Tuesday, January 28, 2014

ODOJ-Ceska

Bismillahirrahmanirraheem


INSPIRASI
Subhanallah, kagum dgn usaha saudara kita yang sama-sama nak ajak kita mendekati al-Quran dengan kempen One Day One Juzuk! Saya ambil masa beberapa ketika untuk menghadam dan memahami kenapa perlu menyertai wave ni.. And iA, I found my answer and the reason why I should be part of the wave.. 

Pertama kali mendengar tentang membaca Quran sejuzuk sehari ialah ketika mendapat taujih "Ghazwul Fikr". Muwajjih ketika itu menembak kami dengan soalan; 

Berapa lama anda ambil masa utk khatam Quran? Sebulan? 
Oh, xde org angkat tangan.. 
Mungkin 27 hari? 
Senyap.. 
15 hari? 
...krik..krik.. 

Memang ada hadis kan pasal ni? 
Dari Abdullah bin Amru bin Ash, dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam beliau berkata, "Puasalah tiga hari dalam satu bulan." Aku berkata, "Aku mampu untuk lebih banyak dari itu, wahai Rasulullah." Namun beliau tetap melarang, hingga akhirnya beliau mengatakan, "Puasalah sehari dan berbukalah sehari, dan bacalah Al-Qur'an (khatamkanlah) dalam sebulan." Aku berkata, "Aku mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah?" Beliau terus melarang hingga batas tiga hari. (HR. Bukhari)

Apakah perasaan kita membaca hadis ini? 
Saya bukannya macam sahabat Nabi yang berdialog dengan Nabi tu.. Dia confident dia mampu buat lebih baik daripada apa yang Nabi suruh.. 
Emmm.. tinggi suruhan Nabi nih.. 
Sehari satu juzuk? Wuwuwu.. Nak baca half page pun menangis.. (ok.. ni cam exaggerated :D )

Ini semua mungkin bermain di minda kita.. Tapi, apakah perasaan kita terhadap seruan Nabi ini? 
Apa perasaan kita bila seorang yg kita sayang mengatakan sesuatu kepada kita? Kalaupun kita rasa tak mampu nak buat apa yg dia minta somehow kita akan kata; Saya akan cuba, demi awak.. (Aiwah)

Bahkan bukan hanya kasih sayang yang mengikat kita dengan seruan baginda SAW ini.. Syahadah kita menuntut kita mengikuti apa yang Nabi ajarkan; iaitu pada 'Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.' 
Kata kuncinya di sini ialah ittiba'. Ittiba' lawannya bida'ah.. 
In short, if we follow this sunnah, we are leaving bidaah (because we are approaching the sunnah,ittiba')  
-ofkos, mengikuti sunnah baginda dan mengamalkan islam ini bukan dgn paksaan kan? harus lahir dari kerelaan dan keinginan yg tinggi serta kemampuan untuk menunaikannya dalam hidup kita.. cuma, kadang2 kita yg memandang rendah kemampuan kita.. cuma, kadang2 kita menekan (baca:suppress) keinginan kita dgn keinginan pd bnda lain.. cuma kadang2 kita membiarkan kerelaan ditutup oleh perasaan-perasaan malas etc.. -

Maka, bagi saya ini bukan cerita dapat khatam Quran dalam sebulan sahaja atau ke arah mencetak diri menjadi generasi al-Quran semata-mata, bahkan ia sebenarnya membawa kita selangkah mendekati ALLAH mengikut sunnah yg baginda SAW ajarkan.. Seeing it as through zoom-in sometimes makes us feel closer to something, no? (I think so.. hihi) 

Selain itu, sy sangat tersentuh dengan tulisan di sini;

Ketika kita masih merasa berat menyentuh dan membaca Al Quran ini dikarenakan masalah utama yang harus dicarikan solusi oleh kita semua kaum muslimin. Sebab-sebab itu di antaranya:
  • Perasaan menganggap sepele tentang keutamaan membaca Al-Qur'an
  • Lemah wawasan ber Al-Qur'an
  • Tidak memiliki waktu yang wajib/target khusus untuk berinteraksi dengan Al Quran
  • Lemahnya keinginan untuk bertilawah
  • Terbawa lingkungan yang jauh dari Al-Qur'an
  • Tidak tertarik dengan majelis yang menghidupkan Al Quran.
Untuk menanggulangi sederetan masalah diperlukan solusi dan kiat-kiat khusus di antaranya:
  • Lancarkan bacaan yaitu dengan belajar secara talaqqi, dan sering tilawah, meski masih terbata-bata (muraja'ah = membaca berulang hingga benar) karena dalam hadits dikatakan "Orang yang mahir dengan Al-Qur'an akan bersama para malaikat yang mulia dan taat, dan orang yang terbata-bata serta merasa kesulitan, maka ia mendapatkan dua pahala (pahala membaca dan pahala semangat membaca)" (HR Muslim).
  • Tingkatkan wawasan ber Al-Qur'an, dengan sering-sering menghadiri majelis-majelis ilmu yang menghidupkan Al-Qur'an.
  • Jadikan waktu khusus (target harian) untuk tilawah, anggap utang jika tidak memenuhi target dan bayarlah (qodo'), pada hari berikutnya.
  • Berdoalah pada Allah agar dimudahkan dan diringankan untuk mempunyai waktu khusus membaca, merenungi bahkan menghafal Al-Qur'an
  • Perbanyak amal shalih karena amal shalih merupakan energy baru untuk amal shalih berikutnya.
  • Banyak-banyak bergaul dengan orang-orang shalih yang menghidupkan dan dekat dengan Al Quran.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/03/28/19599/one-day-one-juz/#ixzz2rYPDouiR 


KITA KENA JOIN!
Kerana itulah, saya merasakan satu kerugian yang besar jika kita tidak memviralkan wave/kempen ni! (mgkn dh ramai pun yg join kempen ni.. sy je yg ketinggalan..) 

Siapa yg dialu-alukan masuk group ODOJ ni?
  1. yg mmg aim nak habiskan satu juzuk sehari
  2. yg teringin tp rasa xmampu - utk anda, boleh cari pair.. mintak kawan baca separuh, awak baca separuh.. atau nak buat triplet pun boleyh~ (sikit2 lama2 jadi bukit..)
  3. yg nak join later sbb skrg tak mampu nak beri komitmen lg.. 
Sooooo... who's in? 
Boleh pm saya di fb ; Siti Shafarwati Haji Fuaid (Siti Hikmah) dan tulis; ODOJ-Ceska; I'm in! 

p/s: mekanism pelaksanaan akan dimaklumkan nanti (kpd yg berminat).

Semoga ALLAH mudahkan jalan-jalan kita menuju kebaikan yang disukaiNYA.. 

Tawakkalna a'lallah. 

p/s/s: harapnya pioneer ODOJ xmarah sbb kami akan ubah sikit pelaksanaannya.. above all, semoga ALLAH redha.. 

#ODOJ-Selangkah menuju puncak cintaNYA#

Sunday, January 19, 2014

Salah Siapa?

 "Kau yang bersalah dalam hal ni! Sedar tak betapa teruknya apa yang kau dah buat ni?"

"Apahal pulak aku yang salah? Kau tak sedar pulak apa yg kau buat kat aku? Kau rasa kau sorang je yang betul."

p/s: Jangan tiru dialog di atas dalam real life.

Sedar tak sedar, apabila berlaku sesuatu yang kurang kita senangi kita sering menuding jari kepada orang lain. Mudah sekali kita melihat kesalahan dan kelemahan orang lain sehingga kita meletakkan sepenuh tanggungjawab untuk keburukan itu kepada mereka.

Perlu kita lihat dalam-dalam, bahawa ketika jari telunjuk kita menuding ke arah orang lain empat jari kita yang lain menunjuk ke arah diri kita.
[Eh.. Lepas ni kalau nak tuding jari guna kelima-lima jarilah?!  (?_?)  ]
Eh bukan bukan! (=_=')
Point besar daripada situasi ini ialah; muhasabah diri > menilai kesilapan orang

Ketika kita melihat dengan jelasnya bahawa seseorang itu telah berbuat satu kesilapan, harus timbul perasaan kasihan atau simpati. Allah melarang kita bersangka-sangka (zhon). Kita harus sedar bahawa sebenarnya tidak tahu kenapa dia berbuat kesilapan itu. Mungkin sahaja dia tidak tahu bahawa itu salah. Mungkin juga dia terhanyut oleh emosi dan nafsu amarah. Mungkin juga dia telah dipaksa oleh orang lain. Mungkin juga orang lain yang mengenakan atau cuba memfitnahnya.

Ketika itu juga kita harus memuhasabah diri; takut-takut kesilapan yang dilakukannya itu adalah kerana ada kesilapan yang kita mulakan atau kerana kita sendiri tidak pernah memberi nasihat atau mengajarkan yang betul kepadanya.

Apa sebaiknya kita lakukan ketika kita telah melihat kesalahan itu?
Bertanyalah kepada empunya diri, berhadapanlah  dengannya. Bahasa omputihnya; confront..
Pozor! Harus ada hati yang lapang dan tiada prasangka ketika berkonfrontasi kerana prasangka akan menyekat kita dan dia daripada mencari punca dan penyelesaian.

Setiap masalah sepatutnya kita hadapi dengan bijak. Bebaskan masalah tersebut daripada pengaruh-pengaruh keegoan, keemoan, kemarahan, kedendaman kerana itu semua akan menyekat proses menuju keamanan (peace!).

Namun, tidaklah semudah itu kita nak berlapang dada, bersabar, bersangka baik ketika kesalahan itu menggugat maruah kita atau nama baik kita. Jadi, di sini perlu ditambah elemen 'masa bertenang'.

Masa bertenang ni sangat-sangat penting kerana emosi yang celaru akan mengaburi rasional fikiran menyebabkan semua rasional jadi haru-biru. Masa itu sebahagian daripada penyembuhan. Semua orang perlukan masa untuk kembali rasional setelah emosinya terganggu, cuma ada yang cepat ada yang lambat. Itu sangat individual, jadi kita harus belajar menghormati hak individu ini.

Masa bertenang ni kenalah dibuat betul-betul! Jangan masa bertenang pun ada 'bom-bom kata' yang dilemparkan di mana-mana (blog, fb, twitter, kawan-kawan etc). Tangguhkan dahulu 'penghantaran' bom-bom tersebut sebab kita perlu melihat ke dalam diri kita dahulu (aka muhasabah diri). Takut-takut nanti bom yang dihantar akan berpatah balik kepada diri sendiri.. Huhu.. Jadi, perlu diingat, penangguhan pengeboman ini adalah untuk keselamatan diri kita sendiri. Takut-takut ia menjadi suatu yang menampakkan kelemahan kita atau sesuatu yang akhirnya merosakkan diri kita.

Jadi, masa bertenang ni manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk cuba kenal diri, untuk berdoa agar solusi terbaik akan ditemui yang akhirnya akan membuat kita boleh senyum bahagia setiap masa!
[Kalau sorang-sorang takut pula orang kata 'something wrong budak ni', so kalau sorang-sorang senyum dalam hati je lah eh~]
Bukan apa, sebab persengketaan adalah keserabutan pada jiwa. Pergaduhan adalah kesempitan pada perasaan.. Betul kan?? Bila rasa tak puas hati kat seseorang atau kat sesuatu, lalu je tepi dia atau benda tu mesti jadi tachycardia dan dyspnea. Haa.. Kesian kat lung & heart~! Kalau happy, kan boleh bernafas dengan tenang dan jantung berdegup dengan ceria~! [(>_^) ]

Elakkan guna masa bertenang ni untuk mencari dan meneliti kesalahan orang..

Above all, kesabaranlah kunci utama dalam kita menghadapi perasaan-perasaan begini! Kita makhluk sosial, yang tak bisa hidup sendiri. Perlu bermasyarakat dalam masyarakat yang berbagai ragamnya [banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam].

Jadi, banyakkkkkkk sangat kesabaran yang kena ada dalam jiwa sebab kita semua kan tak sama. [each of us is unique,ma] Bila tak sama, pasti ada pergeseran yang mungkin timbul. Tapi, orang tu lah yang kita kena jumpa setiap hari, setiap minggu.

Lantas, apa yang perlu ialah ; Terima je laaaa.. Dah dia memang camtu! [Terima seadanya]

Eh eh.. Tapi kalau 'camtu' tu suatu yang buruk di sisi agama dan bertentangan dengan prinsip kebenaran, kita kenalah cuba betulkan. Nak betulkan tu kenalah dengan berhikmah, insyaALLAH!

InsyaALLAH, indah kan bagaimana Islam ajar kita untuk bermasyarakat? Sabar atas sabar. Nabi pun pernah bersabda bahawa bersabar dalam berinteraksi dengan orang lain lebih baik daripada mengasingkan diri daripada orang lain.

Haa.. Satu benda yang saya ambil ibrah daripada kisah infection dengan kanak-kanak ialah kita tak perlu salahkan yang buruk sebab ada kebaikan yang ia bawa. (Eh cane?)
Kerana infectionlah imuniti kanak-kanak terbina! Maksudnya, specific immunity pd kanak-kanak tu memerlukan exposure kpd those microbes~ Walla!

Kan betul ALLAH kata, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia (Ali-Imraan: 191)?
Pada suatu yang kita rasa tak baik, ada kebaikan lain yang diberikan oleh ALLAH.

Nak katanya; kalau kita iA ada akhlak yang baik, kita perlulah bersabar dengan orang yang akhlaknya kurang baik sebab dengan kesabaran itulah orang yang kurang baik akhlaknya itu boleh belajar memperbaiki kekurangan dirinya. Sedang orang yang kurang baik akhlaknya itu pula harus disedarkan bahawa dia perlu membetulkan apa yang salah dan baiki apa yang kurang.

Secara kesimpulannya, kita semua sedang belajar untuk hidup bersama di dalam dunia yang satu, yang ALLAH sediakan untuk kita. Tak perlu salahkan orang lain atau merasa diri lebih baik. Yang utama adalah kita menyedari bahawa kita sedang diuji oleh ALLAH, diuji siapa yang terbaik amalnya dalam apa jua keadaan yang ALLAH berikan kepadanya. (Al-Mulk:2)

#salah siapa? U salah.. I la salah.. ehmmm.. mgkn syaiton yg salah??#

Tuesday, December 10, 2013

Tunduk Kepada Sebuah Ketentuan


Bismillahirrahmanirraheem

Jalan cerita hidup kita, ketentuan pencipta kita.. 


Menjadi hambaNYA, bukan hanya pada ketika meletakkan dahi ke bumi dalam sujud atau ketika menahan diri daripada lapar dan dahaga atau ketika tangan menghulurkan sebahagian wang untuk membayar zakat atau ketika dalam ihram melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Bahkan hakikat kehambaan itu menuntut seluruh kehidupan, jiwa raga, ligat fikir agar berorientasi hanya untuk tunduk kepadaNYA. 

Dan sungguh, setiap hari DIA akan mengajar kita sesuatu. Tidak lain, hanyalah untuk menjadikan kita semakin hari semakin tunduk kepadaNYA. 

Allahu!

Kadangkala, diri ini lupa. Lupa bahawa pabila lidah telah melakar janji bahawa DIAlah Tuhanku, aku sepatutnya menyerahkan semuanya kepada DIA. Serahkan cinta kepada DIA, serahkan rindu hanya untukNYA, serahkan kegembiraan hanya untuk mencari redhaNYA, serahkan keputusan hidup untuk DIA tentukan.. Dan banyak lagi penyerahan diri yang perlu dilakukan dalam langkah kita untuk berusaha benar-benar menjadi hambaNYA. Dan sungguh, aku masih belajar. 

Terlupa aku, ketika mengeluh akan kurniaanNYA yang kurasa tak sebaik kurniaan DIA untuk orang lain. 
Bahawa aku harus tunduk dengan penyusunan dan ketetapanNYA atas diriku.

Dan pabila DIA mengirimkan peringatanNYA melalui kejadian-kejadian di sekelilingku, barulah kusedari bahawa aku telah sekian kalinya mempersoalkan penyusunanNYA. 

ya ALLAH, terima kasih atas rahmatMU, masih sudi mengetuk hati ini dengan peringatanMU. Masih memberikanku rasa sensitif yang membuat daku sedar aku harus menjadi seperti temanku yang kau kirim sebagai peringatan. Dia hambaMU yang tunduk kepada ketentuanMU walaupun dirinya terasa tidak menyukai apa yang harus dilalui. Hanya keimanan kepadaMU dan perasaannya yang mendamba bimbinganMU itu, menguatkan hatinya menempuh jua apa yang sebenarnya berat untuk dia laksanakan. 

Sedang aku, bahkan merungut tatkala ketentuanMU tidak berpihak kepada keinginan dan harapanku. 

Allahu.. 

Masih terlalu lemah, terlalu rapuh keyakinanku kepada aturanMU untukku.. Dan tiadalah daya upayaku melainkan dengan rahmat dan bimbinganMU ya Rabb. 

p/s: Sungguh, kalam ini kuluah ketika diri masih rapuh membuktikannya dengan amal. Cuma mengharap agar ini menjadi penguat untukku berdiri menanam keyakinan yang benar dalam hati dan dibuahkan oleh amal. 
Allahu.. menulis bukan hanya pada tinta tapi menuntut buktinya dalam diari hari. ya ALLAH, mudahkan diriku membuktikan keyakinan hatiku ini ya ALLAH.. semoga tidak menjadi hamba yang KAU murkai kerana tidak menunaikan apa yang dikata. (61:2-3) 

Sunday, December 1, 2013

H.A.Q

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Kalimah Al-Haq 
'La ilaha illallah'
 Kalimah yang terkandung dalam syahadah. Kalimah mulia yang menjadi gerbang keislaman. Bahkan kalimah ini menjadi sebutan yang diulang-ulang. Dalam seruan azan yang dilaung 5 kali sehari, setiap hari dan dalam lafaz tahiyyat setiap kali kita solat.

Kerana kalimah agung inilah Allah menciptakan alam ini. Menciptakan manusia dan mengutusnya sebagai hamba dan khalifah.
Bagi memastikan kalimah al-haq inilah yang akan tertegak di muka bumi, Dia utuskan Rasul kepada manusia dan menurunkan wahyu melalui kitabNya.
Kerana dunia ini adalah ujian untuk manusia samada mahu menunaikan hakNya iaitu mengesakan Dia, maka Dia menyediakan hari akhirat untuk memberi balasan syurga kepada yang menunaikan dan balasan neraka kepada yang ingkar.
Dan kerana kalimah inilah Dia menyediakan ujian-ujian agar manusia benar-benar tunduk kepada ketentuan dan pelaksanaanNya (qada' & qadar). Memurnikan seluruh kehidupan kita hanya untuk DIA, itulah yang sebenarnya kita perlu lakukan. Ibarat sehelai kain putih yang perlu dipelihara daripada tercemar oleh sebarang kotoran, kalimah al-Haq ini tuntutannya juga begitu.

Murnikan, bersihkan, hindarkan kotoran daripada mencemari aqidah hati,lafaz lidah dan amal perbuatan kita dengan sesuatu selain ALLAH.
Ayuh, cuba letakkan ALLAH pd takhta tertinggi dalam hati kita.
Fikirkan DIA dalam setiap langkah kita.
Harapkan bimbingan dan redhaNYA untuk setiap yang kita lakukan.
Semaikan rindu yang mekar dan cinta yang dalam kepadaNYA setiap saat dan ketika.

Semoga kita bernafas dalam hela syahadah ini dengan cinta yang sangat dalam kepada ALLAH!


 #baru mula memahami apakah natijahnya kalimah al-haq ini bila ia menjadi keyakinan dalam hati. ada banyak nak diluahkan tapi skrg ni semuanya tak mampu nak dilakarkan di sini.. iA, bila ilham datang akan sambung semula! ALLAH, Kau ilhamku~!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Friday, November 8, 2013

Hijau Selepas Hujan

Subhanallah, masyaALLAH.. Pemandangan yang indah. Bumi yang beberapa bulan lalu putih diselimuti salji kini menghijau dan berwarna-warni. Pepohon yang menghijau dengan berbagai tona, menyerikan bukit-bukau di kiri kanan landasan keretapi. Hamparan kuning yang menghias tambah mengindahkan. Langit nan biru berhias awanan bergumpalan. 

Pasti.. Pasti menimbulkan sebuah ketenangan yang cukup luar biasa.

Diberikan peluang olehNYA untuk melihat sendiri fenomena perubahan musim di tengah benua Eropah ini cukup menginsafkan jiwa. Dedaun berguguran di musim luruh untuk menyediakan tumbuhannya agar bisa terus hidup dalam musim sejuk yang kurang matahari dan suhu rendah. Setelah hujan turun memberikan bekal, lalu musim pun berubah. Musim sejuk melanda dan salji memenuhi bumi. Kadangkala turunnya banyak, kadangkala sedikit. Hujan lagi dan bunga-bunga mula tumbuh dan mekar di padang. Musim bunga pun tiba!

Sungguh, aku kagum pada DIA yang Maha Menciptakan, Maha Menghidupkan.

Tika itu, aku merenung kepada diri sendiri. DIA telah menghidupkan daku di bumiNYA. Alhamdulillah. 

Bahkan DIA telah memberikan daku sebuah pengertian kehidupan yang luar biasa istimewanya. Ketika DIA menyapaku dengan hidayahNYA.

Manusia diciptakan terdiri daripada fizikal dan rohani; jasad dan ruh. Tanpa ruh, tidaklah jasad manusia itu hidup. Untuk kehidupan kedua-keduanya ada keperluan yang perlu dipenuhi. Jasad perlukan makanan, kita tak mudah melupakan keperluan jasad tapi kita seringkali mengabaikan keperluan ruh. Pabila berbicara tentang kehidupan, teringatku kepada sepotong ayat yang bagiku mengandung makna yang sangat mendalam untuk dihayati.


Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Sungguh, seruan ILAHI melalui para RasulNYA iaitu agar manusia mengesakan DIA dan hidup mengikut syariatNYA adalah seruan yang akan menghidupkan manusia dengan erti hidup yang sebenar.

Tanpa kita sedar, meninggalkan syariatNYA akan menjadikan jiwa kita kosong dan kehilangan arah. Kita akan sentiasa cuba mencari bagaimana kita hendak mengisi kehidupan kita dan sekiranya kita tersalah membuat pilihan akhirnya akan kecundanglah kita. Akan hanyutlah kita dalam pujukan duniawi (anak,isteri,harta,pangkat dan kuasa etc) sehingga fitrah untuk tunduk kepada Tuhan yang Esa itu akan terkambus oleh keinginan hawa dalam diri.

Ibarat air yang menghidupkan tanah yang tandus sehingga menjadilah tanah itu subur dan mengeluarkan hasil yang bermanfaat, begitulah siraman hidayah ILAHI kepada hati-hati yang kosong. Semoga iman akan terisi dalam hati-hati kita agar kehidupan kita rasa terpandu dan bermatlamat kerana tanpanya akan gelaplah jalan hidup kita.

Percayalah, menyambut seruan ILAHI itu akan memberikan kita kehidupan. Hati kita akan mampu merasakannya. Jasad kita akan merasakan tenaga luar biasa untuk mentaati perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Namun, kebenaran dan kebatilan itu akan sentiasa bertentangan. Jadi, bersiap sedialah menghadapi bisikan syaitan dan godaan duniawi yang akan menarik-narik kita keluar daripada landasan kehidupan itu. 

Percayalah, tergelincirnya kita daripada landasan kehidupan itu akan melelahkan kita tanpa kita sedar, walaupun ia seolah memberikan kita suatu kepuasan. Mungkin jiwa kita tak merasakan lelahnya tetapi fitrah kita meronta dan tersiksa dengan keingkaran kita kepada DIA.

Ya ALLAH, semoga hati ini sentiasa kuat memilih untuk menyahut seruanMU yang menghidupkan. Tawakkalna a'lallah.

Saturday, June 29, 2013

Pendakian Hati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Sudah lamaku tidak mencoretkan kata di sini. Mungkin sedang mencari sesuatu untuk ditulis.

Ya benar. Ada sesuatu yang kuhilang dan sedang kucari semula.

Segalanya yang dulu menjadi cinta hatiku kini menjadi sesuatu yang menyesakkan dadaku. Semuanya terasa berat dan melelahkan.

Bagaimana bisa langkah jadi lelah dan anggota menjadi lemah dalam perjalanan yang sepatutnya menghubungkan diri dengan satu-satunya sumber kekuatan, yang tak mungkin bisa diraih dari yang lain? Ironi.. tapi itu biasa terjadi jika Dia menghendaki sebegitu.

Yang pasti, ini adalah ujian untukku. Dia sedang mengujiku dengan sebuah ujian yang kurasakan berat sekali. Sehingga kurasakan ia menarikku ke tingkat terbawah bumi. Jatuh, serendah-rendahnya. Sedang aku hilang kekuatan untuk mendaki semula ke permukaan. Lumpuh, tak berdaya.

Hilang kekuatan dan terasa tak mahu mencari kekuatan itu semula. Rasa marah, geram, kecewa menguasai akal dan diri sehingga segala nasihat jadi ibarat mencurah air ke daun keladi. Kusedari bahawa ini bukan yang sepatutnya tapi inilah yang kurasa mampu untuk lakukan; membiarkan diri dikuasai emosi sehingga suatu masa kuharapkan imanku pula yang akan berbicara. Aku tahu aku sedang ditewaskan. Arghh.. Sungguh mengecewakan.

Biarpun kubiar emosi menguasai, aku sebenarnya sedang cuba mencari jalan keluar daripada belenggu ini. Astaghfirullah3x... Jadilah aku hamba hawaku untuk beberapa waktu. Alangkah sedih!

Walau terasa payah dan lemah sekali, aku cuba menguatkan hati untuk membetulkan yg salah, memperbaiki yg kurang dan mengeratkan semula apa yg longgar.. Aku kutip sisa kekuatan yg ada, kususun semula semua yang dahulu rapi tapi berhamburan kerana ketewasanku. Pedih, perit.

Sering aku bertanya pd diri dan kepadaNya. Ke mana hilangnya diriku yg dahulu? Ke mana perginya kemanisan dan kekuatan yg diberi kepadaku suatu masa dulu?
Tidak ikhlaskah aku dahulu,ya Allah? Jauhkah aku sebenarnya selama ini dariMu? Jika ikhlasku tiada, apakah Engkau redha dan sudi menerima amalku selama ini?
Alangkah sedih! Besarnya kecewaku kpd diriku yg menempa murkaNya dalam topeng perjuangan.

Mungkin inilah pembersihan yg harus kulalui. Aku sgt berharap agar jatuhnya aku kali ini dapat membawaku makin dekat kepadaMu. Bukan menjauhkanku dariMu. Tolongku, ya Allah. Tetapkan hatiku dalam agama ini dan perjuangan ini dengan apa pun cara yang Kau sukai. Walaupun yg Kau sukai itu akan menjadi suatu yg amat berat dan sakit untukku. Kumohon kekuatan jua dariMu dan hilangkanlah segala rasa lemah menghadapinya.

Tetapkan hatiku berpegang pada sebuah janji sebagaimana mereka yang Kau sifatkan dalam kalam suciMu;

'Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.' Al-Quran (33:23)

Kerna kuharap aku benar2 bisa menjadi saksi yang membenarkanMu ya Allah.

Pilihlah aku menjadi daripada kalangan hambaMu yg Kau sifatkan dalam ayatMu itu,ya Rabb.

P/s: ya Allah, kurasa disayangi.. Terima kasih ya Allah..

Bila Diri https://www.youtube.com/watch?v=R7F4lrilPew&feature=youtube_gdata_player


 ^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Tuesday, May 21, 2013

Syukurilah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Renung kiri dan kanan; pakaian dalam beberapa almari, bantal dan katil yang selesa, pinggan mangkuk yang tersusun rapi di raknya, bilik mandi yang mewah dan berfungsi dengan baik.. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Renung ke dalam skrin telefon; telefon sentuh skrin, punya kamera cantik, mudah menghubungi keluarga yang jauh di mata dengan Skype yg ada dalam android. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Buka dompet; ada duit beberapa keping yang mencukupi untuk sebulan lebih belanja, ada kad diskaun untuk pasaraya-pasaraya, ada kad debit yang ada beberapa ribu matawang.

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Pejam mata; nampak ibu ayah dan adik-beradik, terbayang wajah sahabat-sahabat dan guru. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

ALLAHU AKBAR! Rupa-rupanya banyaaaaak sekali nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita untuk kita ... 
SYUKURI!

Kita sedar tak bahawa semua yang kita ada hari ini, tatkala ini adalah nikmat kurniaan ILAHI? 
Kalau belum tersedar, JOM rasainya! 

Katakan dengan lidahmu, kepada hati & fikirmu ; ALHAMDULILLAH, syukur ya ALLAH untuk semuuuuuuuuua nikmat yang ENGKAU kurniakan kepadaku! 

Eh, tapi ada lagi lah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita!!?

Oh? 

Yeszaaa.. Serius! 

Itulah IMAN dan ISLAM. 

ALLAHU AKBAR! 

Bagiku, iman & islam itu hanya benar-benar kurasakan sebagai sebuah nikmat kurniaan ILAHI adalah setelah daku berkenalan dengan cik TnD..

TnD?

oh..itulah Tarbiyah dan Dakwah.. 

Subhanallah! Rupanya TnD juga adalah nikmat ALLAH untukku! 

Ya, tidak pernah kuminta dikurniakan nikmat tarbiyah dan dakwah ini. 

Pernah saja hati ini berbolak-balik, rasa berat dan tak mampu. 
Namun, tadaburku pada ayat-ayatMU seringkali menarik hatiku yang cenderung untuk gelincir agar teguh berjalan di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini. 
Namun, sirah anbiya dan kisah sahabat seringkali mengejekku yang kadangkala jadi lemah. Tapi, selalunya kisah mereka buatku cemburu untuk jadi semurni,seikhlas,setegar hati mereka.
Namun, kata-kata hikmah para pejuang dalam tulisan-tulisan mereka sering membuat aku malu dan menjadikan aku teringin mengikuti langkah mereka.
Namun, insan-insan yang ENGKAU hantarkan untuk membawaku berkenalan denganMU di jalan tarbiyah dan dakwah ini tak pernah henti menghulurkan tangan mengajakku bersama mereka mengejar keredhaanMU di jalan ini. 

Sungguh, kedua-duanya juga adalah nikmat ALLAH untukku syukuri. YES, absolutely! Kena syukuri hadirnya kedua-dua nikmat ini dalam hidupku! 

MENSYUKURINYA
Untukku syukuri semua nikmat yang ALLAH kurniakan, aku tahu bukan hanya dengan kata-kata bahkan harus dibuktikan dengan perbuatan. 

Sujud syukurku untuk semua yang telah dikurniakan-NYA kepadaku.. Apa salahnya, untuk setiap hari bersujud syukur atas nikmat dakwah dan tarbiyah yang diberikan oleh ALLAH ini. 
JOM! *angkat kening 2x*

Bersungguh-sungguh merelakan diri ditarbiyah dan mentarbiyah, bersungguh-sungguh melaksanakan amal dakwah; ya, itu juga tanda syukur,insyaALLAH!

Mempertahankan keduanya di penjuruku adalah tanda syukurku. 

Dan masih banyak lagi yang perlu kulakukan untuk membuktikan syukurku.. (even yang telah cuba dilakukan pun masih terlalu banyak kekurangannya).

ya ALLAH, bantulah diri ini mensyukuri nikmat tarbiyah dan dakwah ini! 

ya ALLAH.. Di jalan ini aku berkenalan denganMU.. Tetapkan aku berjalan di jalan ini agar aku bisa meraih cintaMU..

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^