Friday, November 18, 2011

Peringatan ALLAH daripada kelas Soc Med

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

InsyaALLAH,fikir dan zikir akan sentiasa mampu membawa kita semakin dekat kepada Yang Maha Pencipta...

Sudah lama berfikir, kini aku harus mulakan semula coretanku.. Semoga kelak ia bermanfaat untuk orang lain dan sebagai peringatan kepada diri sendiri di kala terlupa nanti...

SOCIAL MEDICINE LECTURE

Nasihat daripada sesiapa sahaja
Sudah beberapa sesi lecture dan praktikal yg aku hadiri untuk subjek ni memberikan aku peringatan dan nasihat... Nasihat-nasihat yg meluncur keluar daripada lidah-lidah insan yang belum mengenal islam dan ALLAH (huhu...kena berusaha kenalkan mereka dgn islam dan ALLAH ni!) Betapa peringatan ALLAH itu bisa didapati daripada sesiapa pun...
Maka jangan pernah bersangka buruk kepada orang lain... Letakkan kerendahan hati untuk menerima peringatan daripada sesiapa sahaja...
Moga dengan itu, hati tidak kering mencari-cari peringatan yg disangka hanya dapat diperolehi daripada talk-talk atau bulatan-bulatan kecil (halaqah)...

Tetap pendirian
Minggu lepas, kami berbincang dalam kelas social medicine tentang tajuk 'euthanasia' atau kata mudahnya 'mercy killing'.
Bila kami membincangkan persoalan 'Siapa setuju euthanasia dijadikan suatu yg sah di sisi undang-undang?', aku rasa sangat kagum dengan pendirian seorang rakan. Dia menyatakan ketegasannya bahawa dia sangat-sangat menghargai jiwa (nyawa) manusia. Kita sebagai manusia lain tiada hak langsung untuk memberikan kematian kepada pesakit walaupun mereka mahukan kematian itu segera.

Kala ini, aku teringat...ALLAHlah yang Menghidupkan dan Mematikan...

Jadi, kenyataan yg dikeluarkannya sangat bertepatan dengan aqidah islam!!!

Aku terpukul sendiri kerana aku sendiri tiada pendirian yg kukuh tentang euthanasia ni... sedangkan aqidah islam sepatutnya memberikan aku peringatan tentang ini...

Ya, perbincangan ini bisa saja dilanjutkan lagi dengan merujuk kepada pendapat-pendapat mereka yang lebih ahli...

Cuma, aku terasa sangat diperingatkan tentang ALLAH yg Menghidup dan Mematikan!

ya ALLAH, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk ALLAH, Rabb seluruh alam...

Di pagi jumaat ini, saya ingin mengajak diri dan semua untuk sama-sama memeriahkan penghulu segala hari ni dengan membaca surah AL-Kahfi... mari sama2 hayati maksudnya dan terjemahkan dalam kehidupan seharian...

alhamdulillah, thank you ALLAH for giving me back the strength and feeling to write... missing this feeling for ages... (opss...hyperbolaaa)

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

3 comments:

  1. Salam mannasy...

    Mercy killing ialah tindakan menghabiskan nyawa pesakit yang tak boleh diselamatkan lagi dah dan sangat menderita dengan kesakitannya. Selalunya euthanasia dilakukan atas permintaan pesakit sendiri... Contohnya, mereka rasa sangat tak tahan dgn semua kesakitan, so mereka minta doktor utk hentikan life support machine...
    Cara lain, mungkin doktor akan berikan ubat yang beracun utk pesakit tu spy dia jadi lebih cepat teruk dan akhirnya mati...

    Jadi di situ, mungkin kelihatan ada sedikit campur tangan manusia lain dalam kematian manusia lain... Sebab doktor mestilah kena lakukan euthanasia tu dalam keadaan yang dia sedar... Kesnya lain jika doktor tersalah bagi ubat... Itu kesilapan bukan satu tindakan sedar...

    Ada beberapa negara telah menjadikan euthanasia ni suatu yg legalized; Belgium, Netherland, Luxemboug (kebanyakannya negara Eropah).

    ReplyDelete
  2. i see. jzkillah kheir utk penerangan. so ape pendapat cik siti psl ethanasia ni? rasenye x tercatat dalam post ni..

    mcm mane plak dgn 'mercy killing' di Msia?adakah ia dibenarkan undang2(manusia)?

    ReplyDelete