Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
cuba lihat gambar ini. apa yg anda fikirkan?
sebenarnya gambar ni diambil dgn tujuan utk menunjukkan bahawa salji ini putih dan alangkah baiknya hati kita sesuci dan seputih salju...
Susah nak fahamkan semua org ttg sesuatu. Pabila melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu, setiap org pasti akan memiliki persepsi dan tafsirah yg berbeza. sbb semua org ada cara fikir tersendiri yg mgkn tak sama dgn org lain.
ada org boleh terima dgn mudah bila diterangkan ttg suatu benda. ada org boleh terima bila org menegur dgn cara usikan dan ketawa, tp ada yg terguris hatinya walaupun ia adalah usikan semata2. ada org susah nak terima bila ada rahsia antara dirinya dgn org yg dia rasakan rapat. contohnya, 2 sahabat yg ibarat belangkas mgkn shj terputus hubungan bila slh sorg kahwin tanpa beritahu sorg lagi.
sifirnya mudah; ada benda yg mmg kita boleh share, tp ada benda yg mmg takleh nak share even dgn org yg paling rapat dgn kita.
bukankah ini suatu yg perlu difahami & dihormati oleh setiap org?
setiap yg dilakukan pasti ada alasan dan sebabnya. yg membezakan adalah apakah alasan itu utk kepentingan diri sendiri atau utk kepentingan org lain. neraca seseorang tatkala mengambil sesuatu keputusan itu akan memberikan nilai yg berbeza kpd keputusan yg diambil selagi ia masih berpusat kpd nilai2 syarak.
contohnya, seorang anak tak memberitahu kpd kedua ibu bapanya akan penyakit yg dihadapi. akhirnya, saat kritikal, maut di hujung kaki anak itu barulah ibu bapanya tahu. kecil hati tak si ibu? kecewa tak si ayah? ya, tp anak itu tak mahu membuatkan ibu dan ayah bimbang, sudahlah mereka berpenyakit...nnt tambah pula kemurungan jika mereka tahu apa yg dihadapinya.
rasional kah si anak? di mana dia letakkan ibu bapanya ketika dia merahsiakan apa yg dihadapi? no 3, no 4? pasti ini yg dikecil hatikan oleh si ibu kan? terasa seperti anaknya tak menghargai kehadirannya sbg ibu yg melahirkan sebaliknya memilih doktor yg tak dikenali atau kawan yg baru berkenalan kurang drpd kenalnya ibu sejak dia dilahirkan utk berkongsi perkara hidup & matinya.
tapi, si anak punya alasan. kerana bimbang ibu akan kesusahan, ayah akan kerisauan. ayah dan ibu mgkn tak mampu menanggung beban kesedihan dan kerisauan dgn keadaan kesihatan. walaupun mgkn si ibu n ayah lebih kuat jiwanya drpd yg terzahir pd fizikal.
begitulah kita. adakalanya keputusan yg diambil oleh seseorang terhadap kita adalah kerana melihat kpd apa yg kita zahirkan. jangan mudah menyalahkan orang lain pabila mereka seolah melakukan kita tidak selayaknya. kita rasa kita mampu menerima seperti yg kita harapkan tapi ALLAH lebih mengetahui.
kita berharap utk menjadi medical student di Eropah, tp ALLAH menentukan kita punya tugas lain yg lebih layak iaitu pergi belajar Al-Quran dan sunnah di Cairo. boleh terima ni? (mgkn bukan kita yg mghdpi keadaan sebegini, tp jom cuba jadi empati...)
andai ini kita mampu terima, mengapa kita sukar menerima bila ada org buat suatu yg kita rasa tak patut kita hadapi? sedangkan manusia adalah sgt2, lebih, paling lemah berbanding ALLAH... bukankah ALLAH yg menentukan segala aturan hidup kita?
sesungguhnya, hati2 kitalah yg perlu dididik agar mampu kita hadapi segala yg manusia lakukan trhdp kita. apa pun jua yg mereka lakukan. berlapang dadalah dan maafkanlah. kerana manusia itu lemah & ALLAH itu Maha Perkasa.
Yakinlah, bahawa DIA yg Maha Perkasa & Maha Bijaksana itu melakukan apa yg terbaik utk kita, menentukan yg terbaik utk kita. Tatkala kita merasa berat ditimpa sesuatu, atau diperlakukan seburuk itu oleh teman kita, itu adalah saatnya ALLAH menguji kita. Sama ada kita bersabar dan menghadapinya dgn penuh kelapangan jiwa atau kita mengikut bisikan syaitan utk menanam benih permusuhan dalam hati kita.
^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^
No comments:
Post a Comment