Tuesday, December 10, 2013

Tunduk Kepada Sebuah Ketentuan


Bismillahirrahmanirraheem

Jalan cerita hidup kita, ketentuan pencipta kita.. 


Menjadi hambaNYA, bukan hanya pada ketika meletakkan dahi ke bumi dalam sujud atau ketika menahan diri daripada lapar dan dahaga atau ketika tangan menghulurkan sebahagian wang untuk membayar zakat atau ketika dalam ihram melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Bahkan hakikat kehambaan itu menuntut seluruh kehidupan, jiwa raga, ligat fikir agar berorientasi hanya untuk tunduk kepadaNYA. 

Dan sungguh, setiap hari DIA akan mengajar kita sesuatu. Tidak lain, hanyalah untuk menjadikan kita semakin hari semakin tunduk kepadaNYA. 

Allahu!

Kadangkala, diri ini lupa. Lupa bahawa pabila lidah telah melakar janji bahawa DIAlah Tuhanku, aku sepatutnya menyerahkan semuanya kepada DIA. Serahkan cinta kepada DIA, serahkan rindu hanya untukNYA, serahkan kegembiraan hanya untuk mencari redhaNYA, serahkan keputusan hidup untuk DIA tentukan.. Dan banyak lagi penyerahan diri yang perlu dilakukan dalam langkah kita untuk berusaha benar-benar menjadi hambaNYA. Dan sungguh, aku masih belajar. 

Terlupa aku, ketika mengeluh akan kurniaanNYA yang kurasa tak sebaik kurniaan DIA untuk orang lain. 
Bahawa aku harus tunduk dengan penyusunan dan ketetapanNYA atas diriku.

Dan pabila DIA mengirimkan peringatanNYA melalui kejadian-kejadian di sekelilingku, barulah kusedari bahawa aku telah sekian kalinya mempersoalkan penyusunanNYA. 

ya ALLAH, terima kasih atas rahmatMU, masih sudi mengetuk hati ini dengan peringatanMU. Masih memberikanku rasa sensitif yang membuat daku sedar aku harus menjadi seperti temanku yang kau kirim sebagai peringatan. Dia hambaMU yang tunduk kepada ketentuanMU walaupun dirinya terasa tidak menyukai apa yang harus dilalui. Hanya keimanan kepadaMU dan perasaannya yang mendamba bimbinganMU itu, menguatkan hatinya menempuh jua apa yang sebenarnya berat untuk dia laksanakan. 

Sedang aku, bahkan merungut tatkala ketentuanMU tidak berpihak kepada keinginan dan harapanku. 

Allahu.. 

Masih terlalu lemah, terlalu rapuh keyakinanku kepada aturanMU untukku.. Dan tiadalah daya upayaku melainkan dengan rahmat dan bimbinganMU ya Rabb. 

p/s: Sungguh, kalam ini kuluah ketika diri masih rapuh membuktikannya dengan amal. Cuma mengharap agar ini menjadi penguat untukku berdiri menanam keyakinan yang benar dalam hati dan dibuahkan oleh amal. 
Allahu.. menulis bukan hanya pada tinta tapi menuntut buktinya dalam diari hari. ya ALLAH, mudahkan diriku membuktikan keyakinan hatiku ini ya ALLAH.. semoga tidak menjadi hamba yang KAU murkai kerana tidak menunaikan apa yang dikata. (61:2-3) 

Sunday, December 1, 2013

H.A.Q

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Kalimah Al-Haq 
'La ilaha illallah'
 Kalimah yang terkandung dalam syahadah. Kalimah mulia yang menjadi gerbang keislaman. Bahkan kalimah ini menjadi sebutan yang diulang-ulang. Dalam seruan azan yang dilaung 5 kali sehari, setiap hari dan dalam lafaz tahiyyat setiap kali kita solat.

Kerana kalimah agung inilah Allah menciptakan alam ini. Menciptakan manusia dan mengutusnya sebagai hamba dan khalifah.
Bagi memastikan kalimah al-haq inilah yang akan tertegak di muka bumi, Dia utuskan Rasul kepada manusia dan menurunkan wahyu melalui kitabNya.
Kerana dunia ini adalah ujian untuk manusia samada mahu menunaikan hakNya iaitu mengesakan Dia, maka Dia menyediakan hari akhirat untuk memberi balasan syurga kepada yang menunaikan dan balasan neraka kepada yang ingkar.
Dan kerana kalimah inilah Dia menyediakan ujian-ujian agar manusia benar-benar tunduk kepada ketentuan dan pelaksanaanNya (qada' & qadar). Memurnikan seluruh kehidupan kita hanya untuk DIA, itulah yang sebenarnya kita perlu lakukan. Ibarat sehelai kain putih yang perlu dipelihara daripada tercemar oleh sebarang kotoran, kalimah al-Haq ini tuntutannya juga begitu.

Murnikan, bersihkan, hindarkan kotoran daripada mencemari aqidah hati,lafaz lidah dan amal perbuatan kita dengan sesuatu selain ALLAH.
Ayuh, cuba letakkan ALLAH pd takhta tertinggi dalam hati kita.
Fikirkan DIA dalam setiap langkah kita.
Harapkan bimbingan dan redhaNYA untuk setiap yang kita lakukan.
Semaikan rindu yang mekar dan cinta yang dalam kepadaNYA setiap saat dan ketika.

Semoga kita bernafas dalam hela syahadah ini dengan cinta yang sangat dalam kepada ALLAH!


 #baru mula memahami apakah natijahnya kalimah al-haq ini bila ia menjadi keyakinan dalam hati. ada banyak nak diluahkan tapi skrg ni semuanya tak mampu nak dilakarkan di sini.. iA, bila ilham datang akan sambung semula! ALLAH, Kau ilhamku~!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Friday, November 8, 2013

Hijau Selepas Hujan

Subhanallah, masyaALLAH.. Pemandangan yang indah. Bumi yang beberapa bulan lalu putih diselimuti salji kini menghijau dan berwarna-warni. Pepohon yang menghijau dengan berbagai tona, menyerikan bukit-bukau di kiri kanan landasan keretapi. Hamparan kuning yang menghias tambah mengindahkan. Langit nan biru berhias awanan bergumpalan. 

Pasti.. Pasti menimbulkan sebuah ketenangan yang cukup luar biasa.

Diberikan peluang olehNYA untuk melihat sendiri fenomena perubahan musim di tengah benua Eropah ini cukup menginsafkan jiwa. Dedaun berguguran di musim luruh untuk menyediakan tumbuhannya agar bisa terus hidup dalam musim sejuk yang kurang matahari dan suhu rendah. Setelah hujan turun memberikan bekal, lalu musim pun berubah. Musim sejuk melanda dan salji memenuhi bumi. Kadangkala turunnya banyak, kadangkala sedikit. Hujan lagi dan bunga-bunga mula tumbuh dan mekar di padang. Musim bunga pun tiba!

Sungguh, aku kagum pada DIA yang Maha Menciptakan, Maha Menghidupkan.

Tika itu, aku merenung kepada diri sendiri. DIA telah menghidupkan daku di bumiNYA. Alhamdulillah. 

Bahkan DIA telah memberikan daku sebuah pengertian kehidupan yang luar biasa istimewanya. Ketika DIA menyapaku dengan hidayahNYA.

Manusia diciptakan terdiri daripada fizikal dan rohani; jasad dan ruh. Tanpa ruh, tidaklah jasad manusia itu hidup. Untuk kehidupan kedua-keduanya ada keperluan yang perlu dipenuhi. Jasad perlukan makanan, kita tak mudah melupakan keperluan jasad tapi kita seringkali mengabaikan keperluan ruh. Pabila berbicara tentang kehidupan, teringatku kepada sepotong ayat yang bagiku mengandung makna yang sangat mendalam untuk dihayati.


Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Sungguh, seruan ILAHI melalui para RasulNYA iaitu agar manusia mengesakan DIA dan hidup mengikut syariatNYA adalah seruan yang akan menghidupkan manusia dengan erti hidup yang sebenar.

Tanpa kita sedar, meninggalkan syariatNYA akan menjadikan jiwa kita kosong dan kehilangan arah. Kita akan sentiasa cuba mencari bagaimana kita hendak mengisi kehidupan kita dan sekiranya kita tersalah membuat pilihan akhirnya akan kecundanglah kita. Akan hanyutlah kita dalam pujukan duniawi (anak,isteri,harta,pangkat dan kuasa etc) sehingga fitrah untuk tunduk kepada Tuhan yang Esa itu akan terkambus oleh keinginan hawa dalam diri.

Ibarat air yang menghidupkan tanah yang tandus sehingga menjadilah tanah itu subur dan mengeluarkan hasil yang bermanfaat, begitulah siraman hidayah ILAHI kepada hati-hati yang kosong. Semoga iman akan terisi dalam hati-hati kita agar kehidupan kita rasa terpandu dan bermatlamat kerana tanpanya akan gelaplah jalan hidup kita.

Percayalah, menyambut seruan ILAHI itu akan memberikan kita kehidupan. Hati kita akan mampu merasakannya. Jasad kita akan merasakan tenaga luar biasa untuk mentaati perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Namun, kebenaran dan kebatilan itu akan sentiasa bertentangan. Jadi, bersiap sedialah menghadapi bisikan syaitan dan godaan duniawi yang akan menarik-narik kita keluar daripada landasan kehidupan itu. 

Percayalah, tergelincirnya kita daripada landasan kehidupan itu akan melelahkan kita tanpa kita sedar, walaupun ia seolah memberikan kita suatu kepuasan. Mungkin jiwa kita tak merasakan lelahnya tetapi fitrah kita meronta dan tersiksa dengan keingkaran kita kepada DIA.

Ya ALLAH, semoga hati ini sentiasa kuat memilih untuk menyahut seruanMU yang menghidupkan. Tawakkalna a'lallah.

Saturday, June 29, 2013

Pendakian Hati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Sudah lamaku tidak mencoretkan kata di sini. Mungkin sedang mencari sesuatu untuk ditulis.

Ya benar. Ada sesuatu yang kuhilang dan sedang kucari semula.

Segalanya yang dulu menjadi cinta hatiku kini menjadi sesuatu yang menyesakkan dadaku. Semuanya terasa berat dan melelahkan.

Bagaimana bisa langkah jadi lelah dan anggota menjadi lemah dalam perjalanan yang sepatutnya menghubungkan diri dengan satu-satunya sumber kekuatan, yang tak mungkin bisa diraih dari yang lain? Ironi.. tapi itu biasa terjadi jika Dia menghendaki sebegitu.

Yang pasti, ini adalah ujian untukku. Dia sedang mengujiku dengan sebuah ujian yang kurasakan berat sekali. Sehingga kurasakan ia menarikku ke tingkat terbawah bumi. Jatuh, serendah-rendahnya. Sedang aku hilang kekuatan untuk mendaki semula ke permukaan. Lumpuh, tak berdaya.

Hilang kekuatan dan terasa tak mahu mencari kekuatan itu semula. Rasa marah, geram, kecewa menguasai akal dan diri sehingga segala nasihat jadi ibarat mencurah air ke daun keladi. Kusedari bahawa ini bukan yang sepatutnya tapi inilah yang kurasa mampu untuk lakukan; membiarkan diri dikuasai emosi sehingga suatu masa kuharapkan imanku pula yang akan berbicara. Aku tahu aku sedang ditewaskan. Arghh.. Sungguh mengecewakan.

Biarpun kubiar emosi menguasai, aku sebenarnya sedang cuba mencari jalan keluar daripada belenggu ini. Astaghfirullah3x... Jadilah aku hamba hawaku untuk beberapa waktu. Alangkah sedih!

Walau terasa payah dan lemah sekali, aku cuba menguatkan hati untuk membetulkan yg salah, memperbaiki yg kurang dan mengeratkan semula apa yg longgar.. Aku kutip sisa kekuatan yg ada, kususun semula semua yang dahulu rapi tapi berhamburan kerana ketewasanku. Pedih, perit.

Sering aku bertanya pd diri dan kepadaNya. Ke mana hilangnya diriku yg dahulu? Ke mana perginya kemanisan dan kekuatan yg diberi kepadaku suatu masa dulu?
Tidak ikhlaskah aku dahulu,ya Allah? Jauhkah aku sebenarnya selama ini dariMu? Jika ikhlasku tiada, apakah Engkau redha dan sudi menerima amalku selama ini?
Alangkah sedih! Besarnya kecewaku kpd diriku yg menempa murkaNya dalam topeng perjuangan.

Mungkin inilah pembersihan yg harus kulalui. Aku sgt berharap agar jatuhnya aku kali ini dapat membawaku makin dekat kepadaMu. Bukan menjauhkanku dariMu. Tolongku, ya Allah. Tetapkan hatiku dalam agama ini dan perjuangan ini dengan apa pun cara yang Kau sukai. Walaupun yg Kau sukai itu akan menjadi suatu yg amat berat dan sakit untukku. Kumohon kekuatan jua dariMu dan hilangkanlah segala rasa lemah menghadapinya.

Tetapkan hatiku berpegang pada sebuah janji sebagaimana mereka yang Kau sifatkan dalam kalam suciMu;

'Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.' Al-Quran (33:23)

Kerna kuharap aku benar2 bisa menjadi saksi yang membenarkanMu ya Allah.

Pilihlah aku menjadi daripada kalangan hambaMu yg Kau sifatkan dalam ayatMu itu,ya Rabb.

P/s: ya Allah, kurasa disayangi.. Terima kasih ya Allah..

Bila Diri https://www.youtube.com/watch?v=R7F4lrilPew&feature=youtube_gdata_player


 ^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Tuesday, May 21, 2013

Syukurilah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Renung kiri dan kanan; pakaian dalam beberapa almari, bantal dan katil yang selesa, pinggan mangkuk yang tersusun rapi di raknya, bilik mandi yang mewah dan berfungsi dengan baik.. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Renung ke dalam skrin telefon; telefon sentuh skrin, punya kamera cantik, mudah menghubungi keluarga yang jauh di mata dengan Skype yg ada dalam android. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Buka dompet; ada duit beberapa keping yang mencukupi untuk sebulan lebih belanja, ada kad diskaun untuk pasaraya-pasaraya, ada kad debit yang ada beberapa ribu matawang.

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

Pejam mata; nampak ibu ayah dan adik-beradik, terbayang wajah sahabat-sahabat dan guru. 

Patut kata apa?
Alhamdulillah.. syukur lillah..

ALLAHU AKBAR! Rupa-rupanya banyaaaaak sekali nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita untuk kita ... 
SYUKURI!

Kita sedar tak bahawa semua yang kita ada hari ini, tatkala ini adalah nikmat kurniaan ILAHI? 
Kalau belum tersedar, JOM rasainya! 

Katakan dengan lidahmu, kepada hati & fikirmu ; ALHAMDULILLAH, syukur ya ALLAH untuk semuuuuuuuuua nikmat yang ENGKAU kurniakan kepadaku! 

Eh, tapi ada lagi lah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita!!?

Oh? 

Yeszaaa.. Serius! 

Itulah IMAN dan ISLAM. 

ALLAHU AKBAR! 

Bagiku, iman & islam itu hanya benar-benar kurasakan sebagai sebuah nikmat kurniaan ILAHI adalah setelah daku berkenalan dengan cik TnD..

TnD?

oh..itulah Tarbiyah dan Dakwah.. 

Subhanallah! Rupanya TnD juga adalah nikmat ALLAH untukku! 

Ya, tidak pernah kuminta dikurniakan nikmat tarbiyah dan dakwah ini. 

Pernah saja hati ini berbolak-balik, rasa berat dan tak mampu. 
Namun, tadaburku pada ayat-ayatMU seringkali menarik hatiku yang cenderung untuk gelincir agar teguh berjalan di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini. 
Namun, sirah anbiya dan kisah sahabat seringkali mengejekku yang kadangkala jadi lemah. Tapi, selalunya kisah mereka buatku cemburu untuk jadi semurni,seikhlas,setegar hati mereka.
Namun, kata-kata hikmah para pejuang dalam tulisan-tulisan mereka sering membuat aku malu dan menjadikan aku teringin mengikuti langkah mereka.
Namun, insan-insan yang ENGKAU hantarkan untuk membawaku berkenalan denganMU di jalan tarbiyah dan dakwah ini tak pernah henti menghulurkan tangan mengajakku bersama mereka mengejar keredhaanMU di jalan ini. 

Sungguh, kedua-duanya juga adalah nikmat ALLAH untukku syukuri. YES, absolutely! Kena syukuri hadirnya kedua-dua nikmat ini dalam hidupku! 

MENSYUKURINYA
Untukku syukuri semua nikmat yang ALLAH kurniakan, aku tahu bukan hanya dengan kata-kata bahkan harus dibuktikan dengan perbuatan. 

Sujud syukurku untuk semua yang telah dikurniakan-NYA kepadaku.. Apa salahnya, untuk setiap hari bersujud syukur atas nikmat dakwah dan tarbiyah yang diberikan oleh ALLAH ini. 
JOM! *angkat kening 2x*

Bersungguh-sungguh merelakan diri ditarbiyah dan mentarbiyah, bersungguh-sungguh melaksanakan amal dakwah; ya, itu juga tanda syukur,insyaALLAH!

Mempertahankan keduanya di penjuruku adalah tanda syukurku. 

Dan masih banyak lagi yang perlu kulakukan untuk membuktikan syukurku.. (even yang telah cuba dilakukan pun masih terlalu banyak kekurangannya).

ya ALLAH, bantulah diri ini mensyukuri nikmat tarbiyah dan dakwah ini! 

ya ALLAH.. Di jalan ini aku berkenalan denganMU.. Tetapkan aku berjalan di jalan ini agar aku bisa meraih cintaMU..

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Wednesday, March 27, 2013

Dunia Ini Sementara!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Kematian seorang akh (saudara) dalam dakwah baru-baru ini benar-benar mengetuk diri. Aku yang seolah kehilangan arah dalam langkah telah ditunjukkan semula ke mana harus aku melangkah. Aku yang memberontak dalam diam akhirnya terdiam melihatkan pengakhiran akh ini yang sungguh, penuh keindahan dan kebaikan.
MasyaALLAH, semua orang mendoakan kebaikan untuknya. Semua orang dengan rela hati mahu menjadi saksi bahawa arwah adalah seorang yang telah bersungguh-sungguh untuk deenullah (mujahid) dan seorang yang telah membenarkan janjinya (as-siddiqeen).

Selalu kuungkapkan, bahawa seorang mukmin itu wawasan hidupnya ialah wawasan akhirat. Teringat ungkapan seorang akh al-mujahid juga yang kematiannya dulu pernah menggetarkan hati ramai orang; 'Kami ibarat anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat.' Ya, sama sahaja pemikiran kita tetapi akhi, kau telah membuktikannya dengan kesyahidanmu.

Dan kini, Akh Iman Syafiq, telah membuktikan katanya ; 'Dakwah dan tarbiyah adalah nadiku. Mana mungkin aku hidup tanpanya' dengan kesyahidannya.
Akhi, aku juga punya perasaan yang sama tapi itu masih belum terbukti sehinggalah aku mati mempertahankannya sepertimana dirimu membuktikan. Ya, masih jauh perjalananku untuk membuktikannya. Semoga ALLAH mengurniakan daku kekuatan dan ketsabatan hati.

Betapa, kisah kematian insan-insan istimewa ini adalah tazkirah besar buat diriku. Dan aku pasti, ia adalah tazkirah besar buat semua orang lain yang juga sama-sama berjuang di jalan ALLAH.

Alhamdulillah, kurasakan ada nafas baru sedang berhembus pada diri setelah ditazkirah dengan kehilangan seorang akh mujahid ini. Seolahnya, ALLAH memperingatkanku bahawa dunia ini sementara. Ya, ia memang tempat persinggahan sementara sahaja! Hidup di dunia ada akhirnya dan penghujungnya sebaliknya kehidupan yang abadi menanti setelah berakhirnya kehidupan di dunia itu. Hadis kotak yang baginda SAW lukiskan itu kini memberikan aku suatu pengertian baru. Lalu, aku lakarkan diagram di atas untukku mudahkan bicara.

Dunia yang bersifat sementara ini mengandungi penipuan yang menjauhkan manusia daripada tujuan sebenar dia diciptakan, menjauhkan manusia daripada menunaikan amanah yang perlu dilaksanakan. Lantas, kerana itulah ALLAH mengutuskan Rasul-NYA untuk membawakan petunjuk dan memberikan contoh bagaimana sepatutnya manusia hidup di dunia yang sementara ini agar kelak dapat beroleh kehidupan abadi yang bahagia, tanpa sengsara dan duka.

Ya, kembalilah kepada Tuhanmu! Tundukkan hatimu sepenuhnya, tanpa ragu, tanpa rasa berat, tanpa rasa lemah! Dan bagiku, dakwah dan tarbiyahlah yang membawa hatiku kembali kepada Rabbku.

Anda.. Pilihlah jalan yang akan membawa hati anda tunduk kepadaNYA tanpa kompromi dan sekutu! Jangan bertangguh kerana kita tak pernah tahu bila kita akan kembali kepadaNYA. Ketahuilah, DIA sedang menanti kita untuk tunduk kembali kepadaNYA dan melepaskan diri kita daripada ikatan-ikatan duniawi kepada kebebasan rabbani.

Akhir kalam, selamat menghayati sebuah lagu indah daripada seorang penyanyi yang kukagumi karyanya, yang selalu menyentuh hati ini untuk sentiasa merasakan ALLAH itu ada..

Maher Zain : This Worldly Life


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Thursday, March 14, 2013

3 Idiots That Aren't Idiot

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, ALLAH have given me the chance to watch this beautiful film (although I chose to watch it at an inappropriate time). Was looking for an inspirational movie and thought of this film recommended long ago by my friends who've watched it. Yes, it is an inspirational enough especially after I took some time to reflect upon the content of the movie.

The Characters, Stories, Take Home Messages

This film underlines the story of 3 man with different characters and with their unique,own stories.. And yes, each story has its own message for us.

3 of them; one has mountainous passion to learn, not just remembering what's in the book nor just passing the exam.
The other has no interest in engineering but in photography yet enrolled in the engineering school.
While another is ringed by his fear of big responsibility held on his shoulder (paralyzed father, hardworking mom, unmarried sister).

Live Up Your Own Dream
This story starts with the birth of a boy named Farhan who has been determined to be an engineer by the wish of his father. As the story continues, few other characters are revealed to be in the same boat as Farhan;
  1. Pia, daughter of the Director of Imperial Engineering College, Prof Virus - a doctor
  2. son of the Director of Imperial Engineering College, who ended up killed himself before the entrance exam

Yes, being a good child is to obey your parents' wish and command. However, in determining one's future is not in the hand of a parents nor anyone else. The choice should be ours. Doing things that doesn't fit your interest and ability is really a mistake that might not only affect you yourself (emotionally, motivationally) but it may also affect the society (eg; irresponsible, ignorant engineer).
Be who fits you the most, others should not decide for you. Yes, no one else should decide for you but you should always welcome other's opinion and sharing of experience.

p/s: Ahha.. As muslims, don't forget that when you want to decide you should always do istikharah. This is really3x important! Does this seems to be contradictory to my statement earlier (others should not decide for you)?
Let me explain more.. As ALLAH has created us with HIS wisdom (hikmah) and knowledge ('ilm), HE ultimately knows what is best for us. HE give us the opportunity to choose yet turning back to HIM is always what HE want from us. So, letting ALLAH to guide you to the best result is an act of worship, showing that you always need HIM and you're seeking to please HIM.


Be Passionate
Rancho is an extraordinary yet humble student (provided that he is a genius). He seeks to learn by heart not through remembering what books say. He wishes that the educational system could be changed for the better; teaching students to enjoy the learning process, not pressured by the system that value only those who are excellent on paper. 

Chatur, symbolizes the students that just follow the provided system. He only remembers what book says, thus he is considered excellent by the lecturers. Since he never care to understand something rather just remembering, his altered speech that contains bad words about the Principal and The Minister causes him a humiliation.

Subhanallah, isn't this so true? That we should try to understand things, not remembering. How do you understand things? Of course using your heart. Thank to ALLAH, our brain is created to have an enormous ability store large,many information from the learning but to have an understanding towards the information stored ALLAH has given us another tool; our heart.
Remember ya; storing information is brain's work while understanding the info and knowledge is our heart's job.

Build up courage, never afraid to fail
Raju has big responsibility. He knows that he need to be excellent for the sake of his family. The black and white background of his story do bring a deep meaning as to symbolize his dull life that is driven by his responsibility and the problem of poverty he's holding. The problem and responsibility make him afraid of failure. His friend keep on reminding him to find the joy of studying and that can only be achieved if he put away all the fears and what burdening him. Not literally throwing them away but just to make him be sure that everything will be fine. Like he always repeats; ALL IS WELL.

As for muslims, this is what our religion teaches us, to put our reliance upon ALLAH totally - tawakkal. Let HIM be your representative (al-wakeel) after you've put all your effort sincerely to gain HIS pleasure (mardhotillah). As you do your part, HE'll later take charge of everything. If HE give you success, it is just because HE know that you could be grateful to HIM. If HE give you failure, it is because HE know that failure will bring you closer to HIM (as you will make more sujuud and cry more to HIM while others are sleeping, no? :D )

Theme : Friendship
And interwoven in the story - all the way-, is the message of looking for a good friend. Good friends that will hold your hand to realize what's important in your life. A friend that can tell you that what you're doing is destroying yourself and your future. A friend that doesn't value you according to your wealth or social rank. A true friendship. Subhanallah.

Got more to say but I think I have to stop now~ insyaa ALLAH, will try to share more later,ya~!
May everyone get something beneficial from this and may all of us are granted with HIS guidance to HIS mardhotillah. Ameen.



Warning : Watching movies when you have big exam around the corner is not the right thing to do!