Monday, April 11, 2011

Terima Kasih Kerana Sudi Share

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sharing is caring.
Biasa dengar ungkapan ini?

Best kan bila ada org share dgn kita something? Kita akan rasa dihargai. Biarpun yg dishare hanyalah sehirup air masak.

Bila ada org share perasaan dia, mesti lagi best kan? Kita akan rasa bhw kita adalah sebahagian drpd hidup org tu.

Interaksi mgkn sahaja berlaku setiap hari.

Berselisih, senyum sambil melarikan pandangan drpd each other...
Berselisih dgn senyuman smp ke telinga...
Berselisih sambil tangan dihulur utk mencuit teman...

Sungguh pelbagai...Interaksi yg sungguh variasi. Tapi interaksi semata2 tidaklah sama nilainya jika tiada sharing drpd mereka yg berinteraksi ini.

Jadi, Terima kasih kerana sudi share!


Tapi, tapi, tapi...
Bagaimana pula dgn orang yg jauh di mata? Yg pertemuan dgnnya hanyalah mengharapkan pertemuan maya (online)?

Kalau selalu via chatting, harus dicuba sekali sekala untuk kita bervideo-cam. Chatting sangat rapuh, kurang benarnya...Mgkn saja reaksi wajah tak seperti reaksi yg ditaip.

Bila bervideo-cam, barulah mampu melihat wajah insan yg jauh di mata itu... Barulah kita tahu bagaimana sebenarnya rupa dia; sedang tersenyum maniskah, atau sedang menahan emosi, atau sedang serabut dgn segala masalah yg menimpa.

Adakalanya kita rasa kita tak mahu org tahu apa yg kita rasa. Tak nak share... Mungkin kita tak mahu mereka bimbang. Mungkin kita tak mahu mereka salah anggap atau beranggapan buruk terhadap kita...

Tapi, bagi saya, saya mahu anda share dgn saya! Sharelah perasaan anda, sedih gembira, tawa dan duka... Kerana dgn itu, barulah saya rasa saya dihargai dalam kehidupan anda...

Lagi pula, saya akan rasa seolah saya tidak menghargai anda jika saya tak tahu apa yg anda rasakan sebenarnya.

Ini persoalan menghargai dan dihargai. Hargailah diri ini untuk menghargai kalian. Kerana diri ini sedang belajar menghargai kurniaan ILAHI di sekeliling saya...Dan kalian adalah kurniaan ILAHI yg sungguh2 bermakna dalam hidup saya.

Walau kita dipisahkan benua atau gunung atau lautan, tatkala kalian share dgn saya apa yg kalian rasa itulah masanya saya rasa saya adalah seorang manusia yg hidup bersama kalian.

Walau diri takkan mampu menepuk bahu atau menghulurkan pelukan dari jauh, setidaknya hati ini rasa tertaut...lebih tertaut...

Terima kasih kerana sudi share!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

2 comments:

  1. jzakillah siti. sayang siti.
    teruskan menulis. bestkan klu kt share semua benda. esp our thoughts..

    moga Allah beri kekuatan n bantuan dlm semua segi. iAllah

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH, akan share sedaya mampu. bukan hanya perasaan tp buah fikiran walaupun buah fikiran kecil dan tak matang...

    ~siapa ek anonymous ni? nak link blog boleh? ;p ~

    ReplyDelete