pastinya sang unggun api itu yg menjadi tarikan sang kelekatu. Namun, kita tahu apa nasib sang kelekatu tika ia mendekat dgn api; akhirnya ia berguguran lemah.

Dengan kata mudah, sang kelekatu akhirnya membinasakan dirinya saat membawa dirinya dekat pd suatu yg disangkanya indah.

Apa perasaan kita melihat tindakan kelekatu ini?
JANGAN GI SITU!!!! NANTI MATI!!!!


kita lalu cuba menepis2 dan mengibas2 agar kelekatu itu tak pergi mendekat kepada api. seekor terlepas.
lihat di sebelah sana, ada lagi yg mendekati unggun yg semakin marak! tepis lagi! tp, byk sungguh rupanya kelekatu yg ada malam itu!

seorg diri memang takkan mampu menyelamatkan kelekatu itu... =(

Apa perasaan nabi SAW? baginda telah melihat sekian lama umat baginda menuju kebinasaan...hanyut dlm gelap jahiliyah dan tak mahu keluar kpd cahaya islam. tertipu dgn harta dan kesenangan dunia. hanyut dalam keseronokan yg fana.

bukan seorg dua...ramai...di sini, di sana...
bagaimana akan baginda capai setiap tangan mereka yg baginda kasihi ini, mereka yg baginda ingin sangat diselamatkan?

sabda baginda ini adalah sebagai suatu indikasi...tugas menyelamatkan manusia drpd kegelapan jahiliyah takkan mampu baginda laksanakan sendirian. baginda perlukan para sahabat yg baginda didik utk sama2 menarik tangan2 insan drpd lembah kebinasaan.

ini adalah suara iman yg tulus kpd Ilahi. ya, baginda adalah utusan ALLAH yg telah dilantik. namun, lihatlah jiwanya yg sungguh suci! kasih sayang baginda kpd insan2 yg masih belum menerima sentuhan islam melahirkan perasaan sebegini!

bagaimana perasaan kita yg juga telah disentuh sedikit kefahaman islam tatkala melihat insan lain dlm kealpaan? pasti tercuit perasaan ingin membantu, kan? seketika, kita terdiam sambil bertanya kepada diri...

'mampukah aku?'


sesungguhnya, ALLAH bersama kita! itu suatu keyakinan yg semestinya harus hadir dlm hati.

setelah itu, lihat sekeliling.. saya ada kawan2 yg sama2 faham! kalianlah pembantuku, dakulah pembantu kalian!

marilah sahabatku, kita sama2 atur langkah utk menyelamatkan ummah yg sdg derita ini! ingatkan daku andai daku terleka, kuatkan daku andai daku melonglai..

~yg selalu membayangkan, renungan sayu Rasulullah melihat kelekatu2 yg berguguran di sekitar unggun api~

Thursday, February 17, 2011

Terbaiklah!!

ALLAH Maha Mengetahui segalanya,
DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA..
KurniaNYA adalah kurnia terbaik buat hambaNYA..
Terbaik pd neracaNYA..
Yang selalunya dilihat sebagai suatu yg kurang terbaik pd neraca makhluk..

Pernah hati ini menyesali ketentuanNYA..
Merasakan diri harus mendapat yg sama dgn mereka..
Mengharap agar diri dapat melalui apa yg mereka lalui..

Ujar seorang guru..
'Apa yg awak lalui pastinya tak mereka lalui..'

ALLAHU AKBAR!
Pabila kubuka mataku..
Kulapangkan dadaku..
DIA sedarkan aku bahawa inilah yg terbaik utkku..
DIA sedang mendidik diriku dgn sebaik-baik cara..
Yang tak pernah kutahu bahawa inilah yg terbaik utkku..
Lantas ia merobohkan tembok keangkuhan dalam diri..
Meleburkan butir-butir keegoan..

Akhirnya diri akur dan tunduk..
Bahawa diri ini tak pernah menjadi yg terbaik..
Kerana ada insan yg sentiasa lebih baik..
Dan sesungguhnya, ALLAHlah yg Maha Terbaik!!!

... alhamdulillah 3x... astaghfirullah 3x...
(T_T)

Tuesday, February 15, 2011

Harus Benar

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

" Di antara org2 mukmin itu ada org2(rijal) yg menepati apa yg telah mereka janjikan kpd ALLAH. Dan di antara mereka ada yg gugur dan di antara mereka ada (pula) yg menunggu2 dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya). " (33:23)


Seorang mukmin adalah seorang yg benar (siddiq). Benar dalam semuanya; niat, perkataan, perbuatan,dan pemikirannya. Pada setiap sudut yg dipandang mata, hanya kebenaran yg dipamerkan. Pada setiap gerakan dan katanya, hanya kebenaran yang ditonjolkan. Pada apa yg didengarinya, adalah kebenaran. Pada yg dilihatnya, hanyalah kebenaran yg ditafsirkan dan difikirkan.

Kebenaran itu hanya didukung oleh pendukung yg benar. Kita takkan kata seseorang sebagai seorang yg bersih jika kita lihat pada bajunya ada kari tumpah. Kita takkan katakan seorang itu yg bersopan di jalan raya jika dia langgar lampu isyarat. Maka, seorang yg benar itu adalah seorang yg membuktikan perkataannya atau janjinya.

Apakah janji seorang mukmin itu?
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan ALLAH mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman)
'Bukankah AKU ini Tuhanmu?'
Mereka menjawab, 'Betul (ENGKAU Tuhan kami), kami bersaksi.'... "
(7:172)


Roh kita semua telahpun berjanji kpd ALLAH, Rabbul a'lamin bahawa kita akan mengakui bahawa DIAlah Tuhan kita di atas muka bumi ini. Janji bahawa kita akan beriman kepadaNYA. Adakah keimanan ini hanya utk diri kita sahaja? Selfish tak kalau kita hanya menyangka janji yg perlu dipenuhi adalah janji kita sahaja? Bagaimana dgn org lain yg lupa akan janjinya? Adakah kita akan membiarkan mereka di sekeliling kita memungkiri janji mereka, janji yg kita sama-sama ikrarkan?

Maka, andai kita sudah mengakui bahawa ALLAHlah Tuhan yg selayaknya disembah, adakah itu sudah cukup utk kita mengakui diri sebagai 'rijal yg menepati apa yg telah mereka janjikan kpd ALLAH'?
Tidak, selagi kita tidak berusaha mengingatkan roh-roh di sekitar kita utk menunaikan janji mereka kpd Rabbul 'Izzati!

Apakah janji yg benar itu? = Mengesakan ALLAH dan menyeru manusia utk mengesakan ALLAH (da'wah kepada ALLAH)

Siapa yg membawa janji yg benar itu? = Seorang rijal yg benar dalam niat, perkataan, fikrah, dan amalnya

1. Benar niatnya
Niat kita harus ikhlas kerana ALLAH semata-mata, tanpa berharap mendapat sebarang balasan. Hanya redha ALLAH yg kita harapkan. Bahkan, niat yg ikhlas ini takkan mungkin hadir andai hati kita bukanlah hati yg sejahtera. Kesucian hati kita harus sentiasa dijaga dan dipelihara. Sejahtera hati itu bila hakikat ALLAH sebagai Tuhannya benar2 mewarnai kehidupannya. Sejahtera hati itu bila cintanya hanya utk ALLAH. Sejahtera hati itu bila segala dosa dan kesilapan sentiasa cuba dibersihkan.

Keikhlasan dan hati yg sejahtera ini akan menatijahkan kekuatan dorongan atau motivasi yg benar. Motivasi yg benar ini perlu agar kita tidak mudah goyah dgn ujian yg datang atau terleka dgn tarikan duniawi.

2.Benar fikrahnya
Dalam melaksanakan da'wah kpd ALLAH, kita pasti akan memilih suatu metod yg kita yakini paling dekat dgn apa yg Rasulullah SAW lakukan dan yg kita selesa. Kita harus sentiasa komited(iltizam) secara total pd metod yg kita yakini itu. Selain itu, kita perlulah menguasai pelbagai bidang ilmu utk menghadapi zaman dunia tanpa sempadan ini dgn keteguhan. Sangat penting sebenarnya utk kita yg memikul tanggungjawab mengajak manusia kepada ALLAH utk melengkapkan diri dgn pengetahuan am yg luas supaya kita bisa memahami permasalahan ummah seterusnya mencari ubat utk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan metod yg kita yakini.
Akhirnya, dgn kekuatan komitmen kpd metod dan penguasaan ilmu ini kita akan mampu menjadi pengurus masyarakat yg baik. Menjadi pengurus kpd masalah masyarakat yg sedang dilalaikan oleh pengikut taghut.

3. Benar dalam perkataan
Kalimah yg paling benar di alam semesta ini ialah 'LA ILAHA ILLALLAH' (14:24). Kalimah inilah yg kita junjung pd tempat tertinggi dalam setiap hela nafas dan setiap butir perkataan yg kita lafazkan. Kalimah inilah yg menjadi asas kebenaran yg kita pegang.
Perkataan yg kita lafazkan itu haruslah perkataan yg benar-benar lahir drpd dalam hati kita. Yakni hati yg sejahtera. Hati yg dipenuhi dgn bunga-bunga kasih sayang kpd seluruh manusia. Kasih sayang agar manusia sama-sama bisa merasai manisnya hidup sebagai hamba ALLAH yg tunduk kpdNYA. Agar manusia dpt merasa tenangnya hidup di bawah naungan perlindungan yg Maha Perkasa. Yg bisa memberi rezeki dgn apa cara yg DIA kehendaki, yg tak pernah terfikir di benak kita.
Semua org boleh bercakap tapi berapa ramai yg benar-benar bercakap mengikut cara yg benar? Ada orang bercakap tentang sesuatu yg benar tapi dia bercakap pada yg tidak sepatutnya. Contohnya, ahli geologi bercakap ttg galian kpd anak berumur 6 tahun. Pastilah istilah-istilah yg digunakan tidak difahami anak kecil itu, lantas dia hanya menganggap kata-kata ahli geologi itu sebagai perkataan yg lucu. Maka, pentinglah utk kita memahami cara bercakap yg bersesuaian dgn peringkat umur dan tahap kefahaman seseorang agar mesej kita dapat diterima dgn benar. Agar kebenaran itu benar-benar menyentuh hati sang pendengar.
Dalam sejarah, kita lihat bagaimana pemimpin yg disegani adalah yg pengikutnya sanggup menghabiskan masa utk mendengar ceramahnya walau berapa jam pun. Tanpa mengantuk! cool kan? InsyaALLAH, jika kita benar dalam perkataan kita, kita pasti boleh menjadi seorang yg berpengaruh, berpengaruh utk membawa manusia kpd ALLAH...

4. Benar dalam amalan
Kata-kata yg bersemangat sahaja tidak akan menjamin mesej kita diterima. Mata, antara pancaindera yg paling mempengaruhi seseorang utk melakukan sesuatu. Anak-anak kecil biasanya akan melakukan sesuatu seperti yg dilihat pd ibu ayahnya.
Kita harus bersungguh-sungguh melaksanakan apa yg kita serukan, iaitu utk mengesakan ALLAH dalam hidup ini. Bersungguh-sungguhlah dalam menunaikan perintahNYA dan bersungguh-sungguhlah meninggalkan laranganNYA.
Kesungguhan pasti diiringi kepayahan yg akhirnya menuntut pengorbanan. Jangan pernah berhenti bersungguh-sungguh dan berkorban utkNYA. Jika mata-mata insan melihat kesungguhan dan keistiqamahan kita menunaikan ketaatan dan menyeru manusia utk taat, pasti mereka juga terdorong utk bersama-sama kita.

Jangan dilupa, bahawa material juga penting utk kita meneruskan langkah ini. Lantaran itu, jgn pernah gusar utk menginfaqkan harta kita pada jalan ALLAH ini. Para sahabat dulu berlumba-lumba utk menyumbangkan harta sebanyak mungkin dalam perang. Bahkan apa yg mereka miliki drpd hasil perniagaan mereka tak pernah difikirkan utk menambah perhiasan rumah atau diri, sebaliknya hanya utk kelangsungan da'wah.

Jika da'wah kita memiliki kebenaran pd semua ini, insyaALLAH kejayaan dan kemenangan itu pasti berpihak pada kita. Fenomena hari ini ialah kita melihat dakyah jahiliyah begitu hebat sehingga da'wah kita yg suci ini kelihatannya seperti begitu lemah dan perlahan. Kita pening memikirkan bagaimana jahiliyah begitu pantas mencari pelapis dan mengembangkan wilayah pengaruhnya, tp mungkin kita terlupa utk pening memikirkan sejauh mana kita benar-benar benar dalam da'wah kita ini.

Ayuh kita bina kekuatan yg benar pd diri agar kelak ALLAH redha memberikan kekuatanNYA pd da'wah ini! sehingga tiba suatu masa seluruh manusia hanya mahu tunduk pd kebesaran ALLAH al-Haq.

p/s : (29:2-3) segala ujian yg kita hadapi adalah agar ALLAH tahu siapa yg membenarkan janjinya kpd ALLAH... ya Rabb, kuatkan kami utk menjadi hambaMU yg benar! LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH!

Sunday, February 13, 2011

Yang Teristimewa



Cinta dan kasih
Suatu perasaan terindah
Kurniaan ILAHI buat hambaNYA
Sebagai motivasi terhebat
Utk diri terus kukuh memegang taliNYA
Agar tidak tumbang dek deru jahiliyah
Agar tidak lemas dlm arus kegelapan

Sentiasa kusedari
Diri ini adalah hambaNYA
Yang sentiasa terikat pd kuasaNYA
Yang tak mampu melakukan semua yg kuingini
Tanpa izin dan kehendakNYA

Teringin sekali
Dapat selalu bersamamu
Dalam suka dan duka
Dalam tawa dan tangis

Teringin sekali
Menjadi pendengarmu yang paling setia
Menjadi teman bicara
Menemanimu mengharungi segala badai
Menjadi perisai drpd bahaya dan noda

Teringin sekali
Agar diri ini bisa bersama2 melangkah denganmu
Melangkah menuju cita2 tertinggi
Menggapai cintaNYA

Namun,
Jarak mungkin menjadi pemisah
Masa mungkin menjadi benteng
Semuanya atas kehendak dan ketentuanNYA

Lantas, kupasrah atas perpisahan sementara ini
Kerana hati akan terus berdoa
Untuk sebuah pertemuan di taman abadi..
Walau diri sedar
Betapa kerdilnya diri untuk menyimpan hasrat setinggi itu..

Ya ALLAH,
Aku kasihi hambaMU ini keranaMU, ya ALLAH
Kurniakanlah kami apa yg terbaik pd neracaMU, ya A'LIM
Kukuhkanlah ikatan hati kami kpdMU, ya RAHIM
Kuatkanlah kami dgn apa cara yg ENGKAU redhai, ya A'ZIZ
Sinarilah hati2 kami dgn cahayaMU setiap masa, ya ALLAH...

Kerana tiadalah makna kasih ini
Andai kasihMU tidak menaunginya...


p/s : utk semua yg kukasihi, jauh dan dekat, lama atau baru berkenalan... kpd yg teristimewa dlm hidupku... =)

Thursday, January 27, 2011

Baca dan Pena

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

Masih ingat lagi apa wahyu pertama ALLAH kpd Rasulullah SAW tercinta?

Al-'Alaq : 1-5
apakah signifikan wahyu pertama? ya, sgt signifikan kerana di situlah titik mula seruan ALLAH kepada manusia..titik mula yg akan menjadi 'turning point' kepada putaran paksi kehidupan manusia drpd jahiliyah kpd paksi islam. ini adalah titik yg sgt penting. titik perubahan atau garis sempadan antara ruang gelap dan ruang cahaya. antara ruang jahiliyah dan antara ruang hidayah islam.

ayat ini menyatakan seruan ALLAH kpd manusia agar membaca.
bagaimana harus kita membaca ? bacalah dgn nama Tuhanmu..
siapakah Tuhanmu itu? DIAlah Tuhan yg menciptakan.
cipta siapa? cipta manusia drpd segumpal darah.

bayangkan, dalam keadaan org2 quraisy yg ketika itu hidup bergelumang dgn penyembahan berhala, wahyu ALLAH turun utk menceritakan dan mengisytiharkan siapa Tuhan yg selayaknya disembah oleh manusia. dan pengisytiharan itu dimulakan dgn seruan utk membaca.

mengapa membaca?
kalau dilihat pd sejarah, masyarakat Quraisy yg didakwahi Nabi adalah masyarakat yg buta huruf. hanya beberapa org sahaja di kalangan org Quraisy Mekah ketika itu yg pandai membaca. antaranya ialah Umar al-Khattab. daripada wahyu pertama ini, ALLAH telah menyatakan kepentingan membaca sbg satu jambatan ilmu...dan ketika ini, ilmu terpenting yg harus diketahui adalah ilmu mengenal ALLAH.

betapa, pembangunan suatu tamadun itu juga terjadi dgn pembangunan tamadun ilmu dan dasar kpd perkembangan tamadun ilmu adalah membaca. ia adalah suatu gambaran bagaimana islam akan mengangkat tamadun kemanusiaan. satu petanda awal bahawa islam bukan hanya akan mengubah aqidah manusia yg caca marba kpd aqidah yg lurus, tetapi juga akan membangunkan kemanusiaan dan keilmuan. ini adalah bukti bahawa islam mahukan kemajuan tamadun ilmu.

masyarakat hari ini melihat ilmu suatu yg penting sehingga lahirlah beribu2 universiti dan sekolah2. pemerintah2 akan berfikir utk membina sekolah, memikirkan silibus2 kerana ingin membina modal insan yg akan menjadi tunggak kpd pembangunan sebuah negara. tanpa org2 yg berilmu pengetahuan, maka akan rendahlah martabat negara itu berbanding negara2 yg hebat keilmuannya; pd teknologi, penyelidikan, perubatan, kejuruteraan bahkan kesusasteraan...

nah, islam sejak awal penurunannya telah menyatakan kepentingan tamadun ilmu.

namun, harus diingat...ALLAH mengaitkan bacaan itu dgnNYA. semasa membaca, haruslah membaca dgn namaNYA. daripada suatu sudut, kita boleh mengatakan bahawa ALLAH menyeru kita utk memulakan bacaan itu dgn kalimah 'bismillah' = dengan nama ALLAH. lihatlah, seruan utk memulakan sesuatu perbuatan dgn menyebut namaNYA telah diseru dlm seruan terawal. maka, marilah kita sama2 mengamalkan membaca basmallah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan.
drpd sudut yg lain, ia adalah suatu peringatan ALLAH bahawa kita harus membaca dgn tujuan utk mengenal DIA, memahami dan menghayati asma' (nama) ALLAH. nama2NYA atau asma'NYA itu terpapar di hadapan mata seluruh manusia melalui ayat2NYA; kalamullah dan alam semesta. bacalah bait2 dan kalimah2 pd buku2 sains dan matematik yg kita baca utk kita melihat asma'NYA. supaya kita lebih kenal DIA dan akhirnya membuatkan kita rasa ingin mengikuti jalan yg membawa kita kpd keredhaanNYA.

dan ALLAH menggambarkan namaNYA yg perlu kita beri perhatian adalah al-Khaliq (yg menciptakan). setelah kita disuruh meluaskan horizon pemikiran dgn membaca dan menambah ilmu, kita diseru utk merenung diri. sedarlah bahawa diri kita ini adalah suatu ciptaan oleh Yang Maha Mencipta.

ini adalah suatu seruan kpd ALLAH di awal da'wah yg penuh hikmah. ditunjukkan kpd manusia bagaimana hendak memahami siapa dirinya di bumi ini, tujuan dia berada di bumi ini dan siapa yg telah menghantarnya ke bumi ini. suatu persoalan asas yg sebenarnya bermain2 di minda dan fikiran kita.

kenapa aku lahir ke dunia..
siapa yg decide utk aku tinggal di atas dunia ini...
apa yg aku kena buat di sini...

persoalan2 ini akan dijawab oleh ALLAH dlm ayat2NYA yg bakal turun selama 23 tahun yg memerlukan manusia utk membaca. bahkan, alQuran itu sendiri terdiri drpd huruf2 yg perlu dibaca...sehingga hari ini, walaupun tak pandai bahasa Arab, siapa jua yg bergelar muslim boleh mengetahui ayat2 ALLAH dgn membaca al-quran itu..sungguh, al-quran itu adalah mukjizat Nabi SAW yg masih kekal utk menjadi penunjuk jalan utk manusia mengenal ALLAH.

'Yang mengajar dgn pena. Yang mengajar manusia apa yg tidak mereka ketahui.'
mengapa pena? jika kita imbas kenangan di sekolah atau semasa kita sedang belajar, pasti ada guru di hadapan. apa yg guru pegang utk mengajar kita? kapur tulis atau marker pen kan? utk ajar apa? apa yg murid2 tak tahu.
di sini, tergambar keindahan pemilihan kata olehNYA. guru atau pendidik pastinya dikaitkan dgn pena. anak murid pegang pen juga tp bukan sbg pengajar, tp sebagai org yg belajar...setelah menyalin, haruslah diikuti pula dgn pembacaan agar ilmu yg disampaikan itu diingati, difahami dan diamalkan.

sekali lagi, harus diingat...siapakah yg mengajar? Rabbil a'lamin...Tuhan sekalian alam, ALLAH.
ini suatu tanda bahawa manusia itu akan sgt2 bergantung kpdNYA utk memahami alam ciptaanNYA. tp, di sini ALLAH memfokuskan kpd penciptaan manusia itu sendiri... awal2 wahyu, DIA ceritakan bahawa DIAlah yg menciptakan manusia drpd segumpal darah. ini utk menggambarkan seruan; renunglah ke dalam dirimu sebelum engkau meneroka keluasan ilmu ALLAH di alam semesta..juga satu seruan bahawa, engkau dan alam ini adalah makhluk yg diciptakan.

sungguh, ini adalah satu seruan yg begitu mendasar, begitu fundamental, begitu asasi. seolah2 seruan ALLAH itu benar2 menuju kpd nukleus dan core seorg manusia itu.
masyaALLAH, ALLAH telah memilih satu titik yg cukup besar ertinya sebagai suatu permulaan utk mengajak manusia kpdNYA!

lantaran itu, marilah kita sama2 merenung dan beramal dgn wahyu pertama ini...insyaALLAH, step pertama utk beramal dgn ayat ini adalah dgn menghafalnya! ayuh beramal!

p/s : mari sama2 berusaha menguasai tamadun ilmu yg pernah gah di bawah panji muslimin. bg yg belajar di luar negara, bersungguhlah menguasai ilmu utk dibawa pulang ke tanah air muslimin. yg belajar di negara sendiri, bersungguhlah utk membangunkan tamadun ilmu di negara anda. di mana jua kita belajar dan menuntut ilmu, kita tahu matlamatnya ialah agar panji islam kembali berkibar di seluruh dunia...sedar tak sedar, kita sedang menyahut seruan iqra' ini tp adakah kita benar2 jelas bahawa ilmu2 ini kita ingin gunakan utk membawa manusia tunduk kpd ALLAH semata2!

doakan saya dan rakan2 yg sedang dlm minggu peperiksaan.. =)