Wednesday, April 20, 2011

Hari pertama di Geriatric Ward

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

berlari2 ke hospital pd hari pertama praktikal di hospital...nasib baik sampai kire2 on-time.(on time ke tak??hihi)

aku telah ditugaskan utk buat praktikal di geriatric department (wad org2 tua). org kata, org2 tua di sini ramah2...tak sabar nak jumpa mereka!

tugas pertama, jururawat mentor kata akan mandikan pesakit. ok, tak sabar! tp nampaknya semua dh dimandikan, cuma tinggal seorang lagi yg perlu dibersihkan luka pd kakinya yg telah dipotong (dressing on amputated leg). tak diberi peluang utk buat lagi (almaklum,baru 1st time.) masa ni tgk mak cik2 ni semua separuh bogel...huhu...sedih2...masa aku dan teman sepraktikalku (pelajar lelaki dr UK) masuk ke wad tu, terfikir di benakku; mesti mak cik2 ni segan dgn kehadiran kami dlm keadaan mereka yg tak berapa sesuai utk dilihat tu. tp ini budaya mereka, mgkn mereka ok je dgn keadaan itu.

byk la jugak benda yg aku diberi peluang utk buat. antaranya buat 'intramuscular injection', ambil blood pressure, menyediakan larutan infusi (infussion), dan bagi pesakit makan ubat.

menarik! pengalaman baru melakukan tugas2 seorang jururawat.

sambil melaksanakan tugas2 yg diberi oleh mentor kami, aku berfikir dan merefleksi diri. pabila meilhat lemahnya mak cik2 dan nenek2 ini, aku rasa sungguh kasihan. tangan yg terketar2 menyuap makanan ke dalam mulut. nak buka cover tin pun terkial2...jalan pun perlahan2...cakap pun tak butir, kena dgr dekat2 baru boleh tangkap perkataan apa yg dituturkan.

ada juga yg takleh gerak, asyik tidur je...setiap kali nak bersihkan dia, ambil blood pressure, bg makan ubat, pesakit ni kena dikejutkan...kesian je...

kalau org muda, boleh jalan laju2, kejar trem etc. boleh buka tin makanan smbil gelak2...boleh jerit kuat2 dan org boleh dgr dgn mudah apa yg diucapkan.

selain itu, atas sbb masalah komunikasi (jururawat tu kurang mahir bertutur bahasa inggeris & kami kurang/sgt tak menguasai bahasa czech) aku terasa kurang interaksi & kurang bertanya kpd jururawat tersebut...masa tgk dia buat apa2 terasa je nak bertanya tp disebabkan language barrier, sepertinya ada sedikit kesukaran utk sharing & teaching tu berlaku.

kesimpulan 1 : alangkah perlu kita ini menjadi manusia yg bersyukur! bersyukur dgn apa yg ada sekarang! segala kekuatan dan kesihatan serta semangat yg membara dlm diri..
Jgn jadi org yg tak buat apa2 kat dunia ni.

kesimpulan 2 : hargai masa muda utk perkara yg bermanfaat kpd diri & org lain (since dh tua nnt tak byk yg boleh dilakukan).

kesimpulan 3 : since kita dttg utk belajar, mesti buat seperti org yg nak belajar! kena berani & rajin bertanya. abaikan language barrier. sekurang2nya tahu sedikit drpd tak tahu langsung.

kesimpulan 4 :
probs - language barrier
solution - mastering the language! (T_~) berusaha siti!!!!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Monday, April 18, 2011

Betulkan Semula Kompasmu


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah, diberikan izin olehNYA utk menyertai 'The Professional Muslim Generation : The Road To MUDr' di Cesky Brod, Prague. Banyak benda yg saya perolehi dan pelajari drpd pengisian sendiri dan daripada sharing2 bersama para peserta.

Kesinambungan Idea
Secara keseluruhannya, saya terasa bahawa TPMG tahun ini begitu dekat temanya dgn TPMG tahun 2010 (TPMG : SPS aka Super Power Student). Jika tahun lepas, perbincangan banyak berkisar kpd tema utk menjadi medical student yg luar biasa, tahun ini perbincangan berpusat pula kpd persediaan utk menjadi seorang doktor muslim yg sebenar.

Ingin menjadi pelajar yg superior drpd pelajar lain, kita perlu ada satu paradigma yg benar dan lurus. Perlu ada satu persepsi yg benar terhadap diri sendiri iaitu bahawa sebagai seorang muslim kita adalah agen rahmat untuk seluruh alam. Di samping itu, jka ada paradigma yg tidak benar, paradigma ini harus disingkirkan supaya kita benar2 boleh menjadi pelajar yg superior. Paradigma yg tidak benar dan harus disingkirkan daripada diri kita ialah eurocentrism (melihat dunia dgn kacamata barat). Jika mata kita masih memakai kacamata barat, pastinya sukar utk kita melihat dunia dgn kacamata islam. Kerana islam dan segala ideologi lain takkan pernah mampu bersama dan bersatu (ibarat hydrophobic substance dan hydrophilic substance takkan pernah larut dalam each other.

Point ini diperkukuhkan lagi oleh speaker kali ini, yg menyebutkan tentang bagaimana ajaran islam itu menetapkan hukum.

Kenapa persoalan penentuan hukum ini penting? Kerana sebagai seorang doktor kelak, kita akan berhadapan dgn pelbagai keadaan yg memerlukan kita untuk membuat keputusan, antara sains perubatan atau tuntutan ad-deen.

Neraca apakah yg kita perlu gunakan utk menentukan keputusan kita?
Sudah tentu, sebagai seorang muslim jawapannya ialah mengikut syariat yg digariskan oleh Islam. Syariat yg digariskan tak pernah bertujuan utk menyusahkan muslimin, sebaliknya ia adalah ajaran yg sentiasa memudahkan penganutnya. Bahkan, ia selalu mengutamakan keadilan dan kesejahteraan semua tanpa mengetepikan hak2 ALLAH sebagai ILAH. Secara ringkasnya, saya simpulkan bahawa kita harus berusaha menambah ilmu berkaitan segala isu baru yg timbul dalam dunia perubatan dan harus menimbang dgn adil (tak melebihkan sains sehingga menggadaikan tuntutan ad-deen).

Niat harus ikhlas selalu
Selain itu, ucapan drpd penganjur juga turut mengetuk saya. Walaupun program ini adalah program agama, tak semestinya kita akan pulang dgn pahala dan cinta ALLAH yg bertambah dlm dada. Astaghfirullah, sgt benar! Mgkn saja ada perkara yg kita lakukan semasa program itu yg tidak disukai ALLAH serta mengundang murkaNYA. merungut ttg tandas yg tak berfungsi, makanan yg tak seberapa, tempat yg sangat sejuk etc. (ni contoh je)...
Sangatlah bimbang jika sebenarnya kehadiran kita di situ hanya menambah dosa dan murkaNYA kpd kita. Sia-sia...alangkah ruginya...
(semoga ALLAH redha dgn kehadiranku di situ..)

Ada seorang sahabat yg menyampaikan tazkirah pun share ttg hadis niat. Part yg paling terkesan ialah bila dia kata kalau kita ada kawan2 yg tak menyokong kita utk hadir ke program2 berbentuk nasihat kpd kebaikan, jgn jadikan itu faktor utk kita berundur diri drpd menghadiri. Kita buat je. Kan buat kerana ALLAH...
Sgt setuju! kita kena pentingkan apa ALLAH kata drpd fikir2 apa org kata. Kalau hilang kawan takpe, jgn hilang redha dan jalan menuju ALLAH.

Camtu jugaklah dalam kita memilih profesion sbg seorang doktor! Smg ALLAH sentiasa menjadi matlamat. Langkah2 yg diatur sepanjang perjalanan mendapatkan MuDr, harus disulami dgn usaha utk membentuk diri menjadi seorang muslim yg sebenar, seperti yg dikehendaki dan diajarkan oleh ALLAH...seperti yg ALLAH katakan dalam firmanNYA (2:138) ~check it out,k~

Mari Beramal
Salah seorang peserta share di hujung program. Betapa kita sudah banyak menghadiri program2 (motivasi, bengkel teknik belajar dan sharing2 drpd para doktor etc), namun sebanyak mana ia membantu kita utk meningkatkan diri? Adakah diri kita sudah berubah berbanding sebelum kita menghadiri program2 ini?

Dush! Sekali lagi terkena!

Lantaran itu, mari beramal dan share dgn semua org apa yg diperolehi drpd program yg dihadiri! Jangan jadi kedekut dan simpan apa yg kita dpt utk diri sendiri sahaja.

(kalau pernah terfikir;
'buat apa nak kongsi dgn org yg tak dtg, diorg bukannya bayar pun. aku kena bayar tambang dan yuran penyertaan. diorg pula nak dpt free2 drpd aku.'

jom fikir;
ALLAH bagi aku kelapangan masa utk aku mencari dan menambah ilmu. mgkn org lain ada urusan yg menghalang mereka utk sama2 menghadiri. bukankah aku harus menjadi manusia yg bermanfaat kpd org lain? bahkan ilmu itu akan bertambah jika dikongsi, bukan seperti harta yg berkurang bila dikongsi atau diberi kpd org lain.~teringat satu teka teki yg diberi oleh ahli rombongan ke TPMG~ )

Selamat beramal, wahai diri yg menulis dan membaca dgn kompas yg lebih benar!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Monday, April 11, 2011

Terima Kasih Kerana Sudi Share

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sharing is caring.
Biasa dengar ungkapan ini?

Best kan bila ada org share dgn kita something? Kita akan rasa dihargai. Biarpun yg dishare hanyalah sehirup air masak.

Bila ada org share perasaan dia, mesti lagi best kan? Kita akan rasa bhw kita adalah sebahagian drpd hidup org tu.

Interaksi mgkn sahaja berlaku setiap hari.

Berselisih, senyum sambil melarikan pandangan drpd each other...
Berselisih dgn senyuman smp ke telinga...
Berselisih sambil tangan dihulur utk mencuit teman...

Sungguh pelbagai...Interaksi yg sungguh variasi. Tapi interaksi semata2 tidaklah sama nilainya jika tiada sharing drpd mereka yg berinteraksi ini.

Jadi, Terima kasih kerana sudi share!


Tapi, tapi, tapi...
Bagaimana pula dgn orang yg jauh di mata? Yg pertemuan dgnnya hanyalah mengharapkan pertemuan maya (online)?

Kalau selalu via chatting, harus dicuba sekali sekala untuk kita bervideo-cam. Chatting sangat rapuh, kurang benarnya...Mgkn saja reaksi wajah tak seperti reaksi yg ditaip.

Bila bervideo-cam, barulah mampu melihat wajah insan yg jauh di mata itu... Barulah kita tahu bagaimana sebenarnya rupa dia; sedang tersenyum maniskah, atau sedang menahan emosi, atau sedang serabut dgn segala masalah yg menimpa.

Adakalanya kita rasa kita tak mahu org tahu apa yg kita rasa. Tak nak share... Mungkin kita tak mahu mereka bimbang. Mungkin kita tak mahu mereka salah anggap atau beranggapan buruk terhadap kita...

Tapi, bagi saya, saya mahu anda share dgn saya! Sharelah perasaan anda, sedih gembira, tawa dan duka... Kerana dgn itu, barulah saya rasa saya dihargai dalam kehidupan anda...

Lagi pula, saya akan rasa seolah saya tidak menghargai anda jika saya tak tahu apa yg anda rasakan sebenarnya.

Ini persoalan menghargai dan dihargai. Hargailah diri ini untuk menghargai kalian. Kerana diri ini sedang belajar menghargai kurniaan ILAHI di sekeliling saya...Dan kalian adalah kurniaan ILAHI yg sungguh2 bermakna dalam hidup saya.

Walau kita dipisahkan benua atau gunung atau lautan, tatkala kalian share dgn saya apa yg kalian rasa itulah masanya saya rasa saya adalah seorang manusia yg hidup bersama kalian.

Walau diri takkan mampu menepuk bahu atau menghulurkan pelukan dari jauh, setidaknya hati ini rasa tertaut...lebih tertaut...

Terima kasih kerana sudi share!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Saturday, April 9, 2011

Rindu Itu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Hati ini dipenuhi dgn kerinduan tatkala ini. Rindu dan pengharapan. Harapan seorang teman buat teman yg dikasihi. Yg dekat mahupun yg jauh. Yg dekat di mata, yg dekat di hati.

Lantas terimbas di kotak fikiranku saat Rasulullah SAW menyatakan kerinduan baginda kpd saudaranya (ikhwannya). Para sahabat yg dekat, sekitar baginda bertanya siapa ikhwan baginda itu. Baginda menjawab, mereka yg tidak pernah berjumpa dgn baginda namun mengakui kenabian baginda dan sangat cinta akan baginda. (baca : ikhwan yg dirindui)

Teman-teman,
Aku juga merindui kalian sebagaimana baginda rindu kpd kita semua. Rindu utk sama2 mengimani baginda. Melaksanakan segala sunnah baginda.

Sukar bukan utk kita menghidupkan sunnah baginda sedang kehadiran baginda bukan di depan mata kita? Kerana itulah nilai rindu baginda kpd kita yg tidak pernah bersua muka dgn baginda berbeza drpd kasih baginda kpd para sahabat yg berjuang bersama baginda.

Aku rindu utk sama2 bisa berbicara kalimah rindu ILAHI dgn kalian. Aku kepingin sama2 memerah fikiran memikirkan bagaimana utk mengeluarkan seluruh manusia drpd segala tipu daya duniawi.

Aku rindu utk berpimpin tangan dgnmu teman sambil mengendahkan segala pujuk rayu dunia.

Aku rindu utk sama2 tersenyum dgnmu teman melihat sekalian insan yg dikasihi berpusu-pusu menuju Rabb yg Maha Agung.

Kerana aku juga sangat rindu kpd insan agung yg telah membawa sinar hidayah ke alam ini, Muhammad SAW.
Dari kerinduan kpd baginda, hati ini ingin cuba menggapai rindu tertinggi....Rindu pdMU, Ya Rabb.

Temanku, mari kita sama2 menyemai kerinduan yg tulus kpd baginda SAW dan kpd yg Maha Pengasih! (~_*)


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Monday, April 4, 2011

AKU ADALAH SINGA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Pernah dengar tentang singa yg dikijangkan? semasa kecilnya,singa itu telah tercicir drpd kawanan singa dan tinggal bersama kijang di hutan. ia dibesarkan bersama kijang2 yg lain sehingga dia buat apa yg kijang buat, berlari dgn cara kijang berlari, makan apa yg kijang makan dan berbunyi seperti bunyi kijang.

sehinggalah suatu hari, sang singa bertemu dgn sekumpulan singa di tepi tasik. dia kagum melihat ketangkasan singa2 tersebut.

waa!!!! hebatnya mereka berlari!!! cara jalan mereka penuh dgn keberanian!!!


ketika itu, kawan2 sang singa iaitu kijang2 lari bertempiaran melihatkan kedatangan kawanan singa td. sang singa konfius..ikut berlari tp kemudian dia terpandang ke dalam tasik...

eh, kenapa rupa kawanan singa tu seperti diriku???


singa2 tadi mengejar kijang2 lain...seekor demi seekor berlalu di tepi singa yg dikijangkan ini tanpa mengganggunya...

hurm, tak kejar aku pun??


sehinggakan, salah seekor drpd kawanan singa td menerpanya dan menghulurkan salam perkenalan. (binatang berkenalan camne ye? bayangkan je lah ye..)

singa ini memimpin singa yg dikijangkan dan mengajarnya berlari seperti selayaknya seekor singa berlari...

oh, rupanya aku mampu berlari seperti mereka yg hebat ni?


singa yg dikijangkan terus bersama-sama dgn kawanan singa dan kini ia sedar...

"AKU ADALAH SINGA! BUKANNYA KIJANG!"



Teman2...
Adakah kita telah cukup kenal akan diri kita? Apakah jati diri kita? Benarkah jati diri kita itu seperti yg selayaknya? Ataukah kita telah hanyut oleh arus sekeliling yg menipu hingga kita terlupa siapa kita patut jadi sebenarnya?

Kita adalah umat terbaik yg ALLAH jadikan di atas muka bumi ini jika kita melakukan apa yg terbaik. (3:110)
Sekiranya kita genggam erat keimanan kepadaNYA, kita mampu jadi umat terbaik yg akan menjadi rujukan dunia!

Kecemerlangan yg kita kejar bukanlah utk diri sendiri tetapi utk membangunkan ummah yg terlena!
Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan kemudahan buat teman2ku yg sedang berjuang (fizikal, intelek dan emosi) menghadapi musim2 peperiksaan!

Ummah sedang menunggu kalian!

ALL THE BEST, dearest friends!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Saturday, April 2, 2011

Kita Saling Memerlukan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Dan KAMI menciptakan kamu berpasang-pasangan
(An-Naba' :8)


Banyakkan benda2 di sekeliling kita yg berpasang-pasangan? Matahari pasangannya bulan, bunga pasangannya kumbang, malam pasangannya siang, laila pasangannya majnun, romeo pasangannya juliet...Pasangan lelaki adalah wanita.

Apakah hikmahnya diciptakan pasangan2 ini?

Orang2 yg beriman lelaki dan orang2 beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yg lain. Mereka menyuruh dengan ma'ruf dan melarang drpd yg mungkar
(At-Taubah : 71)


Sesungguhnya Islam itu diturunkan olehNYA sebagai rahmat kpd seluruh alam. Membawa manusia kpd mengesakan ALLAH itu adalah tujuan kpd penciptaan insan di dunia ini. Maka, segala yg DIA kurniakan dalam kehidupan kita adalah sebagai kelengkapan utk melaksanakan tujuan penciptaan itu.

Demikian jugalah wujudnya 2 jenis manusia (lelaki dan wanita). Tujuannya adalah supaya lelaki dan wanita saling bekerjasama dan membantu utk menegakkan hak ALLAH sbg satu-satunya Ilah di atas dunia ini.

Kita diciptakan berbeza drpd segi fizikal, emosi dan intelek. Lelaki dikurniakan susuk tubuh yg lebih kuat drpd wanita.
Daripada segi sudut fikir dan sudut pandangan juga berbeza..Wanita suka memikirkan semua perkara drpd yg besar hingga kepada yg paling kecil hingga adakalanya yg kecil yg lebih difikirkan.
Kalau emosi, lelaki mmg tak boleh tandingi wanita. Bab2 menyentuh hati, selalunya mesti lelaki kalah. Tak kira emosi yg positif atau yg negatif...

Setiap ciri2 yg dimiliki membuatkan cara kerja kita berbeza, gaya kita berbeza...adakah berbeza itu bermakna teruk atau tak bagus?

Tidak. Ini adalah ketentuanNYA yg mengandungi hikmah utk direnungi hamba-hambaNYA yg beriman utk melaksanakan peranan mengajak manusia sujud hanya kpd ALLAH.

Kalau DNA terbina dgn konsep 'complementary base pairing', begitu juga kita. Di sini, DNA ialah peranan kita utk mengajak manusia kpd ALLAH. 'Nitrogen base' itu adalah kita, lelaki dan wanita. Terciptanya kita dgn segala ciri yg dikurniakan ILAHI adalah utk kita sama2 membina sebuah peradaban kemanusiaan yg tunduk hny kpd ALLAH.

Kesimpulannya, jika di satu tempat hanya wanita yg berperanan dan berusaha utk melaksanakan amanah ALLAH (menegakkan yg ma'ruf,mencegah yg mungkar)sedangkan lelaki terus mempertahankan keegoan dan menjadi faktor penarik wanita meninggalkan suruhan ALLAH, maka matlamat itu takkan mampu dicapai.
Jika di satu tempat hanya lelaki yg bertungkus lumus mengajak manusia tunduk kpd ALLAH dan menghindari segala bentuk maksiat, tetapi wanitanya terus2an menjadi faktor yg melemahkan lelaki maka matlamat tidak akan tercapai.

Kalau DNA ada yg mengalami mutasi sehingga menyebabkan sel melaksanakan fungsi yg salah (kerana ada nitrogen base yg termutasi), begitu jugalah ummah ini. Jika kita (lelaki dan wanita) menjadi seseorang yg tidak mengikut acuan ALLAH, maka akan porak perandalah ummah...Tiadalah ummah yg tunduk kepada ALLAH semata-mata. Tiadalah ummah yg menjadi agen rahmat di atas muka bumi...

Wahai lelaki dan wanita,
mari kita sama2 perbaiki diri dan menjadi seperti yg Maha Pencipta mahukan. mari sama2 koreksi diri berpandukan Al-Quran al-kareem... Kitab suci yg menyucikan jiwa dan diri kita, insyaALLAH. smg kelak, akan lahirlah sebuah ummah yg harmoni dan sejahtera.

Ingat, kita adalah 'nitrogen base' yg membentuk DNA ummah...

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Sunday, March 27, 2011

Amazing Nisa'!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah, baru-baru ni join satu aktiviti; AMAZING NISA'(ala-ala Amazing Race..)

Mesti ramai je yg dh biasa pergi program yg ada aktiviti ala2 amazing race ni kan? Kalau ada program motivasi kat sekolah atau kolej, mesti ada aktiviti outdoor; sama ada ringan atau yg berat. Ada check point & ada task2 yg perlu dilaksanakan. Tapi, bg saya Amazing Nisa' berbeza dgn outdoor activities yg saya pernah sertai.

Meh saya cite sket apa yg berlaku kat setiap check point tu..........


Checkpoint 1

Task : Sila demonstrasikan cara makan yg Rasulullah SAW ajar
Cerita-cerita kami :
apa yg 1st terlintas dalam fikiran?? weee...dapat makan...ada roti & sardin atas satu dulang putih.
hurm...ok, skrg camne nak buat?
bersama-sama ahli kumpulanku, kami duduk di bawah dan membentuk halaqah(bulatan manusia..eh, faham ke? duduk dalam bulatan...) sama2 baca doa makan..(pastu ada yg ckp, Nabi baca bismillah je utk start makan. ha, yg ni semua org boleh check balik...Nabi sebenarnya baca bismillah je..tp doa makan yg kita belajar tu bagus je utk diamalkan...insyaALLAH...)

masa minum air, aku minum dulu...pastu tertanya2, nk pass kat semua org ke? huhu...nampaknya ini belum menjadi akhlak (sesuatu yg dilaksanakan secara spontan tanpa perlu berfikir dulu). then, pass kpd org di sebelah kananku...(yg ni buat secara spontan..)rupanya ini memang sunnah...maksudnya, kalau nak pass makanan passlah ke arah kanan.

lama gak la kami makan...smp kakak yg jaga checkpoint tu kata, 'lamanya korang makan...' sambil gelak perlahan..

ok, kena gerak ke checkpoint seterusnya ni!


Checkpoint 2

Task : Sila tangkap gambar berdasarkan tagline 'Oh indahnya,aku dan alam adalah ciptaan ALLAH!'
Cerita-cerita kami :
alamak, kat tempat ni cam takde tempat yg cantik utk tangkap gambar je??!! mataku meliar meilhat sekeliling, mencari tempat yg sesuai.bila lihat langit, waaa...matahari yg kesamaran...wow, ni cantik ni utk jadi background! lalu, minta seorg ahli kumpulan utk jadi model, buat gaya sedang tgk daun pokok dgn penuh perasaan menghayati keindahan daun tu...
tapi, daun hijau je...takde bunga.. kalau pandang bunga ada lah feel sket...tp, ok je la...
bukankah daun hijau itu juga ciptaan DIA? perhatikanlah, bahawa semua ciptaan ALLAH di sekeliling kita sgt3 istimewa dan canggih! lebih canggih drpd ipod 4 etc yg digilai skrg. sejak beratus2 tahun dahulu, pokok2 ada mekanisme tersendiri nak berfotosintesis. amazing tak?batu2 yg membina sebuah bangunan juga adalah ciptaan DIA! jgn bila tgk alam semula jadi je rasa cam dekat dgn ALLAH...ukiran2 cantik di dinding2 bangunan juga adalah ciptaan DIA...yg diukir oleh manusia ciptaanNYA!


Checkpoint 3

Task : Tasmi'(memperdengarkan) hafazan ikut nama surah yg dipilih dgn penuh tajwid dan tartil
Cerita-cerita kami :
Dapat 'Gajah'...ooo...surah Al-Feel.
Kakak yg jaga checkpoint ni tny, surah ni cerita pasal apa? semua org tahu kisah dlm surah al-feel ni??

Meh saya share sket...Nabi lahir dlm tahun gajah, betul tak? kenapa tahun ini dikenali sbg tahun gajah?

Sebab, masa tahun tu, bangsa Quraisy menghadapi ancaman drpd seorg gabenor Yaman, Abrahah yg rasa jealous kat Kaabah. Kaabah kan jadi tempat seluruh bangsa Arab tunaikan haji (seperti janji ALLAH kpd Nabi Ibrahim ketika baginda diperintahkan agar menyeru manusia menyembah ALLAH semata-mata bahawa manusia akan berbondong-bondong datang menunaikan haji...[22:26-27])?

Tiada kalendar yg digunakan oleh masyarakat Makkah waktu tu, jd mereka ingat suatu2 tahun dgn mengaitkan tahun itu dgn suatu peristiwa yg berlaku..

Abrahah datang dgn tentera bergajah utk runtuhkan Kaabah setelah biara yg dibinanya tidak mampu menarik org2 Arab utk datang beribadah di sana. Mestilah orang2 Mekah tak berani nak lawan kan? Apalah yg mereka ada utk lawan Abrahah...Lalu semua org Quraisy pun pergi bersembunyi di bukit2 sekitar Makkah. Akhirnya, Abrahah ditewaskan oleh tentera ALLAH yg special (burung ababil yg bawa batu dr neraka) sedangkan masa tu orang Quraisy tak membela atau melindungi Kaabah pun.

In short ; surah ni adalah suatu reminder ALLAH kpd orang Quraisy bahawa Kaabah tu milik ALLAH dan DIA yg pelihara Kaabah tu. mereka menyaksikan itu kerana mereka tak buat apa2 utk lindungi Kaabah. Hanya ALLAH yg benar! DIAlah zat teragung yg Maha Berkuasa. lalu, mengapa manusia (especially org Quraisy,masa tu) tak mahu menyembah ALLAH?

ok...let's move!


Checkpoint 4
Task : Sila alih bahasa ayat ini kepada bahasa Czech; 'Islam is the way of life.'
Cerita-cerita kami :
Waaa!!! ini mencabar! masa tu, apa yg terfikir dlm fikiran ialah...'hurm, selalu dok guna google translate utk translate dialog2 yg perlu (eg : camne nak tny 'boleh saya tolong awak?', 'berapa harga baju ni?' etc..), tp tak pernah terfikir utk translate kalimah special ni!!!
(insaf! T_T)


Checkpoint 5

Task : Cipta dialog bersambung utk cakap kepada seorang pak cik czech yg kita ingin perkenalkan islam kepadanya.
Cerita-cerita kami:
erk...blur skjp...rupanya bukan seorang je yg cakap, tp setiap org kena sebut satu perkataan lalu disambung oleh ahli kumpulan lain utk jadi ayat...
pernah tgk dalam tv, tp rasa tak reti nak buat sendiri!

ok, papepun, jom cuba!

........

hancur...tak jadi ayat papepun...mula2 bahasa czech, pastu tukar sbb tak mampu proceed..


ok, lepas ni mmg kena cuba kuasai bahasa czech ni!!! kena la juga cuba cari peluang utk berbicara ttg islam kpd masyarakat czech yg innocent ni!!!


Checkpoint 6

Task : Sila describe orang dalam gambar yg anda pilih
Cerita-cerita kami :
orang dalam gambar tu drpd universiti lain. nasib baik ada ahli kumpulan yg juga dari universiti yg sama.

huh...tak cukup taaruf lagi ni! masih tak kenal kawan satu batch inside out lagi! berusaha!


Checkpoint 7

Task : Cabaran Tisu; Sila turun tangga tanpa koyakkan tisu yg dipegang oleh kawan di hadapan dan di belakang..
Cerita-cerita kami:
oo, kena buat rantai tisu...turun tangga, kena turun rapat2 sbb takut bagi pressure kat tisu, nnt terkoyak..tp ada gak la terlepas2...

ukhwah kita dgn kawan2 pun fragile cam tisu kan? ada je masa kita senang nak 'terkoyak' smp kita terpisah drpd rantai di hadapan. so, selalu rapat2kan diri dgn kawan2 supaya ukhwah kita tak mudah goyah. yes, akan ada byk ujian yg terhidang...tp itulah faktor yg akan memaniskan ukhwah kita...menjadikan ukhwah itu semakin matang.


Checkpoint 8

Task : Sila ikut step taekwando ini
Cerita-cerita kami :
masing-masing tolak orang lain...akhirnya seorang ahli pun ikut. sumbang sikit langkah berbanding sifu...

hurm...kena belajar martial art ni! sbg alat utk mempertahankan diri! kena ada ilmu sikit spy boleh digunakan utk melindungi diri...bukankah diriku begitu berharga?


REFLEKSI DIRIKU

Sebagai persediaan menjadi seorang muslim yg sebenar, kita harus sedar bahawa banyak benda yg perlu kita lakukan. banyak benda yg harus kita pelajari dan lakukan... harus belajar berkomunikasi secara berkesan, harus tahu seni mempertahankan diri dan harus belajar mengenal dan menghargai insan2 di sekeliling kita.

Semua ini harus kita lakukan atas dorongan satu motivasi sahaja, iaitu ALLAH!

Ingatlah ALLAH sebanyak2nya dalam setiap yg kita lakukan!

Usaha kita melengkapkan diri dgn ilmu yg diperlukan adalah usaha utk mencapai KPI ALLAH sbg seorg individu muslim. Kerana kita mahu DIA redha kpd kita...Kerana kita tahu kita perlukan semua ini utk kita laksanakan tugas besar kita di dunia ini; hamba dan khalifahNYA!
insyaALLAH...

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^