Sunday, February 13, 2011

Yang Teristimewa



Cinta dan kasih
Suatu perasaan terindah
Kurniaan ILAHI buat hambaNYA
Sebagai motivasi terhebat
Utk diri terus kukuh memegang taliNYA
Agar tidak tumbang dek deru jahiliyah
Agar tidak lemas dlm arus kegelapan

Sentiasa kusedari
Diri ini adalah hambaNYA
Yang sentiasa terikat pd kuasaNYA
Yang tak mampu melakukan semua yg kuingini
Tanpa izin dan kehendakNYA

Teringin sekali
Dapat selalu bersamamu
Dalam suka dan duka
Dalam tawa dan tangis

Teringin sekali
Menjadi pendengarmu yang paling setia
Menjadi teman bicara
Menemanimu mengharungi segala badai
Menjadi perisai drpd bahaya dan noda

Teringin sekali
Agar diri ini bisa bersama2 melangkah denganmu
Melangkah menuju cita2 tertinggi
Menggapai cintaNYA

Namun,
Jarak mungkin menjadi pemisah
Masa mungkin menjadi benteng
Semuanya atas kehendak dan ketentuanNYA

Lantas, kupasrah atas perpisahan sementara ini
Kerana hati akan terus berdoa
Untuk sebuah pertemuan di taman abadi..
Walau diri sedar
Betapa kerdilnya diri untuk menyimpan hasrat setinggi itu..

Ya ALLAH,
Aku kasihi hambaMU ini keranaMU, ya ALLAH
Kurniakanlah kami apa yg terbaik pd neracaMU, ya A'LIM
Kukuhkanlah ikatan hati kami kpdMU, ya RAHIM
Kuatkanlah kami dgn apa cara yg ENGKAU redhai, ya A'ZIZ
Sinarilah hati2 kami dgn cahayaMU setiap masa, ya ALLAH...

Kerana tiadalah makna kasih ini
Andai kasihMU tidak menaunginya...


p/s : utk semua yg kukasihi, jauh dan dekat, lama atau baru berkenalan... kpd yg teristimewa dlm hidupku... =)

Thursday, January 27, 2011

Baca dan Pena

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

Masih ingat lagi apa wahyu pertama ALLAH kpd Rasulullah SAW tercinta?

Al-'Alaq : 1-5
apakah signifikan wahyu pertama? ya, sgt signifikan kerana di situlah titik mula seruan ALLAH kepada manusia..titik mula yg akan menjadi 'turning point' kepada putaran paksi kehidupan manusia drpd jahiliyah kpd paksi islam. ini adalah titik yg sgt penting. titik perubahan atau garis sempadan antara ruang gelap dan ruang cahaya. antara ruang jahiliyah dan antara ruang hidayah islam.

ayat ini menyatakan seruan ALLAH kpd manusia agar membaca.
bagaimana harus kita membaca ? bacalah dgn nama Tuhanmu..
siapakah Tuhanmu itu? DIAlah Tuhan yg menciptakan.
cipta siapa? cipta manusia drpd segumpal darah.

bayangkan, dalam keadaan org2 quraisy yg ketika itu hidup bergelumang dgn penyembahan berhala, wahyu ALLAH turun utk menceritakan dan mengisytiharkan siapa Tuhan yg selayaknya disembah oleh manusia. dan pengisytiharan itu dimulakan dgn seruan utk membaca.

mengapa membaca?
kalau dilihat pd sejarah, masyarakat Quraisy yg didakwahi Nabi adalah masyarakat yg buta huruf. hanya beberapa org sahaja di kalangan org Quraisy Mekah ketika itu yg pandai membaca. antaranya ialah Umar al-Khattab. daripada wahyu pertama ini, ALLAH telah menyatakan kepentingan membaca sbg satu jambatan ilmu...dan ketika ini, ilmu terpenting yg harus diketahui adalah ilmu mengenal ALLAH.

betapa, pembangunan suatu tamadun itu juga terjadi dgn pembangunan tamadun ilmu dan dasar kpd perkembangan tamadun ilmu adalah membaca. ia adalah suatu gambaran bagaimana islam akan mengangkat tamadun kemanusiaan. satu petanda awal bahawa islam bukan hanya akan mengubah aqidah manusia yg caca marba kpd aqidah yg lurus, tetapi juga akan membangunkan kemanusiaan dan keilmuan. ini adalah bukti bahawa islam mahukan kemajuan tamadun ilmu.

masyarakat hari ini melihat ilmu suatu yg penting sehingga lahirlah beribu2 universiti dan sekolah2. pemerintah2 akan berfikir utk membina sekolah, memikirkan silibus2 kerana ingin membina modal insan yg akan menjadi tunggak kpd pembangunan sebuah negara. tanpa org2 yg berilmu pengetahuan, maka akan rendahlah martabat negara itu berbanding negara2 yg hebat keilmuannya; pd teknologi, penyelidikan, perubatan, kejuruteraan bahkan kesusasteraan...

nah, islam sejak awal penurunannya telah menyatakan kepentingan tamadun ilmu.

namun, harus diingat...ALLAH mengaitkan bacaan itu dgnNYA. semasa membaca, haruslah membaca dgn namaNYA. daripada suatu sudut, kita boleh mengatakan bahawa ALLAH menyeru kita utk memulakan bacaan itu dgn kalimah 'bismillah' = dengan nama ALLAH. lihatlah, seruan utk memulakan sesuatu perbuatan dgn menyebut namaNYA telah diseru dlm seruan terawal. maka, marilah kita sama2 mengamalkan membaca basmallah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan.
drpd sudut yg lain, ia adalah suatu peringatan ALLAH bahawa kita harus membaca dgn tujuan utk mengenal DIA, memahami dan menghayati asma' (nama) ALLAH. nama2NYA atau asma'NYA itu terpapar di hadapan mata seluruh manusia melalui ayat2NYA; kalamullah dan alam semesta. bacalah bait2 dan kalimah2 pd buku2 sains dan matematik yg kita baca utk kita melihat asma'NYA. supaya kita lebih kenal DIA dan akhirnya membuatkan kita rasa ingin mengikuti jalan yg membawa kita kpd keredhaanNYA.

dan ALLAH menggambarkan namaNYA yg perlu kita beri perhatian adalah al-Khaliq (yg menciptakan). setelah kita disuruh meluaskan horizon pemikiran dgn membaca dan menambah ilmu, kita diseru utk merenung diri. sedarlah bahawa diri kita ini adalah suatu ciptaan oleh Yang Maha Mencipta.

ini adalah suatu seruan kpd ALLAH di awal da'wah yg penuh hikmah. ditunjukkan kpd manusia bagaimana hendak memahami siapa dirinya di bumi ini, tujuan dia berada di bumi ini dan siapa yg telah menghantarnya ke bumi ini. suatu persoalan asas yg sebenarnya bermain2 di minda dan fikiran kita.

kenapa aku lahir ke dunia..
siapa yg decide utk aku tinggal di atas dunia ini...
apa yg aku kena buat di sini...

persoalan2 ini akan dijawab oleh ALLAH dlm ayat2NYA yg bakal turun selama 23 tahun yg memerlukan manusia utk membaca. bahkan, alQuran itu sendiri terdiri drpd huruf2 yg perlu dibaca...sehingga hari ini, walaupun tak pandai bahasa Arab, siapa jua yg bergelar muslim boleh mengetahui ayat2 ALLAH dgn membaca al-quran itu..sungguh, al-quran itu adalah mukjizat Nabi SAW yg masih kekal utk menjadi penunjuk jalan utk manusia mengenal ALLAH.

'Yang mengajar dgn pena. Yang mengajar manusia apa yg tidak mereka ketahui.'
mengapa pena? jika kita imbas kenangan di sekolah atau semasa kita sedang belajar, pasti ada guru di hadapan. apa yg guru pegang utk mengajar kita? kapur tulis atau marker pen kan? utk ajar apa? apa yg murid2 tak tahu.
di sini, tergambar keindahan pemilihan kata olehNYA. guru atau pendidik pastinya dikaitkan dgn pena. anak murid pegang pen juga tp bukan sbg pengajar, tp sebagai org yg belajar...setelah menyalin, haruslah diikuti pula dgn pembacaan agar ilmu yg disampaikan itu diingati, difahami dan diamalkan.

sekali lagi, harus diingat...siapakah yg mengajar? Rabbil a'lamin...Tuhan sekalian alam, ALLAH.
ini suatu tanda bahawa manusia itu akan sgt2 bergantung kpdNYA utk memahami alam ciptaanNYA. tp, di sini ALLAH memfokuskan kpd penciptaan manusia itu sendiri... awal2 wahyu, DIA ceritakan bahawa DIAlah yg menciptakan manusia drpd segumpal darah. ini utk menggambarkan seruan; renunglah ke dalam dirimu sebelum engkau meneroka keluasan ilmu ALLAH di alam semesta..juga satu seruan bahawa, engkau dan alam ini adalah makhluk yg diciptakan.

sungguh, ini adalah satu seruan yg begitu mendasar, begitu fundamental, begitu asasi. seolah2 seruan ALLAH itu benar2 menuju kpd nukleus dan core seorg manusia itu.
masyaALLAH, ALLAH telah memilih satu titik yg cukup besar ertinya sebagai suatu permulaan utk mengajak manusia kpdNYA!

lantaran itu, marilah kita sama2 merenung dan beramal dgn wahyu pertama ini...insyaALLAH, step pertama utk beramal dgn ayat ini adalah dgn menghafalnya! ayuh beramal!

p/s : mari sama2 berusaha menguasai tamadun ilmu yg pernah gah di bawah panji muslimin. bg yg belajar di luar negara, bersungguhlah menguasai ilmu utk dibawa pulang ke tanah air muslimin. yg belajar di negara sendiri, bersungguhlah utk membangunkan tamadun ilmu di negara anda. di mana jua kita belajar dan menuntut ilmu, kita tahu matlamatnya ialah agar panji islam kembali berkibar di seluruh dunia...sedar tak sedar, kita sedang menyahut seruan iqra' ini tp adakah kita benar2 jelas bahawa ilmu2 ini kita ingin gunakan utk membawa manusia tunduk kpd ALLAH semata2!

doakan saya dan rakan2 yg sedang dlm minggu peperiksaan.. =)

Friday, December 17, 2010

Saljuuu

Sesungguhnya, nikmat Allah buat hambaNYA itu sgt indah. Dan hari ini, hati saya disentuhNYA.

Apa perasaan anda bila melihat salji turun? Best? tensi?

Hari ini, saya ada date dgn kawan2 se-Olomouc saya (satu batch...girlz only.. ;p )

Kami makan2 dulu kat restoran di centrum...dah lama gak la tak makan sama2...Habis makan, nak gerak ke gelanggang...nak langkah kaki keluar....nampak butir2 putih...apakah itu???



salji!!! oh...subhanallah!!!
tatkala itu, memori lama mengetuk... ketika itu, kami...aku dan teman2ku ini bertemu... makan2 bersama2... habis makan, buka tingkap...aaaa!!! salji!!!

masyaALLAH...indah sungguh perasaan itu!!!

saat itu, hati ini berfikir...butiran salji ini seperti titis hujan di tanah air, tp kenapa ALLAH kurniakan daku satu perasaan seronok yg luar biasa bila salji turun?tak bersyukurkah diri ini?

aku berfikir dan terus mentafsir perasaan hati...baru kusedar...inilah ukhwah...dan jika sebuah kisah kasih mempunyai trade marknya, trade mark ukhwah kami adalah salji! subhanallah!!!

mgkn mereka juga tidak mengerti detik rasa ini...namun, sungguh, perasaan ini benar2 indah...the moment was really special...cant describe it with words... seriously, tak tahu nak cerita camne...

dan yg menambahkan indahnya perasaan ini ialah, kerana aku terfikir, bahawa aku pernah terlupa akan wujudnya perasaan itu dlm hatiku...hari ini, ALLAH detikkan kembali perasaan itu dlm hatiku...alhamdulillah...ALLAHU AKBAR!!! DIAlah sebaik2 pemberi kurnia! memberikan tanpa putus kepada semua hamba2NYA..

teringat, masa mula2 salji turun winter kali ni...aku rasa nak nangis...tak tahu kenapa...mencari2 di mana indahnya salji yg turun ini...

alhamdulillah 3x...inilah...inilah dia indahnya salju..terima kasih kawan2...kerana menyerikan hari2 saya...salji itu drpd ALLAH...kawan2 saya juga drpd DIA yg Maha Penyayang...
Maka, ENGKAUlah yg paling berhak menerima perasaan sayang diri yg kerdil ini, ya RABB!

Kurniakanlah kami kekuatan utk mencintaiMU mengatasi cinta kami kpd yg lain, ya ALLAH..

sesungguhnya, tiada yg tidak indah pada ciptaanNYA. namun, lain org lain perasaan yg ALLAH kurniakan utk setiap ciptaanNYA itu...semoga kita menjadi hamba yg bersyukur atas segala yg dikurniakanNYA kepada kita...insyaALLAH...


sedingin salju yg membuat insan kian erat berpaut pd teman di sebelah,
smg ukhwah ini juga mampu membuat hati2 kita makin erat kepadaNYA..

seputih salju yg berkemilau sehingga bisa menyilau pandangan,
smg ukhwah ini juga mampu memancarkan sinarnya sehingga semua tahu betapa indahnya ukhwah kerana ALLAH..


p/s : ukhwah fillah... smg ukhwah ini berkekalan ke syurgaNYA.. (bercinta smp ke syurga ~cam tajuk buku ustaz hasrizal~~)

Monday, December 6, 2010

Kamera Hati




Subhanallah...Maha Suci ALLAH..
Allahu akbar! ALLAH Maha Besar

Sungguh indah alam ciptaan ALLAH yg terbentang di depan mata kita. Alhamdulillah, peluang yg ALLAH berikan utk berpijak di bumi Eropah ini menambahkan lagi kekagumanku kpd kehebatan dan kebesaranNYA.

Dalam setiap musafirku di sekitar 3 lokaliti di Republik Czech ini (Prague, Hradec Kralove, Olomouc), hatiku tak pernah bosan memerhatikan kiri kanan perjalananku.

Bila melihat org lain yg memiliki kamera canggih, hatiku sering dibisik cemburu. Namun, alhamdulillah, kini aku mempunyai sebuah telefon bimbit yg ada kamera..alhamdulillah, walaupun kamera biasa2 jer...

Pemandangan di atas kurakam dgn penuh rasa gembira dan excited. ALLAH lebih mengetahui apakah yg membuatku rasa segembira itu. Mgkn kerana aku ingin apa yg kulihat bisa dilihat juga oleh insan2 tersayang yg jauh dari mata.



MasyaALLAH...ya, itu bisa kulakukan...namun, perasaan ketika melihat keindahan itu, mampukah mereka rasakan?

pd saat itu, aku benar2 rasa bersyukur kpdNYA. bersyukur kerana diberikan perasaan ini, perasaan gembira dan kagum dgn keindahan alam ciptaanNYA. kerana, bisa jadi, ada manusia yg melihat keindahan yg sama tetapi tiada perasaan istimewa yg lahir dr jiwanya.

saat itu juga aku terfikir...betapa mata ini adalah kamera terbaik, perakam terbaik akan segala keindahan yg kita lihat.

kamera di telefon bimbitku itu takkan pernah mampu menandingi mata yg melihat kebesaranMU secara live itu!

sungguh, benarkah jiwa ini mensyukuri nikmatMU?

(55:13)

Tuesday, November 16, 2010

Takbir KebesaranMU

Allahu akbar... allahu akbar... allahu akbar
La ilaha illallah, huwallahu akbar
allahu akbar walillahil hamd

ya ALLAH,
menjelma lagi hari ini...
sbg salah satu nikmatMU
buat hamba2MU yg kerdil dan hina

istimewa sungguh hari2 ini...
aidiladha...
disambung pula oleh hari2 tasyrik..
hari2 yg disyariatkan utk memperbanyak takbir
membesarkanMU ya Rabb
merasai kekerdilan diri
menghadirkan hati
membuka hati
utk merasai kehebatanMU
yg terbentang di depan mata
dan terkandung dalam diri...

hari ini,
bukan hari biasa...
kerana kita diperingatkan ttg pengorbanan seorg hamba
hamba yg begitu dalam cintanya kpd Rabbnya
shg sanggup melakukan apa sahaja demiNYA...

bagaimana kita?
sudahkah ketaqwaan kpdNYA merajai jiwa sehingga apa sahaja sanggup kita lakukan demi menggapai kasih dan redhaNYA?
sudahkah kebesaranNYA menggetarkan hati2 kita sehingga tak sanggup lagi tubuh melakukan sesuatu yg bertentangan dgn perintahNYA?
sanggupkah kita mengorbankan perasaan dan kehendak demi mencapai cintaNYA?

hati, teruslah hidup dalam mengatur langkah kembali kpd Tuhanmu...
ya A'ziz, guide me...insyaALLAH...

Friday, November 12, 2010

payahnya menjaga hati



Hati,
adalah bejana ILAHI
buat menakung hidayahNYA
menjadi sumber 'driving force' utk merealisasikan apa yg dirasakan mustahil...

Raja yg mampu membuat keputusan
Sehingga seluruh anggota tubuh melakukannya dgn patuh
andai bukan dgn rela, dgn paksa..

kerana hati itu, sahabatnya ialah perasaan..

perasaan itu adakalanya bisa taat dan bisa juga tidak
jika perasaan itu tidak dididik dan dibersihkan drpd yg kotor
maka ia akan tunduk pada al-hawa'
sehingga menjadikan insan lupa pd Rabbnya
sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja
apa sahaja yg menggembirakan sang hawa'
sehingga mengenepikan ketaatan kpd Rabbnya

astaghfirullahal a'zhim 3x

Hati itu...makanannya ialah zikrullah
Basahkanlah hati2 kita dgn ingatan yg kudus dan berterusan kpdNYA
sehingga hati akan menolak utk menerima ajakan2 duniawi yg kering...

agar hati sehijau rumput di musim bunga
jgn sampai kering bak dedaunan gugur di musim luruh

adakalanya, hati terleka dan terlupa. terlupa pd yg sgt dekat dgnnya, bahkan lebih dekat drpd urat lehernya...sehingga apa yg dilakukannya itu tidak disedari telah menimbulkan kemurkaan ALLAH yg sgt dekat.

kata2 kebaikan ditampal pd niat yg sebenarnya tiada langsung kerana ALLAH. atau menampal nama ALLAH pd kehendak yg ingin dipenuhi...

adakalanya, terasa dan terfikir...mengapakah hati ini masih lagi belum terdidik dan mampu dijaga dgn keimanan? aaahhh...mudah sahaja... kerana iman masih belum kukuh...

berhati2lah menjaga hati... <3

Thursday, November 11, 2010

Teristimewa Sentiasa

Siapakah insan istimewa dalam hidup anda?

Saya baru disedarkan bahawa ada seorg insan yg sungguh2 istimewa... mmg sgt istimewa...

Hadirnya tak pernah sia-sia, membawa rahmat terbesar buat yg dekat dan jauh...rahmat buat yg bersamanya atau yg tidak..

Senyumnya mendamaikan, tingkahnya sungguh lembut dan menyenangkan..menyakitkan hati dan mencederakan, jauh sekali drpd kamus hidupnya.

penunjuk jalan kpd kebaikan dunia dan akhirat...kasih ALLAH buatnya telah meletakkannya pd tempat yg mulia, walau masa hidupnya ditempelak dan dicaci oleh sang pendusta.

penyair, ahli sihir, org gila, batara(org yg terputus keturunan) dan lain2... kebenaran yg diseru dibalas dgn kata nista..

namun, cinta dan kasihnya utk org yg diseru tak pernah surut... sehingga doanya kpd Yang Maha Perkasa ialah 'ampunkan mereka ya ALLAH, mereka kaum yg tidak mengetahui.'

Rasulullah,
Dikau insan teristimewa, dulu kini dan selamanya...
Akanku junjung seruanmu,
Akanku amalkan sunnahmu,
Akanku ulangi sebutan namamu dalam hariku,
INSYA ALLAH...

ayuh teman2..mari bersama mengenal dan menjiwai sirah baginda kerana di dalamnya terkandung mutiara kehidupan yg terlalu berharga utk kita insan biasa ini...ayuh sholawatan! insyaALLAH