Wednesday, April 27, 2011

Tarikan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Kita sentiasa berada di antara 2 tarikan, tarikan ALLAH & tarikan jahiliyah. Tarikan ALLAH wujud pada ayat-ayatNYA. Salah satu ayatNYA ialah alam nan luas. Alam yg terbentang sentiasa memujuk dan memanggil kita utk mengingati ALLAH, menyedari kebesaranNYA, meyakini dan mengimaniNYA. Pabila hati2 kita sedar bahawa kita ini berada dalam lingkungan kekuasaan ALLAH (alam al-wujud~alam yg terlihat dek pancaindera), pastinya kita tak mampu menolak tarikan kpdNYA, tarikan agar kita mentaatiNYA lebih banyak, tunduk lebih banyak..

Namun, dgn apa yg ALLAH bekalkan kpd kita dalam hidup ini juga kita terdedah kpd tarikan daripada satu kutub lagi (tarikan jahiliyah). Apakah tarikan jahiliyah ini? Segala tarikan2 duniawi yg memenuhi kehendak hawa' manusia. Kehendak hawa' ini selalunya adalah suatu yg bertentangan dgn apa yg ALLAH perintahkan dan larang. Hawa' ialah musuh ALLAH. Lantaran itu, mahukah kita menjadi tentera kpd musuh ALLAH? Mampukah kita menumpaskan kekuasaan ALLAH yg Maha Perkasa?

Dari mana hawa' bisa menyerang kita?
Seringkali, hawa' menyerang kita pd sudut2 lemah kita, pada sudut2 yg sgt disukai oleh jiwa2 yg kosong drpd cinta & ketaatan kpd ALLAH. Dunia menawarkan segalanya yg dicintai oleh hawa' ~ kekayaan, kemegahan, pangkat, wanita/lelaki, makanan yg sedap2, keseronokan.

Semua itu adalah alat utk hati2 yg dipenuhi iman kpd ALLAH utk menunaikan amanah sbg hamba dan khalifah di bumi. Namun, jika hawa' yg merajai nescaya benda2 ini akan menghanyutkan insan jauh drpd keredhaan dan kasih sayang ILAHI.

Di sini, ingin saya bicarakan sedikit mengenai tarikan silang jantina. (saya menulis sbg seorg wanita.)

Bila ada lelaki yg menawarkan diri utk menjadi teman kita di kala kita kesedihan, pasti nurani wanita akan terusik.

'Silalah berada di sini, jgn tinggalkan saya sendirian.' ini bisa jadi bisikan hati kita tatkala itu...

Bila ada lelaki yg ingin menawarkn pertolongan di kala org lain sdg sibuk dgn urusan mereka, pasti hati gembira ada org ingin membantu.

'Ada pun org nak tolong aku.'

Bila hati sedang lara, datang si lelaki dgn lawak spontannya lantas kita tersenyum gembira. lalu kita meneruskan sembang2 dan terus bergelak ketawa. hilang sikit kegusaran dan lara di hati....

Hati wanita mana yg tak tersentuh bila didekati seorang pria. Itu adalah fitrah insani yg takkan pernah mampu dinafikan oleh siapapun. Namun tatkala didekati pria yg tiada hubungan yg diredhai ALLAH (nikah), ALLAH menghendaki si wanita menjaga diri dan hati. Tundukkan pandangan, keraskan suara. Bicaralah apa yg perlu sahaja. Jangan banyak bicara sehingga menyentuh perihal peribadi (makan apa semalam, pakai baju tidur warna apa, tidur pukul berapa etc), benda2 yg tak perlu pun diketahui oleh si pria (walaupun si pria adalah kawan sekelas).

Perlukah wujud persahabatan silang jantina?
Ya, boleh bersahabat sekadar perlu. Sebagai rakan sekumpulan utk tugasan dalam kelas, sebagai partner practical training (itupun jika kita tak mampu nak elak since dh tiada rakan wanita) Bila perlu sahaja...

Tapi bukan sebagai teman rapat, teman istimewa, teman yg dicari tatkala tak dpt tidur lena atau ada suatu masalah. Bukannya dia yg menjadi insan yg mendengar segala masalah kita. Bukan dia yg kita cari tatkala kita rasa nak hang-out, makan2, atau tengok movie atau dgr lagu...Apatah lagi utk duduk2 bersama, sama ada di bangku taman atau dalam bilik kecil si dia.

'Aaaah, saya tak boleh masuk dgn mana2 kawan perempuan!!'
adakah kawan2 kita yg tak mahu masuk dgn kita? atau kita yg menutup hati utk menerima kawan2 perempuan kita? andai ada yg kita kurang senangi pd kawan2 perempuan kita, mengapa tidak kita berlapang dada dan membuka hati utk menerima kekurangan dirinya? pasti kita juga ada kelemahan diri yg membuat teman kita berasa kurang senang tp masih mahu berada bersama kita. mengapa tidak dihargai rakan2 yg menunggu sahaja kita utk bercerita kpdnya? mgkn dia sedang menangisi keadaan kita yg semakin jauh drpdnya. menangisi kelemahan dirinya yg menjauhkan kita drpd sisinya. sedang kita hanyut dgn keegoan diri.

ya, kita takkan mampu nak share jika kita tak senang dgn seseorang. namun, andai yg kita senangi itu tidak disukai olehNYA, adakah masih mahu meneruskan yg kita senangi? jika kesenangan kala ini yg kita kejar, bimbang nnt kesenangan di hari akhirat tak memihak kpd kita. hidup kita bukan hanya di atas dunia, tetapi ada kehidupan yg abadi menunggu kita. kehidupan abadi itu pula memerlukan kita utk mengumpulkan bekalnya di dunia ini...jadi, orientasi kita jgn hanya dihadapkan pada kesenangan dunia tetapi luaskan horizon pemikiran utk memikirkan akhirat, kerana mukmin itu wawasannya ialah wawasan akhirat. dan wawasan akhirat hanya akan diperolehi jika kita membawa diri sepenuhnya kpd tarikan ALLAH....


~insyaALLAH, to be continued~

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

No comments:

Post a Comment