Monday, May 16, 2011

Tunggu Sampai Seru?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Islam ialah ketundukan sepenuhnya kepada segala perintah ALLAH swt. Dalam kita mengimpikan untuk membina ketundukan dan penyerahan yang total kepada ALLAH itu, kita memang takkan terlepas daripada suatu sesi iaitu sesi melatih diri! Melatih, mengajar dan mendidik diri untuk menjadi hambaNYA yang benar-benar tunduk.

Kelihatannya seperti susah untuk menjadi hamba yang benar-benar taat jika dinisbahkan kepada suatu latihan. Mungkin apa yang terbayang di fikiran ialah bagaimana askar-askar dan tentera dilatih. Latihan yang dilalui semuanya keras-keras dan payah, perlukan banyak tenaga dan kekuatan jiwa.

Ya, memang susah bila kita memilih untuk menanamkan islam ke dalam diri dengan latihan. Ada satu lagi cara yang bunyinya lebih mudah tapi, harus diingat bahawa latihan ini memang suatu elemen yang kita perlukan dalam membentuk ketaatan dan ketundukan sebenar kepada ALLAH.

Cara lain untuk membina ketundukan itu ialah dengan membina perasaan; iaitu menyuburkan cinta yang sebenar kepada ALLAH.

Jika seorang kekasih itu dirindui, maka tanamkanlah dalam hati rasa rindu yang tak pernah padam kepada pertemuan dengan ILAHI.
Jika seorang kekasih itu kata-katanya sentiasa jadi azimat & suatu yang akan diikuti, maka berpegang teguhlah dengan kalamullah, al-Quran al-kareem dan zahirkan ajaran dalam al-Quran itu kepada kehidupan kita seharian.
Jika seorang kekasih itu hatinya akan sentiasa dijaga daripada dilukai, maka haruslah kita berusaha agar tiada tingkah dan ucapan kita mengundang murka ALLAH..
Jika seorang kekasih itu apa yang tidak disukainya akan dihindari, maka hindarilah apa yang boleh membuat ALLAH tak suka pada kita..
Jika seorang kekasih itu adalah insan yang selalu diingati dan terbayang-bayang di layar fikiran, maka ALLAH haruslah sentiasa diingati sehingga timbul perasaan bahawa kita tak pernah mampu membawa diri jauh daripada ingatan dan ikatan hati kepadaNYA.

Semua ini adalah mengenai perasaan...

"Aaahh, apa perasaan-perasaan ni! Aku tak layan benda-benda lembik begini.."

Mungkin ada saja yang pernah berfikir seperti itu. Tanpa disedari, faktor perasaan ini sentiasa mendominasi kehidupan seorang manusia, faktor yang menjadi penyebab terkuat dalam penilaian dan ketika kita mengambil keputusan.

Kesimpulannya,
Carilah zouq itu! Perasaan itu! Zouq utk hidup dengan islam yang sebenar, seperti yang ALLAH mahu.

Dengan perasaan aka zouq itu, maka kita akan tunduk kepadaNYA dengan suatu ketundukan yang luar biasa. Bukan ketundukan yang dipaksa atau disuruh-suruh, sebaliknya lahir dengan suatu kesedaran.

Jangan hanya menunggu tiba masanya kita dikurniakan zouq itu...Berusahalah mendapatkannya! Sebagaimana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat insan yang kita cintai sudi menerima dan membalas cinta kita, marilah kita berusaha mencari zouq itu...

Zouq untuk rasa malu melakukan apa yang ALLAH murkai,
Zouq untuk rasa sabar terhadap segala kerenah manusia yang kita temui,
Zouq untuk rasa bersungguh-sungguh ingin menginfaqkan harta dan jiwa raga untuk agama ALLAH,
Zouq untuk rasa ingin mengekalkan ketaatan dan istiqamah dalam amalan..
...dan banyak lagi..

Dalam kita cuba menanamkan akhlak islam ke dalam diri, mari kita tanamkan zouq untuk menghayati akhlak itu supaya ALLAH hilangkan rasa malas atau lemah untuk mengekalkan akhlak mulia itu.


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Sunday, May 15, 2011

Up-grade Marketing

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Adakalanya pabila kita bergelumang dalam medan da'wah dan tarbiyah, kita terasa seolah diri kita dibentuk untuk menjadi orang-orang yang sama acuan sehingga ada orang boleh menggelarkan kita 'geng budak usrah' atau 'geng tudung saji' etc.

Bahkan adakalanya dalam diri kita sendiri, pabila menghadiri suatu program kita merasakan bahawa kita sedang diacu untuk menjadi dan berfikir seperti si penyampai. Pada gayanya, pada cara cakapnya, pada cara fikirnya...

Mungkin juga kita merasakan bahawa da'wah dan tarbiyah ini hanya mengajar kita untuk menjadi penyampai bahan (tafsir, tentang ghazwul fikr etc) atau menjadi seorang naqib yang boleh membawa usrah. Sehingga suatu masa kita merasakan tarbiyah ini tidak membawa kita ke mana-mana, tidak mengembangkan potensi kita, tidak meningkatkan kemampuan dan penguasaan kita terhadap dunia yang semakin maju.

Dalam merancang untuk program da'wah pula, kita rasakan kita harus mengikut templat senior kita ;

'Kak buat macam mana ek dulu? ooo, kami buat camtu je la ek...'

Adakalanya kita takut untuk mengorak langkah mencipta cara baru untuk kebaikan da'wah ini sedangkan minda seringkali memikirkan idea yang boom.

Cuba kita lihat bagaimana orang lain bekerja. Seringkali, yang mereka fikirkan adalah untuk menghasilkan suatu yang sungguh 'gempak' & hebat. Mereka akan berusaha sepenuh tenaga untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa agar ramai orang akan tertarik dengan apa yang mereka tawarkan.

Bahkan, kita ada tawaran yang jauh lebih baik daripada mereka. Namun kerana 'packaging' yang kurang menarik dan tiada unique selling point (USP) yang meyakinkan, akhirnya promosi kita jadi begitu hambar & tawar sehingga yang berminat untuk mendekati kita begitu sedikit.

Ini adalah kekurangan tapi tak bermakna kita harus bersedih dengan kesilapan dan kekurangan ini sebaliknya kita masih punya ruang & peluang yang terbentang untuk kita baiki selagi nafas masih di dada, selagi hati kita masih teguh meyakini kemenangan yang akan dicapai. Settle bab meyakini kemenangan ke atas Islam dan da'wah islamiyah, maka harus kita susun langkah kita untuk berusaha merealisasikan keyakinan dan impian kita (islam tertegak di muka bumi ini).

FIKIR & ANALISA
Mari kita lihat sekeliling. Berfikir & terus berfikir serta menganalisa untuk memahami keperluan ummah. Lihat setiap diri di sekitar dan fikirkanlah bagaimana islam mampu menembusi hatinya sehingga dia kelak akan menjadi pejuang deen ini. Tancapkan ke dalam hati satu keyakinan bahawa insan di hadapan kita ini akan menjadi pembela agama ALLAH kelak. Dengan kata lain, impikan dia sebagai rijal!

Apa yang menjadi tumpuan dan tarikan manusia hari ini? Ini harus kita gali dan kaji bersama.

Antara yang makin mendapat tempat di hati masyarakat ialah media dan teknologi maklumat. Hari ini, internet makin hebat menawarkan laman web sosial (facebook, twitter etc). Lihat sahaja bagaimana anak-anak kecil yang masih bersekolah rendah pun memiliki akaun facebook. Apa yang ada dalam facebook? Segala macam aplikasi yang jika dilihat, tak membangunkan potensi tetapi akan membuatkan kita menghabiskan masa berjam-jam menghadap laptop atau komputer hanya untuk melayan aplikasi yang melekakan itu. Mungkin ada sedikit nilai pendidikan dan mengasah skil tapi ke mana akhirnya skil ini akan dimanfaatkan? Sedang dalam masa yang sama, segala komen-komen dan gambar-gambar yang merosakkan hati dengan mudahnya dapat dibaca dan ditonton. Lantaran itu, kita lihat media hari ini memang berjaya merosakkan hati dan iman para pemuda (generasi muda terutamanya) sehingga mereka kemudian menjadi tentera penyebar pemikiran yang salah. Seperti pandemic yang disebarluas hanya dengan satu klik di hujung jari.
Mereka adalah mangsa keadaan, tidak sedar bahawa mereka telah direkrut untuk menjadi tentera penyebar virus yang merosakkan,melemahkan diri dan ummah, jadi jangan salahkan mereka.
Apa yang terjadi ini adalah kerana kita yang sudah memahami dan tahu tidak menyampaikan kesedaran itu kepada mereka yang terperangkap dalam jerat musuh ALLAH. (fuhh...berat ni...refleksi diriku!)

Lalu, apa yang harus kita lakukan?
Mari kita cari kelebihan dan kemampuan diri untuk dimanfaatkan semaksimanya demi menegakkan deen ALLAH dan menyampaikan kesedaran yang kita rasai kepada orang lain! Jika dilihat, ada keperluan bagi kita untuk sama-sama menguasai media & teknologi maklumat. Perlengkapkan diri dengan kemahiran tentang komputer dan internet serta segala aplikasi yang disediakan (blogger, netlog, rapidshare, vimeo dan banyak lagi). Sediakan diri untuk sentiasa belajar ilmu baru, jangan pernah rasa cukup dengan segala kemahiran yang sudah kita kuasai. Jelajahi(explore) dunia ini dan carilah ruang untuk kita belajar agar apa yang kita pelajari mampu membawa insan dekat kepada ALLAH.

Medan da'wah ini adalah seluruh dunia!
Luruskan niat dan sentiasalah berdoa kepadaNYA agar bimbinganNYA mengiringi pengembaraan kita ini!
Mari kita sama-sama up-grade marketing da'wah kita!


Putih & Aku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Semasa praktikal Basic Patient Care di Fakultni Nemocnice, Olomouc kami dikehendaki untuk memakai satu suit putih (baju, seluar, tudung, kasut). Sebelum ni hanya melihat lecturer & pekerja di fakulti memakai pakaian serba putih. Bila diri sendiri yang memakai, terasa seperti diri yang baru...rasa lebih suci... (^_^)

Tiba-tiba, teringat hadis yang pernah kubaca;

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;
"Kenakanlah yang berwarna putih dari pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu adalah yang terbaik di antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-orang yang mati dari engkau semua dengan kain yang berwarna putih."

(Bab 117; Riyadhus Salihin, Imam Nawawi)


alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI kerana menunjukkan saya jalan ini..jalan menjadi seorang doktor! Teringat apa yang pernahku baca di blog seorang sahabat. Dia ditanya kenapa memilih doktor sebagai profesion. Lalu dia menjawab, menjadi seorang doktor dapat mendekatkan dirinya dengan ALLAH.

Bilaku baca hadis ini dan melaksanakan praktikal dengan pakaian putih itu, aku mula merasakan bagaimana profesion yangku pilih ini sedang mendekatkanku kepada mengingatiNYA dan melaksanakan sunnah baginda SAW.

Semoga ALLAH kuatkan diri ini untuk mencapai kepakaran dalam profesion ini.

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Tuesday, May 10, 2011

Interaksi Denganmu ; Al-Quran

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Setiap hari dalam solat lima waktu yang kita kerjakan, kita pasti akan membaca 7 ayat yang nilainya sungguh tinggi yang terkandung dalam surah al-fatihah. Dalam salah satu ayatnya, terkandung satu permohonan doa hamba kepada Rabbnya agar ditunjukkan jalan yang lurus (shirothol mustaqeem).

Hidup kita memerlukan panduan agar kita mampu hidup sebaik-baiknya di atas dunia ini. Agar hadirnya kita di atas dunia ini mampu memberi manfaat yang sewajarnya utk diri sendiri & orang serta makhluk lain. Kita perlukan undang-undang untuk menuntun kita menjalani kehidupan mengikut caranya, agar keharmonian masyarakat dan diri dapat dicapai.

ALLAH, pencipta manusia dan sekalian alam telah menurunkan panduan & manual terbaik untuk manusia sebagaimana firmannya;

'Al-Quran itu adalah kitab yg tiada keraguan (padanya).' (2:2)


Al-Quran : bacaan wajib setiap hari





Sungguh, tiada keraguan padanya! Sehebat mana manusia tentera taghut cuba menafikan kebenaran yang dikandungi al-Quran, takkan mampu menggoyahkan kebenaran yang diturunkan oleh ALLAH al-Haq. Lantas, di situ bererti kita sebagai muslim yg meyakini al-Quran sebagai panduan hidup kita harus berpegang teguh dengan kebenaran yang terkandung di dalamnya.

Manusia hari ini jauh daripada al-Quran. al-Quran itu hanya untuk dibaca dalam majlis khatam al-Quran pada penghujung Ramadhan atau bagi anak-anak yang berjaya menghabiskan pengajian al-Quran di sekolah agama. Hanya enak didendangkan di majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa atau dialunkan sang qari' di pembukaan majlis-majlis rasmi.

Jelas sekali, interaksi muslimin hari ini dengan al-Quran begitu berbeza dengan interaksi generasi sahabat. Bagaimana seharusnya kita berinteraksi dengan al-Quran?

Bagi para sahabat yang begitu dekat dengan baginda Rasulullah SAW, baginda telah mendidik mereka agar hanya mengambil al-Quran sebagai manual atau panduan untuk mereka melaksanakan segala urusan. Ini dapat dilihat bagaimana Baginda SAW merah padam tatkala melihat Umar takjub dengan Taurat yang dibacanya.

'Sekiranya Isa a.s masih hidup sekarang, pastinya dia akan menjadi pengikutku.

~ Suatu ungkapan yang cukup besar untuk menggambarkan betapa pentingnya menjadikan al-Quran semata-mata panduan kehidupan.~


5 CARA INTERAKSI DENGAN AL-QURAN
















Leburkan al-Quran ke dalam diri

1) Menghadirkan hati

Hati adalah alat utama untuk kita memahami ayat-ayat al-Quran. Jika al-Quran itu turun untuk memenuhi keperluan akal manusia, bukankah agak tidak adil untuk mereka yang kurang kemampuan akalnya. Hati adalah raja yang menentukan perbuatan manusia & sekiranya hati ini dipenuhi dengan hidayah al-Quran pastinya akan sejahtera kehidupan manusia & alam. Sedangkan seorang raja dan pemerintah memerlukan penasihat, pastilah hati kita memerlukan bimbingan yang terbaik. Bimbingan yang terbaik itu hanya mampu diberi oleh al-Quran, manual terbaik yang diturunkan oleh Rabbul a'lamin.

2) Merasakan setiap ayat al-Quran adalah untuk diri sendiri

Pelbagai cara ALLAH tujukan ayat & peringatan dalam al-Quran. Adakalanya ALLAH tujukan kepada orang-orang beriman (wahai orang-orang beriman), ada yang ditujukan umum kepada manusia seluruhnya (wahai sekalian manusia) dan ada ayat-ayat berupa ancaman kepada manusia yang kufur & fasiq. Jika kita sudah merasakan dalam hati kita ada iman, mungkin saja kita tidak terasa dengan ayat-ayat ALLAH yang menyebut tentang orang-orang kafir. Namun, persepsi ini harus kita betulkan kerana kita mungkin saja tidak terlepas daripada sikap-sikap kafirun yang ALLAH ceritakan. Rasailah bahawa tiap-tiap kalimat ILAHI dalam al-Quran itu untuk kita agar apa yang dibaca itu mampu membuahkan amal dalam kehidupan kita.

3) Faham bahasa Arab

'Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran berbahasa Arab, agar kamu mengerti.' (12:2)

al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, bahasa terbaik yang mampu menerangkan sesuatu dengan penerangan yang paling tepat. Sekiranya erti katanya difahami secara mendalam, pasti ia akan memberi suatu kefahaman yang lebih meluhur & mendalam. Bahkan ia mampu memberi kesan kepada jiwa dan tindakan. Dan sememangnya al-Quran itu ayat-ayatnya bertujuan untuk menggerakkan jiwa dan anggota untuk mentaati ALLAH.

4) Mengetahui asbabun nuzul (sebab turun)

Jika kita tahu sebab turunnya ayat itu, barulah kita semua mampu memahami dan menghargai susunan ayat-ayat dalam Quran. Adakalanya kita lihat perkara berbeza dalam satu ayat dan itu hanya dapat dijelaskan jika kita mengetahui sebab turunnya ayat itu. Bahkan peristiwa yang berlaku hingga menjadi sebab turunnya ayat itu akan memberikan kita pengajaran yang lebih berkesan dalam kita mempraktikkan ayat-ayat ALLAH dalam kehidupan seharian.

5) Mempunyai pengetahuan tentang sirah

Sejarah baginda SAW penting untuk diketahui dengan mendalam supaya kita bisa memahami suasana masyarakat ketika turunnya wahyu ALLAH kepada utusan terakhir, Rasulullah SAW. Mengetahui asbabun nuzul sahaja tidak mencukupi untuk kita memahami tentang masyarakat dan latar masa turunnya sesuatu ayat.

InsyaALLAH, ini serba sedikit cara untuk kita berinteraksi dengan al-Quran selain kita menjaga adab-adab terhadap al-Quran. Selalunya kita terlupa perkara-perkara di atas dalam usaha untuk menghargai dan memahami al-Quran.
Wallahu a'lam.

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Sunday, May 8, 2011

Hari yg telah berlalu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Hari-hari yang berlalu
'Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi,pergantian malam & siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal.' (3:190)

Ini adalah antara banyak ayat ALLAH tentang pergantian siang & malam y menjadi tanda kebesaran ALLAH kepada manusia. Pergantian siang & malam bermakna bermulanya hari baru dalam kalendar seorang insan.

Mengapa ALLAH sebutkan tentang hari-hari yg berlalu dalam kehidupan seorang insan berulang-ulang kali dalam pelbagai bentuk dan ia seringkali pula dikaitkan dengan 'ayat'~tanda kebesaran ALLAH?

Jika kita seringkali menghargai hari-hari penting dalam setahun (hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan, hari kemerdekaan negara, maulidur rasul etc), ayat ALLAH di atas memberi satu petunjuk kepada kita bahawa sepatutnya kita menghargai setiap satu hari yg kita lalui.

Apa kaitannya hari baru yg kita lalui dgn menghargainya?
ALLAH kaitkan tentang pergantian hari dengan ayat (tanda kebesaran) ALLAH. Sepatutnya hari-hari baru yang kita hadapi membuatkan kita merasa bahawa kita milik ALLAH. Bagaimana hari-hari kita adalah hari-hari yang ditentukan oleh ALLAH. Dengan izinNYA, kita dibangkitkan untuk satu lagi hari di dunia ini. Bukan dengan kehendak kita, sebaliknya atas kehendak ALLAH kita bangun pada hari baru. Ada insan-insan yang tidak mahu & takut untuk menghadapi hari esok, tapi kerana ALLAH menghendaki dia bangun lagi pada keesokan harinya.

Hari-hari dalam hidup kita bukan milik kita. Kita tak pernah tahu apa yang akan kita hadapi sepanjang hari itu cuma kita dituntut untuk merancangnya & bersedia menghadapi apa jua yang ALLAH tentukan untuk kita dalam hari-hari itu. Ayuh renungkan kembali, betapa tiada daya & kuasa kita pada hari-hari yang berlalu dalam hidup kita. Kita hanya mampu bersedia dan berfikir bagaimana sepatutnya kita menghadapi apa yang ALLAH sediakan untuk kita. Dalam hari-hari kita, milik kita ialah keputusan & pilihan. Yang menyediakan pilihan itu adalah ALLAH.

Masa adalah kehidupan. (al-asr:1)
Bukankah kehidupan suatu yg sungguh berharga? Hidup hanya sekali. Hari-hari kita juga adalah hari yang sungguh berharga. Sungguh berharga, hingga DIA benarkan kita melalui satu hari, hanya sekali dalam seumur hidup kita. Tiada siaran ulangan, tiada 'reverse' jika kita telah lakukan sesuatu. Bak kata pepatah; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

Terlajak hari, menyesal sendiri...
Yang menyedihkan, mungkin sahaja ada hari-hari kita yang telah berlalu yang telah kita bazirkan. Kita bazirkannya tanpa mengisi hari itu dengan suatu yang mampu mendatangkan manfaat untuk diri kita dan orang lain. Kita bazirkan hari kita dengan perkara-perkara yang membuatkan diri kita hanyut dan lalai daripada menunaikan tanggungjawab kita (solat lambat sebab menonton filem, masakan hangus sebab tinggalkan dapur untuk chat dengan kawan di FB, tak siapkan assignment sebab banyak masa guna untuk tidur etc). Mungkin kita bisa memaafkan diri jika hak diri sahaja yang diabaikan, tapi bagaimana jika hak ALLAH yang kita abaikan? Bisakah kita pastikan bahawa ALLAH akan maafkan, ampunkan kita?

Mari kita sama-sama refleksi diri dan tanamkan azam baru dalam diri. Setiap hari adalah hari baru untuk menambah ketaatan kepada ILAHI! insyaALLAH!

^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Saturday, May 7, 2011

Da'wah? No worries!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sedia untuk segala macam-macam
Macam-macam 1 : 'Baju diorang ni tak up-to-date langsung. Takde style. Not my taste. Tak mahulah duduk-duduk dengan geng-geng tu.'

Macam-macam 2 : 'Apalah yang best sangat circle diorang tu? Berjam-jam duduk berteleku, senyap, nangis-nangis...entah apa-apa la...hidup ni kena lah enjoy selagi ada masa untuk enjoy! tak mainlah sentimental, touching2 cam diorang tu.'

Macam-macam : 'Eh, nak cari dia sekarang kena cari kat surau. Dia mana ada lepak-lepak kat shopping complex dah. Jadi pentazkirah setiap maghrib kott...

Bila hati kita sudah bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, pernah tak kita dilontarkan dengan ucapan-ucapan sebegini? Mengapa mereka berkata begini, itu tak mampu kita tafsirkan kerana niat itu dalam hati. Tapi kita tahu apa kesannya ucapan-ucapan begini.

Secara normalnya, pasti psikologi kita akan terkesan. Sama ada kita akan semakin semangat atau kita akan rasa kecewa & lemah. Selalunya yang melemahkan itu akan bertandang dulu ke dalam jiwa. Bila hati rasa sedih & kecewa dengan ucapan teman-teman yang tak supportive, keyakinan mula goyah dek bisikan-bisikan si iblis.

Ini fitrah insan!

Saat ini, kita memang sangat perlukan support system! Mana nak dicari support system terbaik? Jika ada teman-teman yang ingin sama-sama berubah, bicara teman pasti mampu menguatkan. Kehadiran teman di sisi akan meyakinkan diri akan jalan baru yang ingin ditempuh, jalan menuju redha ILAHI, jalan menuju ketaatan dan ketundukan sebenar kepada Rabbul I'zzati.

Tapi, jika teman jauh? Hanya bisa menyokong tatkala komputer dibuka dan sign in skype?

ALLAH! ALLAH sentiasa ada untuk kita! boleh online selalu dengan ALLAH.

Ayuh kita jengah sirah baginda SAW untuk melihat bukti ALLAH sentiasa bersama kita tatkala kita memilih jalan menujuNYA.

'Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.' (al-Qalam:2-3)

Apa perasaan kita jika orang mengatakan kita orang gila? Orang menafikan apa benda yang benar yang kita sampaikan. Maruah kita dijatuhkan serendahnya.
Pasti tercabar kan? Rasa nak marah, nak balas balik kata-kata dusta mereka.
Rasa sedih? Nak nangis dan tak nak jumpa mereka dah...
etc..etc..

Bila kita memilih untuk berada di atas jalan menuju ALLAH & seterusnya ingin mengajak manusia bersama-sama kita tunduk kepada ALLAH, kita harus sentiasa sedia! Ayat ALLAH di atas dan banyak lagi ayat lain, ALLAH ceritakan & khabarkan kepada kita akan cabaran-cabaran yang akan kita hadapi dalam jalan ini. Ejekan, cercaan, kata-kata yang melemahkan motivasi, dijauhi, diexclude daripada aktiviti-aktiviti ,seksaan dan ancaman bunuh; ini semua adalah lumrah yang pasti akan dilalui oleh mereka yang memilih jalan ini.

Perasaan kita sebagai insan yang lemah pasti akan terkesan dengan segala tindakan dan ucapan buruk ini namun ALLAH khabarkan kepada kita bahawa kita tak perlu rasa begitu! jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain lakukan pada kita selagi kita tahu apa yang kita buat adalah apa yang ALLAH redha. Bukankah apa jua yang mereka rancangkan itu takkan pernah mampu membahayakan kita tanpa izin ALLAH? Bahkan ALLAH seringkali mengungkapkan betapa rancanganNYA lebih hebat daripada rancangan/plan para penentangNYA? (at-Tariq:15-16)

No Worries, k!
Cuba telusuri lagi surah al-Qalam. ALLAH muliakan baginda SAW walaupun kafirun menghina baginda. Bahkan ALLAH beritakan tentang azab yang menakutkan yang akan dihadapi bagi yang menghina Nabi.
Tika Quraisy menolak kebenaran hari akhirat & azab neraka, ALLAH membenarkan apa yang baginda sampaikan dan menghina serta mengancam Quraisy itu. (al-Ma'arij:1-2)

Banyak,banyak sangat ayat-ayatNYA yang menggambarkan bahawa ALLAH berada di pihak kita! Yang Maha Perkasa, yang melakukan apa sahaja yang dikehendakiNYA hanya dengan mengatakan 'Jadilah' menyokong kita. Amazing kan? Kekuatan yang menggerakkan seluruh alam semesta berada di pihak kita!

Indah sekali jaminan ALLAH! Begitu banyak tipu daya dan pengkhianatan yang dirancang untuk menjatuhkan para rasulnya, bahkan Nabi SAW sendiri namun ALLAH sentiasa memelihara hambaNYA. Perhatikanlah ayat-ayatNYA bila DIA menceritakan kepada kita tentang perjuangan para rasul yang ditentang oleh kaum mereka. Pasti ada pujukan dan jaminan kemenangan!

Daripada peristiwa boikot,cubaan membunuh Nabi SAW pada malam hijrah, pengkhianatan Yahudi, kehadiran munafiqun di Madinah dan cederanya baginda dalam perang ~ ia adalah siri serangan & cubaan menjatuhkan baginda SAW dan risalah yang dibawanya.

Mungkin sahaja serangan-serangan ini menjatuhkan semangat baginda bahkan mengorbankan nyawa baginda. Namun,perlindungan ALLAH sentiasa mengiringi perjalanan perjuangan baginda SAW. Hingga akhirnya baginda wafat hanya setelah misi hidupnya selesai (dengan izin & kehendak ALLAH), menyampaikan islam kepada umat baginda bersama amanah kepada umatnya untuk menyambung rantai risalah itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

Kepada diri yang ingin menyambut amanah menyebarkan risalah ar-rasul ke seluruh dunia ini,
Jangan gentar dengan segala tohmahan dan kejian, dengan segala ancaman cedera & dijatuhkan! Melangkahlah dengan pasti dan penuh keyakinan di dada, bahawa ALLAH bersamamu!
(ali imran:139) Bila iman menyesak di dada, tiada gentar dan sedih yang bisa menghurung diri!
(at-talaq:2-3) Jika kebuntuan, pasti DIA akan tunjukkan jalan keluar!

So...
Doin' da'wah? No worries!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^

Wednesday, May 4, 2011

Perlunya Ingatan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Makhluk itu sifatnya sentiasa memerlukan. Tanpa sedar, manusia yg bongkak & sombong kpd Tuhannya juga sentiasa memerlukan. Apakah yg manusia perlukan? Banyak sgt sebenarnya benda yg manusia perlukan. Tapi kali ini, saya berhajat utk berbicara ttg tenaga.

Betapa manusia memerlukan tenaga utk terus melakukan apa yg sepatutnya ia lakukan. Daripada proses pembahagian sel hingga kepada menggerakkan tangan ke atas, daripada sekecil-kecil aktiviti hingga yg tampak dek pandangan mata semuanya memerlukan tenaga.

Tenaga itu ialah ATP (adenosinetriphosphate) dalam bahasa sainsnya... Tanpa tenaga, kita akan lesu, longlai dan tidak efisyen dalam apa yg kita lakukan.

ATP ialah sumber tenaga, ATP itu dari mana?



Oh, rupanya ia terhasil drpd ADP dan phosphate. itu dihasilkan drpd sumber lain dalam sebuah kitaran tenaga yg sungguh tersusun...bla bla... Sehinggga akhirnya kita temui bahawa setiap sesuatu itu saling memerlukan.

Tenaga pastinya mengingatkan kita kpd pemuda! Pemuda adalah golongan yg memiliki kekuatan, bersungguh-sungguh, optimis & berpandangan terbuka. Yang muda adalah bertenaga, itu suatu lumrah. Yang awal itu selalunya yg paling kuat & bertenaga.

Sedangkan yg lama atau tua, selalu sinonim dgn lemah, lambat & susah nak berubah.

Begitu juga kita di atas jalan dakwah ini. Jalan yg panjang ini perlukan bekalan yg mencukupi. Adakalanya kita bawa bersama bekal yg cukup (cukup makan) tp kita hilang selera & penghargaan terhadap bekalan yg kita bawa itu sedangkn kaki masih terus melangkah di atas jalan yg sama kerana tahu tiada jalan lain yg boleh ditempuh utk mencari redha ILAHI.

Begitulah juga diri kita. Adakalanya, himmah(semangat) di saat awal berkenalan dgn dakwah & tarbiyah pastinya sungguh menyentuh jiwa & seringkali membakar semangat kita. Kita akan pasti tiba pada tahap kelesuan & lemah dlm langkah di perjalanan ini ibarat tayar kereta yg hilang bunganya setelah lama digunakan.

Jangan penat melangkah, wahai sahabat! Nabi SAW tak pernah berhenti berehat setelah wahyu kedua (Qum faanzir). Para sahabat juga begitu. ramai mereka yg mengikut langkah Nabi SAW yg merupakan contoh bg kita, tak berhenti drpd terus berjuang di jalan ALLAH ini.

Bagaimana harus kita mencari sumber tenaga utk terus melangkah?
Baru2 ini, aku diberi kesempatan utk berbicara bersama seorang sahabat yg baru menyedari betapa besarnya erti dakwah dan tarbiyah dalam hidup. Sungguh basah hatinya dgn kesedaran. Dia begitu takut sekali jika hilang kesedaran itu.

'Saya dah lama hidup tapi byk sgt dosa yg saya buat. Takut sangat!'ujar sahabatku itu..
Saat itu, aku terefleksi...Sejauh mana diri ini bimbang & sensitif terhadap dosaku sehari-hari? Apakah aku merasa tenang drpd dosa? Tidak2!!! jika jiwa hilang sensitiviti terhadap dosa, itu bererti jiwaku sedang lesu, sedang menuju matinya...

'Saya rasa macam saya tak buat apa-apa. Hari2 saya byk yg free.'ujarnya lagi..
Aku pun byk masa juga. Tak tahu ke mana aku lemparkan masaku. Benar2kah aku telah memanfaatkannya utk mentaati ILAHI?

Sungguh aku terharu dgn bicaraku bersama sahabatku ini. Banyak sekali tazkirah ILAHI buatku kala itu. Semoga tazkirah ini sentiasa didatangkan kepadaku dan semoga insan lain yg berada di sekitarku juga akan diingatkan melalui bicara mereka bersamaku.

Ingatlah, jika diri lesu, bawalah diri kepada yg segar & bertenaga...


Wahai diri, harus lebih serius & memaknai setiap bicaramu agar tiada yg tersalah hingga mengundang murka ILAHI!


^^ Murnikan niat, hanya keranaNYA...teruskan langkah dgn bimbinganNYA ^^